– Sensoji Temple
– Nakamise Street
– Tokyo Skytree Photo Spot
Lawatan dimulakan di Asakusa salah satu daerah di Tokyo. Asakusa terkenal dengan Sensoji, iaitu Kuil Agama Buddha yang dibina pada kurun ke 7. Selain itu pelbagai cenderehati istimewa Jepun boleh didapati di Nakimise Street. Sebelum ke destinasi seterusnya, singgah sebentar di Jambatan Azumabashi untuk mengambil gambar dengan Tokyo Skytree bangunan tertinggi di Jepun dengan ketinggian 643 meter.
*Ueno*
– Masjid Okachimachi (Muslim Prayer)
Singga sebentar ke Masjid Okachimachi untuk solat bagi yang muslim.
– Ueno Park ( Sakura Season Only)
Lawatan diteruskan ke Ueno Park. Ia merupakan antara tempat melihat sakura yang paling terkenal di Tokyo kerana terdapat lebih 1000 pokok sakura yang ditanam disini.
– Ameyoko Shopping Street
Lawatan diakhiri di Ameyoko Market. Pelbagai barangan dari pakaian, cenderahati, bag dll ada disini. Selesai lawatan balik ke apartment dan rehat.
Bertolak ke Tasik Kawaguchi dari Tokyo, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Stesen Kawaguchiko boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan tasik sambil melihat pemandangan Gunung Fuji (bergantung pada cuaca).
Kachi Kachi Ropeway (Mount Fuji View)
Terus bergerak ke Kachi Kaci Ropeway (20 Minit Berjalan Kaki Dari Stesen Kawaguchiko). Mendaki ke ketinggian 1000 Meter di atas puncak Gunung Tenjo. Pemandangan Gunung Fuji yang lebih dekat dan jelas (bergantung pada cuaca). Selesai lawatan pulang ke Tokyo dan rehat.
Lawatan dimulakan dengan perjalanan menaiki train ke Nara selama 40 minit. Sampai di Nara berjalan sekitar 5 minit dari stesen ke Nara Park. Rusa-rusa liar yang jinak berkeliaran disini.
Santa Maria Cruise
Lawatan diteruskan di Tempozan Harbor Village dengan menaiki Cruise Santa Maria selama 1 jam. Nikmati pemandangan Pelabuhan Osaka yang bersih dan tersusun rapi sepanjang cruise.
Tempozan Ferris Wheel
Dengan berketinggian 112 meter dan lebar 100 meter. Tempozan merupakan antara Ferris Wheel terbesar di dunia.
Shinsaibashi Shopping Street
Lawatan diakhiri di Shinsaibashi Street. Shopping Street paling sibuk dan paling besar di seluruh Osaka. Pelbagai barang branded(Tax Free) dan lebih murah dari Malaysia terdapat disini. Selesai lawatan balik ke apartment dan rehat.
Bertolak ke Arashiyama Kyoto menggunakan express train. Perjalanan mengambil masa sejam.
Arashiyama Area (Scenic Photo Area)
Lawatan dimulakan di Stesen Hankyu Arashiyama menyusuri keindahan pekan kecil Arashiyama sambil berjalan menuju ke Arashiyama Bamboo Forest.
Togetsukyo Bridge(Scenic Photo Area)
Melintasi Jambatan tertua di Arashiyama yang asalnya dibina pada tahun 794.
Arashiyama Bamboo Forest
Hutan Buluh paling terkenal di seluruh dunia. Sepanjang 500 meter, hutan ini menjadi tempat wajib untuk setiap pelancong yang datang ke Kyoto.
Fushimi Inari Taisha Shrine
Kuil Shinto Yang terkenal dengan Sembon Tori (1000 Gates) yang berwarna oren.
Balik Ke Osaka
Bertolak pulang ke Osaka, balik ke apartment dan rehat.
Get in touch with us for any enquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.
Registered Traval Agency based in Shah Alam, Malaysia. We provide 100 of destinations across the world with series of concepts including honeymoon, shopping tour, adventure, road trip, business trips, conventions, city tour and any numbers of custom itineraries.



© Copyright 2019 - 2021 TripJalan.com manage and owned by Trip Jalan-Jalan Sdn Bhd, a registered & licensed Travel Agency base in Malaysia. All Rights Reserved. We offer travel package around the world especially in Asia with affordable price. Offers may be subject to change without notice. Privacy Policy | Terms of Service | Advertising | Travel Package | Disclaimer | Sitemap.
Web Design by Jaring Digital