Air Asia baru-baru ini melancarkan penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Belitung. Indonesia mempunyai lebih banyak destinasi perlancongan menarik selain Bali dan Lombok. Belitung merupakan tempat yang indah dan menakjubkan dengan potensi pelancongan yang belum diterokai.
Pulau Belitung ini terletak di bahagian Pantai Timur Sumatra, Indonesia. Pulau ini terbahagi kepada 2 daerah iaitu Daerah Belitung yang beribukota di Tanjung Pandan dan Belitung Timur yang beribukota di Manggar
5 Tempat Menarik di Belitung, Indonesia
Selain itu Belitung juga terkenal dengan filem blockbuster Laskar Pelangi. Filem Laskar Pelangi ini diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata. Lokasi penggambaran filem itu adalah di Belitung.
Keindahan alam di Belitung telah diangkat di dalam filem tersebut sehingga Pulau Belitung diberi gelaran Negeri Laskar Pelangi.

Gambar: (bahamashotelbelitung.com)
Berikut adalah 5 tempat yang wajib dikunjungi di pualu Belitung atau lebih dikenali sebagai negeri laskar pelangi :
1. Pantai Tanjung Tinggi
Pantai ini merupakan salah satu lokasi shooting filem Laskar Pelangi. Ombaknya cukup tenang dan pelancong dapat bebas berenang di pantai ini. Lokasinya berada di Desa Ciput, Kecamatan Sijuk, Kabupaten Belitung .

Gambar: ( http://www.lensabelitungtrip.com/ )
2. Pulau Lengkuas
Pulau ini merupakan satu dari ratusan pulau yang mengelilingi Pulau Belitung. Daya tarik utama di pulau ini adalah sebuah mercusuar tua yang dibangun oleh pemerintah Kolonial Belanda pada tahun 1882. Sehingga kini, mercusuar tersebut masih berfungsi sebagai penuntun lalu lintas kapal yang mengunjungi atau keluar masuk Pulau Belitung.

Gambar : ( https://www.pakettourbelitung.net )
3. Danau Kaolin
Danau ini menawarkan pemandangan air berwarna biru yang di kelilingi pasir berwarna putih. Danau Kaolin terletak di Desa Perawas, Kecamatan Tanjungpandan, Belitung.
Danau ini sebenarnya adalah lokasi lombong timah dan kaolin, kemudian lubang yang telah digali itu tidak ditutup kembali dan dibiarkan begitu saja. Sehingga lama kelamaan bekas lombong ini airnya berubah menjadi biru.

Gambar : ( https://bangkarentcar.com )
4. Sekolah Laskar Pelangi
Bangunan yang menyerupai SD Muhammadiyah di filem Laskar Pelangi dapat dikunjungi saat berada di Pulau Belitung. Sekolah Laskar Pelangir ini dapat dijumpai di Kabupaten Belitung Timur, tepat di seberang Dermaga Kirana.

Gambar : ( https://palembang.tribunnews.com )
5. Museum Kata Andrea Hirata
Museum Kata Andrea Hirata adalah museum sastera pertama di Indonesia. Di sini, kita boleh saksikan koleksi filem Laskar Pelangi. Kita boleh tengok berbagai karya Andrea Hirata di museum ini. Terdapat sebuah cerpen khusus yang dibuat oleh Andrea Hirata yang tidak diterbitkan kepada umum, dan hanya boleh baca di sini. Museum ini dibangun oleh Andrea Hirata dengan tujuan untuk menginspirasi anak-anak dan remaja di desa Gantong untuk memgembangkan bakat seni mereka.

Gambar : ( https://www.pegipegi.com )
Perkhidmatan Kuala Lumpur ke Belitung AirAsia akan dilancarkan pada 2 Oktober 2019. Ia akan beroperasi empat kali seminggu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dengan menggunakan jet Airbus A320. Dari perairan jernih, pembentukan batu granit megah dan pantai berpasir putih di Belitung yang indah, semuanya Instagram-worthy untuk anda!
Tempah penerbangan anda sekarang hanya di airasia.com Bagi peminat filem Laskar Pelangi, pasti mahu mengembara ke Belitung satu hari nanti. Novel tulisan Andrea Hirata juga hebat sampai kan ada yang obses dan bermimpikan Belitung. Di dalam filem itu kita dapat lihat keindahan dan ketenangan pulau Belitung yang kini tersenarai sebagai ‘The Next Bali’.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!