Bila terdengar sahaja perkataan “nature” sudah pasti bermacam-macam jenis tempat dan negara yang akan bermain di fikiran setiap orang. Setiap lokasi yang anda fikirkan, sudah pasti ada keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Akan tetapi, ada satu negara yang sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran oleh hampir semua pencinta alam semulajadi iaitu New Zealand South Island. Setelah melakukan survey mengenai negara apa yang setiap orang mahu kembali setelah melawatinya, New Zealand antara negara yang telah menduduki tempat teratas. New Zealand sentiasa memiliki tempat yang istimewa bukan sahaja di dalam hati pencinta alam bahkan buat para traveler lain juga. Sebenarnya apa yang menarik sangat dengan negara ini? Jom kita selami 6 tempat menarik di New Zealand South Island.
- Aoraki/Mount Cook National Park
Di sinilah letaknya gunung tertinggi New Zealand iaitu Aoraki/Mount Cook National Park yang mana ketinggiannya mencecah sehingga 3,754 m. Di sini, para pencinta alam akan berkumpul untuk melakukan pelbagai aktiviti santai dari waktu siang hinggalah larut malam. Para pengunjung masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan trekking di Hooker Valley Track. Walking track sejauh 10 kilometer ini menjanjikan panorama indah yang tiada bandingan. Selain itu, langit yang pekat,gelap dan jelas , ciri-ciri angkasa yang unik serta landskap lainnya menjadikan pemandangan bintang di New Zealand pada waktu malam sebagai pengalaman ajaib yang menakjubkan. Jangan lepaskan peluang ini walau sekali seumur hidup anda! - Milford Sound Cruise
Rata-rata yang pernah melawati New Zealand mengatakan bahawa Milford Sound Cruise’ adalah aktiviti yang wajib dilakukan di sini. Mana taknya, pengalaman menakjubkan ini menjanjikan satu gabungan pemandangan yang cukup sempurna. Masa pelayaran sekitar 2 jam dirasakan berlalu sangat cepat. Di setiap penjuru feri anda boleh melihat pemandangan yang cukup mengasyikkan. Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu sekitar 2 jam dari Te Anau menuju ke Milford. Anda akan dapat mencuci mata terlebih dahulu sebelum tiba ke destinasi kerana melalui jalan yang agak berbukit serta dikelilingi oleh hutan dan bukit. - Lake Wanaka
Pernah dengar jolokan #TheWanakaTree si pohon tua yang kekal bertahan hidup hingga ke hari ini? Pohon unik yang sudah tua ini dikatakan telah berdiri teguh selama 80 tahun. Foto indah pohon ini pastinya sering beredar di mana-mana media sosial anda. Pemandangan Tasik Wanaka yang menawan malah diserikan lagi dengan pohon tua ini, telah menambat hati dan menarik perhatian para fotografer di seluruh penjuru dunia untuk merakam kenangan serta menangkap sebanyak-banyaknya foto yang indah.
- Puzzling World
Jangan terkejut, selain aktiviti-aktiviti buat pencinta alam, Wanaka ini juga terdapat satu tempat menarik yang mana anda semua dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak setelah puas mengamati ciptaan semulajadi. Puzzling World adalah destinasi menarik yang tidak patut anda lupa untuk kunjungi. Apa yang ada dalam Puzzling World ini sebenarnya? Aktiviti di Puzzling World ni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu The Great Maze (outdoor) dan Illusion Room (indoor). Aktiviti The Great Maze ini adalah permainan yang mana anda akan menggunakan laluan atau lorong-lorong sepanjang 1.5km 3D pertama di dunia. Manakala ,Illusion Room pula mempamerkan berbagai pameran dan aktiviti yang melibatkan mind-trick.
- Tunnel Beach
Tunnel Beach ini terletak di kawasan luar bandar. Untuk akses ke sini, terdapat walking track yang sedikit cerun dan memberikan panorama dramatik ‘rocky stretch of coast’. Kita boleh jalan dan turun ke bawah hingga ke tepi pantai. Tidak dinafikan mungkin akan sedikit penat dan kelelahan, tetapi percayalah hasil yang akan anda lihat setelah lelah berjalan amatlah menakjubkan ! Juga, sepanjang berjalan di walking track ini, pasti mata anda tidak akan terlepas dari menatap setiap pemandangan yang indah di kiri dan kanan anda. Anda juga akan merasakan tiupan angin ditambah lagi dengan panorama laut dan batu-batuan yang unik. Tambahan lagi, suka untuk diingatkan Tunnel Beach ini bukan tempat untuk berenang dan bermandi manda kerana lautnya yang bergelora serta kawasan itu dipenuhi dengan tebing.
- Lake Tekapo
Tasik Tekapo yang kebiru-biruan dan berlatarbelakangkan gunung-gunung mempunyai segala-galanya untuk anda yang memerlukan percutian dengan penuh ketenangan. Hotel yang cantik, makanan yang lazat di restoran dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik. Tambahan pula, pemandangannya sangat epik! Lake Tekapo ini juga antara salah satu tasik tercantik di New Zealand. Stargazing di malam yang gelap merupakan aktiviti paling digemari di sini. Masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk mencipta kenangan indah bersama seisi keluarga atau teman-teman.Haaa… Apa perasaan anda setelah membaca 6 lokasi menarik di New Zealand South Island ini?
Menarik kan? Untuk anda yang selalu bimbang tentang isu makanan halal bila bercuti ke luar negara, boleh baca artikel tentang makanan halal New Zealand South Island di sini.Untuk maklumat lanjut sepenuhnya tentang New Zealand anda boleh baca di sini. Best info!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!