Ke manakah destinasi yang terbaik untuk anda menghabiskan masa setelah berhari-hari bekerja dan menguruskan hal-hal yang memenatkan seharian? Jawapannya adalah pulau ! Keindahan yang ada pada mana-mana pulau sekalipun dapat memberi jaminan kepada anda yang memerlukan ketenangan serta ingin mengosongkan fikiran dari kesibukan-kesibukan bandar. Bahkan, setiap daripada pulau-pulau ini mempunyai tarikan dan keistimewaan masing-masing yang mampu membuatkan anda berasa takjub ! Entry kali ini, saya nak membawa para pencinta laut untuk mengenali 7 Fakta Menarik tentang Pulau di Semporna, Sabah.

- PULAU SIPADAN
Siapa sahaja di antara kita yang tidak kenal akan Pulau Sipadan yang tanpa putus menerima kunjungan para penyelam dari seluruh penjuru dunia ini? Adakah anda tahu bahawa Pulau Sipadan yang mempunyai ketinggian 600 meter dari dasar laut ini berada dalam senarai 10 teratas destinasi menyelam bertaraf dunia? Para penggemar aktiviti laut seperti menyelam, snorkeling dan scuba diving wajib mengunjungi Pulau Sipadan kerana pulau ini mempunyai daya tarikan yang hebat sekali. Belum lagi diceritakan tentang keindahan khazanah dalam dasar laut yang amat meriah dan dihiasi dengan pelbagai jenis hidupan laut seperti spesis ikan, terumbu karang, penyu dan bermacam-macam lagi. Bila dah sampai di Semporna, jangan sesekali tidak masuk dalam wishlist anda ya ! - PULAU KAPALAI
Pulau Kapalai adalah sebuah pulau yang mana sangat sesuai dan cocok untuk dijadikan pilihan bercuti bersama keluarga. Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan dan merupakan sebuah pulau tercantik yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu. Anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermandi-manda, membina istana pasir, bermain layang-layang di samping dapat menikmati keindahan bunyi-bunyian ombak dan pemandangan air lautnya yang jernih. Apa yang lebih menarik, anda dapat menginap di resort sekitar Pulau Kapalai untuk mengamati keindahan pulau ini dengan lebih lama lagi bersama seisi keluarga. Senang cerita, Pulau Kapalai amat menarik untuk dijadikan pilihan percutian, bulan madu bahkan untuk melakukan aktiviti menyelam. - PULAU MABUL
Pernah tak anda merasai pengalaman menginap di beberapa resort terapung di Pulau Mabul ? Mabul Water Bungalows antara yang menjadi pilihan utama dan perhatian para pengunjung di sana. Pengalaman menginap di sini amatlah menarik ! Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman (scuba diving). Jika anda bernasib baik, anda dapat menyelam bersama penyu dan beberapa hidupan laut lain. Mengamati pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam di Pulau Mabul juga akan menjadi memori indah yang mana sukar untuk dilupakan. Tidak hanya itu, kebanyakan dari pengunjung juga akan merancang untuk bermalam lebih lama semata-mata untuk menyaksikan keindahan pemandangan langit yang dipenuhi bintang-bintang berkelipan. Semua yang berkaitan dengan Pulau Mabul amatlah menakjubkan ! - PULAU POM POM
Jolokan nama Pom Pom ini diambil daripada pokok unik yang Bernama Pom Pom yang mana sehingga kini tumbuh meliar di kepulauan ini. Selain namanya yang unik, tumbuhan ini meliar sehingga telah menjadi simbol utama buat pulau ini. Pulau Pom Pom juga merupakan pilihan buat yang mencintai syurga penyelaman. Di sini, para penyelam akan menyelam di permukaan laut untuk meyaksikan kehidupan laut yang cukup mempesonakan dan indah. Apa yang lebih menarik, Pulau Pom Pom ini merupakan salah satu antara pulau yang menjadi tapak penetasan telur bagi spesis penyu hijau, jadi beruntunglah buat mereka yang berpeluang merasai pengalaman menyaksikan penetasan dan pembebasan bayi penyu ke lautan ! - PULAU TIMBA TIMBA
Pulau kecil ini tak kurang juga menjadi buah mulut para pelancong yang pernah menyaksikan keindahannya. Dimulai dengan merasai pengalaman menaiki bot dari jeti yang mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk tiba di Pulau Timba Timba. Kemudian apabila sampai sahaja di pulau, anda akan merasai sendiri pengalaman berjalan-jalan di atas air yang mana kanan kiri anda terbentang luas laut pantai serta ombak cetek yang sangat indah dan jernih. Di sini juga anda boleh ambil pakej untuk snorkeling, jangan risau buat yang first-timer kerana akan ada orang yang akan guide anda ! - PULAU MANTABUAN
Pulau Mantabuan merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah dan terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran bersama-sama beberapa pulau lain. Mantabuan tidak kurang indahnya seperti pulau-pulau lain yang ada di sekitar Semporna ini. Walaupun Pulau Mantabuan ini tidak ada kemudahan untuk penginapan, tetapi di sinilah anda boleh mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan melihat gaya hidup penduduk di perkampungan suku Bajau Asli ini. Selain itu, di sini juga amat terkenal dengan keunikan pelbagai bentuk dan jenis batuan karang. Biasanya pengunjung tidak akan melepaskan peluang bergambar berlatar belakangkan batuan karang yang cantik ini ! - PULAU BOHEY DULANG
Di sini ada aktiviti yang sedikit mencabar yang mana anda perlu melakukan aktiviti hiking ke atas bukit pulau ini. Setelah mendaki kira-kira sekitar 30 minit ke puncak, pasti mata anda tidak akan berkelip apabila melihat pemandangan yang sangat keseluruhan pulau dari atas yang sangat-sangat menakjubkan. Rata-rata pengunjung bersetuju pemandangan yang mereka lihat adalah 1st class view yang akan membuatkan anda jaw dropped. Tidak sekadar mendaki bukit, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti menarik lain seperti melawat nurseri dan pusat penetasan kerang gergasi, snorkeling dan diving.Semua pulau yang saya kongsikan ini adalah antara 7 pulau yang terbaik di Semporna, Sabah. Untuk anda yang kurang gemar aktiviti snorkeling dan diving, saya nak sarankan anda lakukan 6 perkara ini di Semporna untuk lebih enjoy. Boleh baca di sini.
Dalam artikel sebelum ini saya pernah kongsikan tentang trip itenarary di Semporna, Sabah. Mudah untuk anda atur perjalanan ke sana nanti. Selamat bercuti!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!