Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar buatan manusia iaitu seluas 260 km persegi dan terdapat 340 pulau kecil. Lokasinya yang terletak di Hulu Sungai Kenyir Terengganu yang memainkan peranan penting dalam menjana kuasa elektrik. Tasik Kenyir yang telah siap di bina pada tahun 1988 juga menjadi salah satu tarikan pelancong ke negeri Terengganu. Terdapat banyak lokasi menarik dan unik di Tasik Kenyir yang harus anda kunjungi dan semestinya jangan lepaskan peluang terokai 5 lokasi air terjun di sini.
Terokai 5 Lokasi Air Terjun di Tasik Kenyir
Tasik Kenyir bukan sekadar memiliki keindahan tasik buatan , ia juga terdapat air terjun yang berada di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir. Jika anda belum pernah menjejak kaki ke Tasik Kenyir, ayuh kita terokai 5 lokasi air terjun terkenal di Tasik Kenyir.
1 ) Air Terjun Lasir
Air terjun paling terkenal di Tasik Kenyir adalah Air Terjun Lasir yang mempunyai ketinggian sehingga 500 kaki! Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Jeti Pengkalan Gawi dan mengambil masa 30 minit dengan menaiki bot laju. . Dasar air terjun Lasir dilitupi dengan kehijauan daun hutan hujan tropika yang membuatkan lokasi ini menjadi tempat yang sesuai untuk terapi alam semulajadi yang terbaik.
Sumber : Google
2 ) Air Terjun Saok
Jika anda minat berkelah, air terjun Saok adalah pilihan tepat. Kaki air terjun yang rata dan berpasir membuatkan ianya menjadi lokasi yang strategik untuk perkelahan. Dari Jeti Pengkalan Gawi, ia mengambil masa sekitar 15 minit dengan menaiki bot untuk sampai ke Air Terjun Saok. Airnya yang dingin mampu memberi kenangan yang indah sepanjang percutian bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
Sumber : Google
3) Air Terjun Tembat
Air Terjun Tembat memiliki keistimewaannya yang tersendiri berbanding air terjun yang lain kerana ianya terdiri daripada lima jeram air terjun yang deras airnya. Air Terjun Tembat terletak kira-kira satu jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Gawi. Kawasan perkhemahannya yang luas juga dilengkapi dengan laluan yang menghubungkan pendaki ke bahagian atas air terjun. Dari sini, pendaki dapat menikmati pemandangan dan persekitaran air terjun yang sangat menawan.
4) Air Terjun Sungai Buweh
Air Terjun Sungai Buweh merupakan air terjun yang paling hampir dengan Pengkalan Gawi. Ia sangat sesuai bagi pengunjung yang tidak berminat menaiki bot untuk masuk ke kawasan pedalaman. Lokasi air terjun ini hanya 5.5 km dri Pengkalan Gawi dengan kenderaan. Di sini terdapat pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Antaranya wakaf, tandas, pelantar pejalan kaki dan kolam takungan.
Sumber : Google
5) Jeram Lata Terap
Berbeza dengan lokasi air terjun yang lain, Jeram Lata Terap ini sesuai untuk aktiviti sukan air seperti berkayak dan juga merupakan lokasi pilihan untuk memancing. Jeram Lata terap ni berada 22 km dari Pengkalan Gawi.
Plan bercuti di Tasik Kenyir?
Hubungi kami di Trip Jalan Jalan
mytripjalanjalan@gmail.com
Jom baca 16 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!