Keindahan dan tarikan pada Pulau Cebu, Filipina yang begitu menawan memang tidak dapat dinafikan lagi. Siapa sahaja yang pernah ke sini pasti berhajat untuk kembali lagi kerana daya tarikannya yang memukau serta tidak sama seperti pulau-pulau yang lain. Sebelum anda merancang lebih lanjut untuk memulakan percutian ke Pulau Cebu, mari bersama-sama menelusuri lebih dalam 5 Daya Tarikan Utama Pulau Cebu, Filipina.
- Puncak Osmena merupakan salah satu daya tarikan utama di Pulau Cebu .Para peggemar hiking wajib untuk mencuba aktiviti hiking di Puncak Osmena. Puncak Osmena terletak di kawasan Fall yang memerlukan anda hiking untuk naik sehingga ke puncak Cebu. Keindahan alam semulajadi hijau yang segar ini pasti membuatkan anda teruja. Anda boleh melihat keindahan pemandangan matahari terbit dan terbenam di puncak Osmena, Tops Lockout yang telah disediakan di puncak.
- Selain itu bagi seseorang yang sukakan cabaran dan pelbagai aktiviti yang lebih menarik, Ecotourism Adventure Park adalah sebuah destinasi di Pulau Cebu yang harus dimasukkan ke dalam buku rancangan perjalanan anda. Tempat menarik di Pulau Cebu Filipina ini terletak di daerah Loboc yang sangat indah. Loboc Ecotourism Adventure Park merupakan sebuah pusat pelancongan yang menyediakan cabaran aktiviti lasak yang boleh anda sertai. Anda boleh menjalani aktiviti superman zipline di sini. Selain itu, pemandangan Lobok sangat cantik dimana terdapat Sungai Loboc yang boleh anda singgah.
- Anda pernah cuba aktiviti berbasikal di udara? Kalau belum pernah, Chocolate Hill Adventure Park adalah destinasi wajib yang harus anda lawati dan cuba, terutama buat seseorang yang takutkan ketinggian tetapi ingin mencabar diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti di sini. Aktiviti menaiki basikal zipline ini anda akan dibawa ke seberang sana iaitu dengan secara berbasikal di udara.
- Selain aktiviti penuh cabaran di atas darat, anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti renang penuh cabaran di dasar lautan iaitu di Oslob. Mengapa dikatakan cabaran? Di Oslob ini anda akan berpeluang untuk berenang bersama makhluk besar yang di laut seperti ikan paus dan berfoto bersama mereka. Anda juga boleh melakukan berswafoto dengan melakukan mengadakan temujanji dengan para photographer yang professional yang sentiasa bersedia bertugas mengambil gambar-gambar anda di situ.
- Akhir sekali, antara daya tarikan utama yang tidak patut anda tinggalkan adalah Sumilon Island. Anda boleh snorkeling di sini kerana pulau ini sangat indah dengan kehadiran coral dan airnya yang jernih serta bewarna turqoise. Dari Oslob, ia hanya mengambil masa selama 30 minit menaiki bot untuk ke sini. Sediakan wang secukupnya sekiranya anda ingin beraktiviti di sini.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik sekitar Pulau Cebu. Boleh baca di sini.
Pastikan sebelum pergi anda baca tips percutian ke Filipina daripada kami.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!