Seiring waktu berjalan, Ho Chi Minh semakin dikenali dan menjadi tumpuan pelancong termasuklah yang beragama Islam. Ini kerana keunikan dan ciri-ciri khas kota ini membuatkan para pengunjung jatuh cinta. Oleh kerana itu, tanpa anda sedari para pelancong Muslim sekarang selain dapat menikmati keunikan kota ini, mereka juga dapat menikmati makanan halal yang semakin pesat berkembang di kota Ho Chi Minh. Kini, pelancong muslim tidak perlu khuatir lagi tentang pilihan makanan,kerana sudah tentu sahaja banyak pilihan. Jom lihat beberapa port makanan halal yang boleh anda kunjungi !
1. HALAL SAIGON
Restoran Halal Saigon yang serba ringkas dan selesa ini terletak di tengah-tengah bandar, yang mana menjadikannya sangat mudah untuk diakses oleh pelancong Muslim. Restoran ini telah ditubuhkan pada 2010 dan menawarkan pelbagai jenis makanan halal juga digabungkan dengan makanan tempatan. Di sini bukan sahaja terhad untuk pengunjung yang beragama Islam, tetapi sesiapa sahaja ingin meneroka dan merasai makanan halal. Antara menu yang menjadi tarikan adalah spring roll dan sup Pho yang disajikan bersama mie beras dan irisan daging sapi dengan kuah kaldu ayam dan banyak lagi !
2. RESTORAN HAJAH BASIROH
Nama Hajah Basiroh tidak asing lagi dalam kalangan pelancong dari Malaysia.Malah sebelum tiba di Ho Chi Minh lagi kebanyakan dari pengunjung telah menambah restoran ini dalam itinerary mereka. Agak-agak apa yang menarik dengan menu di Hajah Basiroh ini? Restoran ini pasti akan digemari oleh pengunjung dari Malaysia kerana nasi putih bersama pilihan aneka lauk pauk yang disediakan fresh di situ amatlah menyelerakan dan membuatkan pengunjung seolah-olah sedang makan di Malaysia. Tidak hanya nasi dan lauk pauk, di sini juga terdapat banyak lagi menu lain yang boleh anda pilih !
3. THE DAUN RESTAURANT
The Daun Restaurant ini antara yang paling sering dikunjungi oleh pelancong Muslim kerana menu sup. Anda boleh terus ke sini dengan berjalan kaki dari Pasar Ben Thanh. Menariknya di restoran ini ada menu khas dari Vietnam sendiri iaitu Pho yang terbuat dari campuran daging lembu dengan rasanya tersendiri serta spicy beef noodle, nasi goreng dan minuman lemon tea istimewanya . Selain itu, ada juga disediakan menu makanan Malaysia dan makanan western. Tak lupa juga apa yang terpenting disini, mereka menyediakan WIFI percuma buat para pengunjung yang singgah makan !
4. BABA’S KITCHEN
Baba’s Kitchen yang terletak di Kota Ho Chi Minh ini menawarkan makanan yang sesuai dengan selera dan lidah orang-orang Asia seperti kita. Walaupun sajian utama mereka adalah makanan India, tetapi kebanyakan pengunjung dari Asia memberi feedback yang amat bagus tentang restoran ini. Selain daripada makanan India, di sini juga terdapat menu lain seperti bubur beras manis, Pho Vegetable, nasi ayam, puding beras dan banyak lagi. Para pelayan restoran juga sangat membantu dan sentiasa ramah dalam memberi layanan terbaik buat pengunjung !
5. KAMPUNG MELAYU
Port seterusnya adalah Kampung Melayu . Lokasi Restoran Kampung Melayu ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Pasar Ben Thanh. Restoran Kampung Melayu di Kota Ho Chi Minh ini benar-benar mejanjikan antara yang mempunyai makanan halal yang sangat lazat ! Banyak pilihan menu yang disajikan termasuklah nasi ayam dan air teh ais yang special. Kebanyakan feedback yang diterima, gabungan nasi ayam yang mempunyai texture lembut serta dimakan bersama hirisan ayam yang lazat dan beraroma, ditambah lagi dengan hidangan air yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh ais amatlah menggiurkan !
6. HALAL AMIN PHO MUSLIM
Restoran Pho Muslim ini diberi jolokan makanan yang paling famous dan paling wajib untuk kunjungi dan menikmatinya ! Hidangan utama mereka di sini adalah Mi Pho, mi sup dengan pilihan ayam atau daging yang mana menjadi kegilaan ramai pelancong. Apa yang uniknya, mi yang digunakan adalah seakan mi kueyteow tetapi lebih halus dan lembut. Gabungan Mi Pho yang ditambah dengan sambal ini membuatkan hidangan yang simple itu tampak sangat enak dan menarik buat sesiapa yang pernah merasainya, tambah-tambah lagi buat penggemar sambal. Jangan ketinggalan untuk menikmatinya !
7. BEN THANH MARKET
Selain daripada restoran-restoran yang telah disenaraikan, di Ben Thanh Market juga anda dapat menikmati berbagai makanan halal. Di pasar ini, anda boleh merasai menu mie khas Vietnam Pho dan jajanan halal lainnya dengan harga murah. Pepatah sambil menyelam minum air amat-amat sesuai buat anda yang makan di sini kerana sambil mencari makanan halal, anda dapat juga menghabiskan masa dengan membeli belah pelbagai barangan seperti cenderahati buat yang tersayang.
Apa ditunggu lagi ? Banyak port makanan halal yang mana anda tidak perlu lagi risau untuk meluangkan masa bercuti di bandar bersejarah ini ! Nak tengok lebih details makanan di Ho Chi Minh ? Jom tengok di sini !
Selain makanan halal, jika anda nak teroka pelbagai tempat yang menarik di Ho Chi Minh, bolehlah lihat lebih lanjut di sini .
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!