Vietnam adalah salah satu negara yang popular dikunjungi oleh pelbagai jenis pelancong terutama kepada Food Hunters kerana negara ini mempunyai berbagai variasi makanan yang unik dan sedap. Jadi marilah kita beramai-ramai Makan-Makan Di Bandar Ho Chi Minh.
Antara Makanan Viral Dan Restoran Halal Di Ho Chi Minh
1.Vietnamese Roll
Goi Cuon atau lebih mudah dipanggil Vietnamese Spring Roll adalah merupakan gulungan kertas beras ‘Banh Trang’ atau orang kita panggil rice paper.
Hidangan ini adalah hidangan tradisonal rakyat Vietnam yang terdiri daripada sayur-sayuran, udang segar dan isi yang digemari. Vietnamese Spring Roll ini dihidangkan dengan sos ikan thailand.
Boleh Didapati : Restoran: Halal @ Saigon
2. Mi Pho Ayam / Daging
Boleh Didapati: Restoran Halal Amin
3. Bhan Mi Ayam / Daging
Banh Mi adalah satu lagi gerai jalan mesti berhampiran Nancy Mosque. Pelayan restoran Bhan Mi ini selalunya melayani para pelancong Muslim mesra bajet dengan pilihan ayam, daging lembu atau vegetarian.
Sekiranya anda tidak sabar menunggu makanan berat untuk memulakan hari anda, Halal Banh Mi adalah sesuai untuk anda.
Boleh Didapati: Restaurant Halal Bhan Mi
4. Kopi Vietnam
Boleh Didapati: Kedai Kopi Atas Motor
5. Bingka Ubi Vietnam
Ramai pelancong yang pernah melancong ke Vietnam mencadangkan untuk merasa bingka ubi dari Vietnam ini kerana rasanya tidak sama dengan bingka ubi yang di Malaysia dan teksturnya lebih lembut.
Maka rugilah kalau kita melancong ke Vietnam tanpa merasa Bingka Ubi Vietnam ini.
Selain itu bingka ubi ini juga boleh dijadikan cenderahati manisan yang boleh dibawa ke Malaysia kerana bingka ubi ini mampu bertahan dengan lama.
Boleh Didapati: Restoran Hjh Basiroh Hj Al
Alamat: 159, Jalan Huynh Van Banh, Daerah Phu Nhuan, Bandar Raya Ho Chi Minh 70000 Vietnam
Masa Operasi: 11.00am – 21.00pm
No. Tel: +84 90 339 92 48
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!