Pernah lakukan paragliding? Jika pernah ayuh throwback saat anda berada kawasan tinggi . Namun jika anda masih belum pernah melakukan sukan ekstrim ni cuba bayangkan bagaimanakah rasanya bila angin bertiup ke wajah, dan melihat pemandangan 360 darjah yang tiada gangguan . Ibarat burung terbang tinggi di langit. Aktiviti paragliding ini pastinya memberi impak yang hebat kepada tubuh badan secara fizikal dan juga mental.
Paragliding memberi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan yang memberi anda peluang untuk melihat dunia melalui mata yang berbeza. Selain itu, ini memberi anda peluang untuk menjalin persahabatan baru yang hebat dan mengalami perasaan terbang yang tiada tandingannya. Tambahan pula, selain itu, anda akan berpeluang merasai pelbagai manfaat positif kesihatan fizikal dan mental dari paragliding.
Manfaat Paragliding Kepada Kesihatan Fizikal

Sumber : Google
Berikut adalah 7 Manfaat Paragliding untuk Kesihatan Tubuh Badan
- Aktiviti outdoor yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Anda berpeluang menghirup udara segar dan bagus untuk kesihatan seluruh badan dengan bekalan oksigen yang optimum
- Menguatkan imun sistem dengan mendapatkan Vitamin D dari pancaran matahari
- Kajin juga membuktikan bahawa vitamin D dari sinar matahari memberikan serotonin kepada badan anda, serta menyumbang kepada sistem rangka yang kuat.
- Adrenaline rush ketika terbang meningkatkan kekuatan tenaga dalam tubuh badan
- Meningkatkan kekuatan otot pada lengan dan juga kaki
- membantu membina teras yang kuat, yang membantu keseimbangan, postur, dan kestabilan.
- Aktiviti paragliding merupakan sukan yang hebat di mana badan anda membakar sekitar 230 kalori per jam kerana adrenaline yang mengalir di dalam tubuh.
Manfaat Paragliding Kepada Kesihatan Mental

Sumber : Google
Manfaat Paragliding kepada kesihatan mental
- Terapi Stress kerana anda fokus sepenuhnya pada aktiviti paragliding yang sedang di lakukan, segala urusan yang membimbangkan sudah dilupakan.
- Memberi kepuasan pada diri sendiri dengan pencapaian yang tidak pernah di lakukan sebelum ini
- Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri untuk mencapai lebih lagi dalam hidup.
- Mengatasi ketakutan anda secara langsung adalah kaedah terbaik untuk mengatasinya. Paragliding memberi anda peluang untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa anda mampu mencapai apa sahaja yang anda mahukan!
- Paragliding juga memberi peluang anda terasa bebas.Bebas dari ketakutan, tekanan, kegelisahan dan graviti.
- Peluang melihat dunia dari perspektif yang berbeza dan baru. Paragliding memberi anda peluang untuk lebih menghargai keindahan alam semulajadi dan lebih menghargai diri sendiri.
Berminat untuk lakukan sukan lasak Paragliding?
Hubungi kami di Trip Jalan Jalan
mytripjalanjalan@gmail.com
Mencari Lokasi Paragliding berhampiran KL ?
Paragliding di Bukit Jugra
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!