Haii….. bertemu lagi kita dalam artikel seterusnya. Apa khabar semua? Syawal kita dah tamat. Bukan main beraya sakan kita semua hari tu ya? Maklumlah dah dua tahun tak dapat beraya. Tengah plan nak cuti-cuti Malaysia ke tu? Siapa kat sini teringin nak pergi Sabah? Mesti anda terbayang puncak Gunung Kinabalu kan? Tapi sebenarnya di Sabah ada banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi. Untuk minggu ni, saya nak kongsikan Trip Itenarary ke SEMPORNA, Sabah. Mungkin anda boleh dapat idea daripada Trip Itenarary ini.

HARI 1
Pada hari pertama, anda akan daftar masuk di Lapangan Terbang KLIA 2 jam sebelum waktu penerbangan dan kemudian akan berlepas ke Tawau. Setibanya di Tawau, anda akan di jemput oleh wakil dari pihak kami dan dibawa ke Pekan Semporna yang mungkin memakan masa dalam 2 jam perjalanan. Kita akan menaiki bot dari Pekan Semporna untuk ke tempat penginapan. Setelah mendaftar masuk di tempat penginapan, anda akan diberikan masa untuk melakukan aktiviti bebas seperti merehatkan diri, makan dan menikmati pemandangan bumi Sabah yang indah.

HARI 2
Selepas puas merehatkan diri, pada pagi hari kedua anda akan menikmati sarapan di hotel. Selepas sarapan, anda akan dibawa lawatan ke Pulau Bohey Dulang. Anda perlu mendaki setinggi 600m untuk melihat pemandangan indah. Jangan lupa bawak sport shoes! Barulah selesa nak mendaki kan? Seterusnya, anda akan dibawa makan tengahari sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Pernah anda mendengar pulau-pulau yang diberi jolokan 4 Island Tour iaitu Sibuan, Mantabuan, Mataking & Timba Timba? Haa… selepas makan tengahari anda akan dibawa ke empat pulau ini dan menyaksikan sendiri keindahannya. Dah sampai tempat cantik, wajiblah kena bergambar kan? Kenangan tu penting. Bolehlah tunjuk kat anak cucu cicit nanti. Di sini juga anda boleh snorkeling. Sebelum pulang ke tempat penginapan, anda akan berpeluang dinner di Tampi Tampi sambal menikmati pemandangan matahari terbenam.

HARI 3
Pada hari ketiga, anda akan banyak melakukan aktivit di laut. Anda akan dibawa ke 3 Paradise Island Tour iaitu Kapalai, Mabul & Gunsungan. Di sini nanti anda akan melakukan 2x aktiviti snorkelling bersama-sama jurulatih yang professional. Tak berapa pandai berenang? Tak apa… Dengan memakai jaket keselamatan dan dibantu oleh jurulatih profesional anda juga dapat merasai keseronokan melakukan aktiviti snorkeling. Kemudian, anda akan terus dibawa melawat ke Bajau Laut Special village untuk melihat kehidupan penduduk-penduduk di sana.

HARI 4
Pada pagi hari keempat ini, sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, anda akan menjamu selera dengan sarapan yang telah disediakan di tempat penginapan. Selepas itu, anda akan terus bergerak ke destinasi terakhir iaitu di Bukit Tengkorak. Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik. Kemudian anda akan dibawa melakukan aktiviti wajib yang ditunggu-tunggu iaitu shopping dan terus melawat ladang anggur. Sebelum check out tempat penginapan, anda akan dijamu dengan makan tengahari terlebih dahulu. Setelah selesai makan dan perut dah kenyang, barulah anda akan check out dan kembali ke airport untuk berlepas ke semenanjung.

Wah, menarik sungguh Itenarary Semporna Sabah 4 hari 3 malam bersama tripjalan.com . Anda juga boleh dapatkan info tentang 10 Fakta Ringkas Yang Menarik Tentang Semporna di sini.
Sebelum ini kami pernah berkongsi tentang percutian di Maldives. Mana tahu kot anda nak buat perbandingan antara pulau dalam negara dan luar negara pulak! Boleh baca di sini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!