Osaka vs Tokyo : Mana Lagi Best?
Bagi anda yang mencari jawapan untuk soalan ni, korang mesti 1st time nak melancong ke Jepun dan tak pasti nak decide pergi mana dulu betul tak?
Ok utk artikel kali ni, kami nak kongsikan comparison antara TIGA tempat di Japan yang selalu pelancong drpd Malaysia akan compare; Osaka, Tokyo & Sapporo.
Osaka
Osaka ni kedudukan di belah selatan sikit, kalau naik bullet train (Shinkansen) perjalanan ke Tokyo ambil masa dalam 2jam++. Di Osaka, aktiviti yang anda akan alami lebih menarik daripada sudut pemandangan dan kebudayaan Japan ini sendiri. Kalau u guys nak rasai feeling2 jadi country side Japan, better pergi Osaka.
Tokyo
Tokyo merupakan bandar metropolis besar, padat, ramai orang dan juga adalah ibu negara bagi negara Jepun. Di Tokyo ni anda akan dapat rasa kecanggihan mentality & cara berfikir orang jepun yang menyebabkan negara mereka maju dan berdaya saing. Nak feeling city traveller atau anime tour, shopping better datang ke Tokyo.
Sapporo
Sapporo terletak di negeri Hokkaido yang berada di bahagian utara drpd Tokyo. Cuaca agak sejuk dan ada pelbagai keunikan tersendiri bergantung kepada season mana yang korang pergi. Selalunya mereka yang dah setel pergi ke Osaka dan Tokyo, untuk completekan Japanese Exeperience diorang; barulah mereka datang ke Sapporo ni sendiri.
Musim Mana Paling Sesuai Pergi ke Japan?
Musim yang paling ramai orang datang ke Japan sepanjang tahun adalah Musim Sakura. Selalunya musim ini hanya berlangsung selama 4 Minggu sahaja di Osaka dan Tokyo. Iaitu drpd Tengah bulan Mac hingga Mid bulan April.
Untuk Sapporo pula dia akan lewat 4-6 minggu selepas berakhirnya musim Sakura di Osaka & Tokyo.
Bukan semua nak rasai Sakura, ada juga di antara anda minat utk melihat musim luruh (September – November) dan musim sejuk betul tak?
Utk rasai pengalaman ski resort, di galakkan untuk datang ke Japan pada bulan 1 & 2. Bulan 12 selalunya salji belum tebal lagi. Ini antara ski resort cadangan kami:
Osaka : Mount Rokko Snow Park
Tokyo : Gala Yuzawa & Fuji Ten
Sapporo : Shirakawago
Universal Studios vs Disneyland : Mana Sesuai Nak Bawak Anak?
Kami tahu ramai di antara anda juga minat untuk datang ke Jepun sebab nak bawa satu keluarga datang melancong betul tak? Dan pastinya ada request drpd anak anak utk pergi masuk ke taman tema.
Dua taman tema yang paling terkenal di Japan adalah :
Universal Studios Japan di Osaka
Disneyland di Tokyo
Untuk mereka yang ada anak – anak bawah 10 tahun, kami galakkan untuk pergi ke Disneyland Tokyo kerana ianya lebih kids friendly dan minat anak anak anda lebih tertumpu kepada pertunjukan jalanan (streetshow), rides yang lebih selamat, dan mascot-maskot comel Disney
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak usia remaja 12 – 23 tahun, pastinya Universal Studios lebih menarik dengan rollercoaster yang thrilling, aktiviti yang lebih berjiwa muda dan show yang lebih extreme dan menarik.
Harga untuk masuk kedua dua taman tema di atas sekitar RM350 – RM400 untuk tiket standard.
Berapa Hari Nak Stay kalau Melancong di Japan?
Untuk Osaka, Tokyo dan Sapporo; selalunya 4 Hari sudah memadai untuk anda lengkapkan percutian anda di tiga bandar besar ini. Sample itinerary adalah seperti di bawah:
Osaka | |||
Hari Pertama | Hari Kedua | Hari Ketiga | Hari Keempat |
Tiba di Osaka
Dotonburi Shinsaibashi |
Tempozan Ferris Wheel
Osaka Bay Umeda Area HEP Ferris Wheel |
Osaka Castle
Tsutenkaku Tower Namba Area |
Rinku Premium Outlet
Bergerak Balik ke Airport |
Tokyo | |||
Hari Pertama | Hari Kedua | Hari Ketiga | Hari Keempat |
Tiba di Tokyo
Shibuya Shinjuku |
Asakusa
Ueno Akihabara |
Tsukiji Market
Tokyo Skytree Odaiba Gundam Statue |
Checkout
Balik ke Airport |
Sapporo | |||
Hari Pertama | Hari Kedua | Hari Ketiga | Hari Keempat |
Tiba Di Sapporo
Yodabashi Bic Camera
|
Sapporo town visit
Sapporo Clock Tower Odori Park |
Otaru Canal
Otaru downtown visit Sakaimachi Street |
Nijo Market
Bergerak ke Airport
|
Tetapi selalunya para pelancong atau traveller drpd Malaysia pastinya akan menambah satu atau dua hari lagi bagi setiap lokasi untuk perjalanan ke bandar bersebelahan untuk extra aktiviti ke Jepun. Ini adalah antara add-on lokasi dan aktiviti bagi setiap lokasi:
Osaka:
- Nara Deer Park
- Kyoto country side visit
- Gion Plaza
- Kobe town
Tokyo:
- Mt Fuji viewing melalui Lake Kawaguchiko
- Yokohama Town Visit
- Disneyland
- Anime Tour di Ikebukuro
Sapporo:
- Furano, Biei & Shirahago visit
- Takino suzuran snow park
- Tomita Lavendar Park
Kos Bagaimana untuk setiap Lokasi?
Sejujurnya kos untuk setiap lokasi adalah lebih kurang sama untuk penempatan, aktiviti, pengangkutan dan makanan.
Yang akan menyebabkan perbezaan kos yang lebih tinggi adalah:
- Samada anda menggunakan public transport atau kereta sendiri
- Perjalanan anda hendak ke lokasi, samada menggunakan flight antarabangsa, flight domestic atau shinkansen
- Tentatif harian anda; samada lebih santai atau ingin banyak tempat dalam satu hari
- Japanese experience yang anda pilih; lebih banyak ke tempat2 percuma atau berbayar
- Samada anda pergi secara DIY atau ambil pakej dgn mana mana agensi pelancongan (Lebih selamat)
Trip Jalan Jalan ada beberapa pakej yang boleh anda pertimbangkan, boleh klik di setiap link di bawah untuk maklumat lanjut atau hubungi sales team kami di talian 0177331482 (Lia)
Pakej Sapporo
Pakej Osaka + Tokyo
Pakej Tokyo + Sapporo
Boleh ke untuk Combine Trip ke Osaka, Tokyo & Sapporo?
Cadangan kami sekiranya anda ingin dapat full Japanese experience dalam pelancongan anda; kami galakkan untuk anda pergi dahulu ke Osaka & Tokyo kemudian baru pergi secara asing ke Sapporo utk next trip.
Osaka & Tokyo akan mengambil masa 6-8 hari manakala Sapporo akan ambil lebih kurang 5 hari. Pilih date yang bersesuaian dengan minat anda yang kena dengan aktiviti musim tersebut.
Pengalaman melancong ke Jepun akan menjadi satu titik indah dalam memori anda bersama group anda kerana Japan ini sendiri mempunyai budaya dan tatatertib sifat yang sangat unik yang tidak akan anda perolehi di negara lain dalam dunia ini.
Pastikan anda melakukan research dengan betul dan pilih cara pelancongan yang paling tepat sebelum anda pergi ke Japan. Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk dapat pendedahan sebaiknya.
Apa lagi yang mungkin anda ingin tahu lebih lanjut? Boleh utarakan soalan dan komen anda di ruangan di bawah yaaa……
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!