Anda gemarkan aktiviti lasak dan mencabar serta gemar bermandi air terjun. Boleh semak senarai berikut, 7 lokasi menarik untuk hiking dan terus boleh mandi manda di air terjun setelah penat mendaki. Pastinya ekspedisi mendaki lebih mengujakan kerana deruan air terjun dapat di dengar dan menanti anda di penghujung pendakian.
7 Lokasi Menarik Hiking di Air Terjun
1) Lata Hammer
Lata Hammer terletak di Bentong Pahang. Air terjun ini dapat di akses melalui jalan lama Gombak – Bentong. Laluan trekking di sini juga agak mencabar dan kanak-kanak tidak di galakkan. Kedalam air sungai di sini di anggarkan 2 – 3 meter.
Sumber :Google
2) Lata Kedondong
Lata Kedondong terletak di terletak di Batang Kali , Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Air terjun ini dapat di akses melalui jalan dari Batang Kali ke Goh tong Jaya. Laluan trekking di sini juga agak mencabar dan perlukan guide dari yang berpengalaman. Kedalam lubuk air terjun di sini di anggarkan lebih 3 meter.
Sumber : Google
3) Lata Berembun
Lata Berembun terletak di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Trail untuk ke Lata Berembun agak mendatar dan perlu melintasi anak sungai. Ia sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Terdapat tiga check point utama yang kebanyakan pendaki akan datang ke sini iaitu berkhelah di Lata berembun, menawan Puncak Gunung Berembun, dan melawat Tapak Bangkai Pesawat.
Sumber : Google
4) Lata Jerangkang
Air terjun Jerangkang terletak di daerah Maran 55km dari Kuantan. Air terjun ini terkenal dengan air terjun 7 tingkat dan kolam yang agak dalam. Perjalanan dari base camp ke air terjun perlukan hiking antara 30minit hingga 2 jam. Trail hiking ini boleh diklasifikasikan sebagai agak mencabar tidak sesuai dengan kanak-kanak.
Sumber : Google
5) Lata Medang
Lata Medang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu . Trail hiking di sini agak mudah dan sesuai untuk beginner. Perjalanan menuju ke Lata Medang dari parking memakan masa hampir 2 jam dengan laluan ke dalam hutan.
Sumber : Google
6) Lata Perlus
Lata Perlus terletak di kawasan berhampiran Empangan Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Kawasan parking di Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai. Trail hiking akan melalui kawasan kampung dan kebun yang agak santai. Kemudian masuk kawasan hutan yang mencabar. Jarak hiking ke Lata Perlus anggaran 8 kilometer.
Sumber : Google
7) Lata Berkelah
Lata Berkelah terletak di Gambang, Pahang Darul Makmur. Air Terjun di Lata Berkelah terletak 30-40 minit perjalanan dari bandar Kuantan. Trail hiking ke Lata Berkelah agak mencabar, namun keindahan air terjun 7 tingkat di Lata Berkelah sangat mempesonakan.
Sumber : Google
Berminat untuk lakukan ekspedisi Hiking dan bermandi air terjun di lokasi di atas?
Hubungi kami di Trip Jalan Jalan
mytripjalanjalan@gmail.com
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!