Hai korang, pernah tak anda semua dengar tentang Luang Prabang, Laos Kota Warisan Dunia Yang Terunggul ?
Saya Yakin anda semua pasti tak tahu kan sebenarnya apa itu Luang Prabang. Haaa kalau nak ketahui lebih lanjut, Let’s Check It Out.
LUANG PRABANG, LAOS KOTA WARISAN DUNIA YANG TERUNGGUL
Nama Luang Prabang sebenar diambil dari Prabang Buddha iaitu Patung Emas Buddha berukuran 83cm yang diletakkan di Royal Palace Museum.
Sebelum itu, Luang Prabang juga dikenali sebagai Muang Sua. Luang Prabang adalah ibu kota purba bagi Wilayah Luang Prabang di Utara Laos, terletak di lembah di pertemuan sungai Mekong & Nam Khan.
Kini jumlah penduduk di Luang Prabang adalah sekitar 103.000 orang penduduk.
TERAS BAHASA LUANG PRABANG
Bahasa rasmi di Luang Prabang adalah Bahasa Lao. Di Luang Prabang juga tidak ramai yang fasih berbahasa Inggeris.
Akan tetapi sekiranya anda ingin berkomunikasi dengan penduduk tempatan, anda boleh menggunakan bahasa isyarat untuk menanyakan perkara asas seperti harga sesuatu barang & pertanyaan bagi menunjukkan arah.
TRADISI KEAGAMAAN & BUDAYA
Secara tradisionalnya, Penduduk tempatan Laos kebanyakannya menganut agama Buddha Theravada & Luang Prabang adalah pusat ibadah bagi penganut agama Buddha tersebut.
Anda akan dapat melihat puluhan kuil yang cantik di Luang Prabang seperti di Wat Xiengthong yang memiliki atap yang bergaya dengan dihiasi ukiran & mosaik yang menarik.
Selain itu, Upacara untuk menenangkan roh jahat juga diamalkan oleh penganut agama Buddha untuk mengabadikan kesucian kota ini.
Sebelum Matahari Terbit, Para Bikkhu berjalan dengan membawa mangkuk untuk memperoleh sumbangan makanan yang diberikan oleh penduduk tempatan.
Makanan yang selalu disedekahkan ialah Nasi Ketan iaitu Makanan Khas masyarakat Laos. Aktiviti tersebut digelar Alms Giving Ceremony.
KEBUDAYAAN DI LUANG PRABANG
Unsur kebudayaan di Luang Prabang telah wujud ada sejak zaman dahulu lagi.
Budayanya yang kaya & keragaman etniknya yang dipelihara dengan baik menjadi Destinasi Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1995.
Antara Perayaan2 yang diraikan mengikut tradisi di Luang Prabang ialah
1. PIMAY
Kebanyakan penduduk tempatan amat menantikan perayaan ini. Perayaan ini berlangsung selama 3 hari di Laos tetapi di Luang Prabang diraikan selama 1 minggu.
Perayaan ini diraikan dengan menyiram air kepada satu sama lain dengan menggunakan senapang air, baldi & gayung. Melukis di muka menggunakan arang & cat warna juga dapat memeriahkan perayaan tersebut.
2. PHRA BANG
Phra Bang adalah Patung berukuran 83cm yang ditutupi dengan daun emas & simbol kebangsaan mistik negara ini. Phra Bang dianggap sebagai simbol hak untuk memerintah Laos.
Setiap tahun, pada hari ke-3 Tahun Baru Lao, Phra Bang diletakkan di Kuil Wat Maï untuk ditunjukkan kepada penduduk dengan memberikannya air.
3. PERAYAAN DESA
Setiap tahun pada bulan Jun, perayaan ini diraikan bersama oleh semua penduduk. Ia diraikan dengan menyeru boneka sambil melilitkan benang putih di sekeliling kampung sambil melaungkan permintaan mereka.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalau roh jahat & melindungi kampung, rumah serta penduduknya dari ancaman bahaya.
DESTINASI PELANCONGAN YANG INDAH
Luang Prabang adalah tapak semula jadi & bersejarah yang menjadi tarikan utama pelancong di Laos. Antara Destinasi pelancongan semula jadi ialah Kuang Si Falls, Air Terjun Tat Sae, Gua Pak Ou & banyak lagi.
Selain itu, Gunung Phou Si juga adalah destinasi yang sesuai untuk menyaksikan terbitnya matahari di Sungai Mekong.
MAKANAN TRADISIONAL
Makanan tradisional di Luang Prabang adalah berasaskan bahan-bahan segar & kaya dengan keenakkannya. Antara Hidangan tempatan yang patut dicuba ialah Ork Lam iaitu hidangan kegemaran Penduduk Luang Prabang, Kaipen yang diperbuat dari lumut Sungai Mekong, Sosej & banyak lagi.
Haaa sekarang anda semua telah ketahui serba sedikit mengenai Luang Prabang, Laos yang anda tidak pernah ketahui. Jangan lupa untuk kongsikan Maklumat Menarik mengenai Luang Prabang ini kepada Keluarga & Rakan2 anda ya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!