Sememangnya melancong keluar negara adalah menjadi impian semua orang terutama yang kaki melancong ni. Perkara paling utama jika ingin melancong ke luar negara adalah flight tiket. Kita sebagai pengguna diberi pilihan sama ada ingin menaiki perkhidmatan kapal terbang dari pelbagai jenis jenama yang ada di dunia. Semestinya kita akan memilih harga yang paling rendah semasa membeli tiket flight. Kali ini saya akan berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan jika anda ingin mendapatkan tiket flight AirAsia yang murah dan berbaloi.
5 tip membeli tiket flight AirAsia dengan harga yang murah
1. Booking tiket pada waktu malam sekitar 12 a.m hingga 6 a.m
Ramai yang sudah tahu bahawa pada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Kerana itulah ramai yang tidak tidur malam kerana promosi ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam.
Tempahan di malam hari lagi mudah kerana untuk mengelakkan sistem “payment hanged”. Peluang untuk dapatkan tiket tambang murah adalah sangat tinggi jika anda membuat tempahan pada waktu sedemikian.
2. Clear cache selepas anda browse laman Web
Jika berlaku situasi apabila kita tak sempat buat tempahan dan terpaksa masuk semula laman web AirAsia semula, selalunya harga yang akan dipaparkan adalah lebih tinggi dari yang kita lihat sebelum ini. Jadi saya cadangkan supaya anda delete clear cache dahulu sebelum buka laman web AirAsia semula.
3. Jangan beli tiket di kios atau di pusat membeli belah
Biasa harga kaunter tiket seperti ini akan lebih mahal kerana mereka mengenakan cas bayaran pemprosesan yang kita boleh gunakan sebagai bayaran makanan di kapal terbang. Tetapi tidak semuanya, ada juga agensi yang mengenakan harga biasa.
4. Pastikan buat tempahan pada hari biasa bukan hari cuti.
Biasanya hari Selasa, Rabu dan Khamis tiket penerbangan akan murah berbanding hari lain. Ini kerana hari biasa ramai orang keluar masuk untuk membuat tempahan penerbangan.
5. Elakkan membuat tempahan menggunakan kad kredit atau debit
Semasa menempah, kad debit, seperti American Express Fee (AMEX), caj sebanyak RM8.48 dikenakan setiap tempahan termasuk GST. Walau bagaimanapun, jika anda membuat tempahan melalui perbankan dalam talian seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM4 untuk setiap pembayaran yang anda lakukan melalui perbankan dalam talian.
Di samping membeli tiket penerbangan AirAsia dengan kad kredit MasterCard / VISA, akan ada yuran RM16 untuk setiap transaksi.
Itu adalah antara tip yang penting apabila anda ingin membeli tiket flight murah dari AirAsia. Jika anda ada sebarang cadangan atau komen boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!