Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa kapal terbang tidak boleh terbang di kawasan tertentu seperti Kaabah. Ada pula yang dibenarkan terbang dengan bersyarat.
Sebenarnya, terdapat banyak sebab untuk perkara ini, dan kadang-kadang sukar untuk dijelaskan. Jadi, mari kita melihat persoalan mengenai isu ini. Dan ini adalah salah satu perkara yang unik and pengetahuan untuk anda.
Kenapa Kapal Terbang Tidak Boleh Melintasi Kaabah ??
Kaabah, Mekah Arab Saudi. Terdapat 2 penjelasan yang popular sebab kenapa kapal terbang tidak boleh terbang di Kaabah.
Yang pertama, dikatakan kuasa magnet di kawasan ini akan menyebabkan peralatan navigasi menjadi tidak stabil.
Kedua, terdapat dakwaan bahawa tarikan graviti lebih kuat di sana, yang bermaksud kapal terbang akan berhadapan kesukaran dalam mengekalkan ketinggian mereka.
Ada juga pendapat mengatakan burung juga tidak boleh terbang di kawasan terbabit. Tetapi, semua ini tidak dapat dibuktikan oleh kajian yang dilakukan, sebenarnya terdapat juga helikopter keselamatan yang terbang dikawasan terbabit. Jadi ramai yang meragui dalam teori ini.
Penjelasan kedua nampak lebih masuk akal, sebabnya Mekah tidak ada lapangan terbang. Secara logiknya, memang tiada keperluan terbang di kawasan ini. Yang peliknya, Mekah ini dikunjungi ratusan juta umat islam setiap tahun.
Mungkin hal ini boleh dikaitkan dengan konsep tanah haram. Mekah melarang orang bukan islam untuk berada di kawasan ini. Jika laluan udara dibuka untuk pesawat komersial, pasti konsep tanah haram ini akan dimanipulasi kerana orang bukan islam boleh berada dalam Kawasan tanah haram ini.
Mekkah adalah tempat suci bagi orang islam untuk mengerjakan Haji dan juga Umrah . Setiap bulan pasti ramai yang akan datang ke Mekkah untuk beribadah. Mekkah antara tempat yang paling ramai orang kunjung dari merata-rata negara.
Di Mekah ada menjual pakaian, Al-Quran, Kurma dan sebagainya untuk dibawa balik ke tanah air masing-masing sebagai kenang kenangan. jika anda pernah pergi ke Mekah pasti anda akan merindui suasana di Mekkah yang sangat tenang. Sampai disini sahaja tentang Mekah dan juga kenapa kapal terbang tidak dibenarkan lalu diatas Kaabah.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!