Tempat Syok Shopping Di Ho Chi Minh, Vietnam yang wajib korang singgah. Dekat Ho Chi Minh ni memang rugilah kalau korang tidak melabur duit kat Shopping & beli Souvenirs sebab banyak gile barang yang gempak2 & Murah je tau.
Korang yang gila2 shopping tu memang patut datang sebab kesemua list port shopping ni memang Syooook oooh.
Tempat Syok Shopping Di Ho Chi Minh, Vietnam
1. CHO BEN THANH MARKET
Bent Thant Market adalah Destinasi yang Wajib untuk anda kunjungi bila anda bercuti ke Ho Chi Minh. Pasar raya ini juga merupakan Pasar yang sangat popular di Bandar Saigon, Vietnam.
Bak kata pengunjung Malaysia yang singgah ke Pasar ini, “Memang Rugilah kalau korang tak pergi sebab harga memang Mur Mur”.
Bent Thant Market menawarkan pelbagai jenis barangan cenderahati yang menarik seperti Kain ela, kasut, souvenirs & banyak lagi. Selain itu, anda juga dapat membuat tempahan pakaian & kasut mengikut kehendak anda sendiri serta tempahan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang singkat sahaja.
Kebisaannya pengunjung yang hadir ke pasar ini mesti akan rambang mata kerana terdapat banyak sangat pilihan cenderahati yang dapat dibeli pada harga yang murah.
2. CHO BINH TAY MARKET (CHINA TOWN)
Cho Binh Tay dikenali sebagai “Cholon Chinatown” kerana persekitarannya yang dihiasi dengan dekorasi tanglung ditepi-tepi jalan & ukiran-ukiran zodiak budaya Cina. Kebanyakan pengunjung yang ingin berkunjung ke Ho Chi Minh pasti akan keliru antara Pasaraya Cho Binh Tay Market dengan Ben Thant Market.
Perbezaan antara kedua-dua pasar ini adalah harganya, Pasaraya Cho Binh Tay menawarkan harga yang lebih murah berbanding Ben Thant Market.
Kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan yang melibatkan fabrik & kain, Cho Binh Tay adalah tempat yang paling sesuai untuk memborong sambil melancong. Apabila anda singgah ke Cho Binh Tay, anda mestilah mengasah bakat tawar menawar anda dahulu kerana Pasar raya ini dapat menawarkan anda harga lebih murah yang tidak dijangkakan.
3. NGUYEN AN NINH STREET (MALAYSIA STREET)
Jika anda ingin bayangkan bagaimana suasana di Ngunyen An Ninh Stree ni, anda boleh bayangkan sahaja Jalan Tar di Kuala Lumpur itu. Bahkan Ngunyen An Ninh Street dikenali sebagai “Malay Street”. Pasar raya ini juga popular di kalangan pelancong daripada asia dan 90% pelancong yang singgah ke Ngunyen An Ninh Street adalah daripada Malaysia.
Ngunyen An Ninh Street menawarkan pelbagai Barangan dari Malaysia seperti Telekung, Baju kurung, tudung & banyak lagi. Pasaraya ini juga turut menyediakan Kedai Makanan Malaysia Halal.
Oleh itu , anda tidak perlu khawatir untuk mencari kedai makanan yang Halal di Ho Chi Minh, Vietnam & Makanan Halal yang ditawarkan memang Sedap sangat. Banyak Tempat Syok Shopping Di Ho Chi Minh, Vietnam yang dapat korang pergi terutamanya Ngunyen Anh Ninh.
4. SAIGON SQUARE
Sumber Gambar: Pinterest.com
Saigon Square merupakan pasar raya bertutup seperti Shopping Mall yang menjual pelbagai jenis barangan & cenderahati yang berkualiti & berbaloi. Pasar raya ini kebiasaannya agak sibuk kerana ramai penduduk tetap & pelancong yang gemar singgah ke Saigon Square untuk membeli barangan yang diinginkan.
Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada pengunjungnya kerana Saigon Square dilengkapi dengan penghawa dingin supaya tidak terdedah dengan kepanasan.
Kepada golongan wanita, Saigon Square adalah destinasi yang wajib di singgah kerana pasar raya ini menawarkan pelbagai jenis baju kurung, tudung & barang kemas yang boleh membuat anda rambang mata. Harga barangan yang ditawarkan di Saigon Square juga adalah jauh lebih murah.
Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Saigon Square sekiranya anda bercuti di Ho Chi Minh sebab banyak Tempat Syok Shopping Di Ho Chi Minh, Vietnam yang dapat korang kunjungi.
5. AN DONG MARKET
An Dong Market adalah sebuah pasar raya yang popular selepas Ben Thanh Market. Pasar raya ini juga terletak di China Town. An Dong Market juga adalah sebuah destinasi untuk anda membeli belah kerana terdapat pelbagai barangan yang dapat anda miliki disini.
Antaranya ialah Pakaian, Barang Kemas, Kasut & banyak lagi. An Dong Market juga dikenali sebagai Dunia Fesyen bagi penggemar pakaian.
Selain itu, Pasar raya ini juga menawarkan kraf tangan yang unik & berkualiti. Malah Pasar raya ini juga menawarkan makanan yang kering seperti sotong kering, udang kering & banyak lagi. Pasar An Dong Market juga mempunyai rakan kongsi iaitu An Dong Plaza yang menjual barangan yang hampir sama dengan An Dong Market. Akan tetapi harga yang ditawarkan oleh An Dong Plaza sedikit mahal berbanding An Dong Market.
So tunggu apa lagi, cepat2 pek baju korang & pergi bercuti ke Tempat Syok Shopping Di Ho Chi Minh, Vietnam Tetapi sebelum itu diingatkan jangan lupa bawa pocket money lebih yeee. Kompem korang akan rambang mata punya shopping dekat Ho Chi Minh, Vietnam ni.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!