Anda pergi Bali tapi tak tahu makanan halal untuk dimakan ini kami senaraikan warung yang sesuai dan halal untuk anda. Jika anda pergi ke Bali pasti anda tertanya-tanya adakah makanan di sana halal untuk dimakan kerana di Bali kebanyakkannya orang Buddha. Tak perlu risau anda boleh lihat senarai yang kami buat ini untuk rujukan anda apabila anda ke Bali. Sebahagian besar penduduk pulau itu adalah orang Buddha, terdapat juga banyak orang Islam yang tinggal di pulau itu, memasak makanan halal yang segar dan enak untuk anda nikmati. ini antara warung yang kami pilih.
Pergi Bali Tapi Tak Tahu Makanan Halal Untuk Dimakan ?? Ini Warung Yang Sedap Dan Murah Untuk Anda.
Warung Nikmat
Warung Nikmat ini dibuka untuk sarapan dan makan tengahhari.Makanan dimasak berunsurkan makanan jawa ia halal dan juga sedap dimakan. Akan ada pelayan yang cantik-cantik menunjukkan menu yang ada di warung itu untuk menarik minat pelanggan untuk pergi ke warung Nikmat ini. Semua yang dimasak halal dan jangan risau tentang halal. Warung Nikmat sentiasa akan penuh dengan orang tempatan mahupun pelancong luar. Makanannya sangat murah dan sedap .
Alamat: Jl. Bakung Sari, Gg. Biduri No.6A, Kuta, Bali, Indonesia
Hubungi: (0361) 764678
Waktu buka: setiap hari 8 pagi – 8 malam
Warung Bunana
Warung Bunana berunsurkan masakan Melayu-India yang tulen. Disini ada masak roti cantai ia sangat sedap dan halal. Warung Bunana tempat yang kecil dan ia sesuai untuk makan tengahhari dan malam. Antara menu yang ada di warung banana seperti kari daging kambing, ayam , teh tarik, dan nasi. Untuk pencuci mulut pulak anda kena cuba salah satu roti yang manis berinti coklat, kacang, pisang, epal dan kayu manis.
Alamat: Jl. Sunset Road No.28, Kerobokan Kelod, Seminyak, Bali, Indonesia
Hubungi: 0812-3993-425
Waktu buka: setiap hari 10 pagi – 10 malam
Warung Melati
Warung Melati adalah salah satu tempat yang sangat digemari oleh orang untuk sarapan. Warung ini menyajikan makanan asli indonesia ia dimasak sendiri oleh pemilik kedai dan masakannya sangat sedap. Makanan disitu banyak makanan yang sihat seperti sayur dan makanan tradisional indonesia. Makanan-makanannya sangat murah dan sedap. Warung ini mula masak awal-awal pagi untuk makanan pada pukul 11. Masa yang terbaik untuk anda pergi antara pukul 12 atau pukul 1. Jika anda datang lewat mungkin makanan kebanyakkannya sudah habis kerana warung melati antara tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan mahupun orang luar.
Alamat: Jl. Nakula 5 No.5, Legian, Bali
Hubungi: 0896-6399-3501
Waktu buka: 11 pagi – 8 malam
Warung Murah Double Six
Warung Murah Double Six memang disahkan halal dan sesuai untuk orang islam makan. dan di warung ini selalu sibuk dengan ramai pelanggan kerana makanannya yang sangat sedap dan juga segar. Anda boleh pilih makanan anda melalui menu tapi jika anda ingin makan makanan yang istimewa disitu anda boleh pesan plat nasi campur. nasinya pelbagai warna anda boleh pilih nasi putih, kuning, merah dan mereka akan hidangkan kepada anda. Kepada yang vegeterian anda tidak perlu risau disni ad banyak sayur yang segar untuk anda pilih dan juga keropok jagung, telur sambal, tempe dan tauhu. Kepada yang suka daging anda boleh mencuba rendnag atau sate ayam yang sangat terbaik.
Alamat: Jl. Arjuna No. 99, Seminyak, Bali, Indonesia
Hubungi: (0361) 732082
Waktu buka: 8 pagi – 10.45 petang
Warung Nasi Campur Men Wati
Warung Nasi Campur Men Weti, yang terletak betul-betul di pantai. ini antara yang baik untuk ayam kukus Bali dengan sayuran, telur rebus dan kacang tanah dihidangkan kepada sesiapa sahaja untuk menegenyagkan perut anda. Ia datang dengan sambal, tentu saja, pedas tradisional yang baik juga. Warung ini telah berjalan lebih dari 30 tahun supaya anda akan yakin bahawa wanita-wanita ini tahu cara memasak hidangan halal Bali yang terbaik untuk anda.
Alamat: Jl. Segara Ayu, Sanur, Denpasar Sel., Kota Denpasar, Bali
Hubungi: 0817-9748-428
Waktu buka: buka setiap hari 8 pagi – 11 malam
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!