Amerika Syarikat merupakan salah satu negara yang terbesar di dunia dan negara yang mempunyai sejumlah destinasi pelancongan yang menakjubkan. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda 7 tempat yang ohsem untuk berswafoto di Amerika Syarikat ( USA ).
7 Tempat Yang Ohsem Untuk Berswafoto Di Amerika Syarikat
1.Golden Gate Bridge, San Francisco
Golden Gate Bridge ni merupakan landmark utama bagi San Francisco. Jambatan berwarna merah ni sangat terkenal dan selalu muncul dalam filem-filem barat seperti X-Men, Spiderman dan banyak lagi.
Warna merah terang jambatan ini digunakan untuk memudahkan penglihatan kapal yang berlayar di kawasan sekitar kerana kawasan jambatan ni selalunya berkabus tebal.
2. Golden Canyon SkyWalk, Grand Canyon
Grand Canyon adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh pelancong. Menaiki tembok tebing ke cakrawala yang tidak dapat diukur di bawah adalah salah satu kemuncak yang indah di Amerika Syarikat. Sekiranya anda tidak ingin mendaki anda juga boleh pergi ke Golden Canyon SkyWalk untuk tidak melepaskan peluang melihat keindahan tembok-tembok yang cantik di Amerika Syarikat ini.
3. Walt Disney World, Orlando
4. Niagara Falls, Canada
Niagara Falls ini terletak di antara negeri New York dan wilayah Ontario, Air Terjun Niagara adalah salah satu keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan di benua Amerika Utara. Dengan lebih daripada 14 juta pelawat setiap tahun ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling banyak dikunjungi di dunia.
5. Madame Tussauds, San Francisco
Siapa yang tak kenal dengan Madame Tussauds yang menempatkan patung-patung lilin selebriti serta orang ternama. Di sini anda boleh bergambar dengan banyak patung-patung lilin artis-artis yang terkenal di dunia seperti Anne Hathaway, Shah Rukh Khan, Barack Obama, Maddona, Steven Spielberg, Steve Jobs dan banyak lagi.
6. River Walk, San Antonio
7. Waikiki Beach, Hawaii
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!