Sebuah negeri di selatan tanah air kita, Johor Darul Takzim, penuh dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Terletak bersebelahan dengan Singapura, negeri Johor sering menerima kunjungan pelancong dari sana.
11 Tempat Menarik di Johor Wajib Pergi
Pasti ramai yang tahu bahawa negeri Johor agak istimewa kerana mempunyai kisah sejarah yang agak menarik dan penuh dengan ‘drama’. Walaubagaimana pun, Johor mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang baru untuk semua orang.

Gunung Ledang, Tangkak
Tempat perkelahan ini sangat popular dan dikunjungi ramai orang. Kedudukannya yang berhampiran dengan negeri Melaka turut menjadi faktor tempat ini penuh dengan pengunjung hampir setiap hujung minggu.
Air terjun Ledang yang telah dinaik taraf menjadi tempat perkelahan serta mempunyai tempat letak kereta yang besar juga sangat memudahkan pengungjung yang ke sini.
Terdapat juga laluan hiking untuk penggemar aktiviti ini. Anda boleh bermalam di checkpoint jika destinasi anda agak jauh dengan mendirikan khemah didalam hutan.
Bandar Muar
Muar Bandar Diraja, sangat terkenal dengan kopi yang istimewa dan mee bandung muar. Jika anda ke sini, jangan lupa untuk mencuba minuman dan hidangan enak ini.
Pantai Desaru
Desaru yang terletak di Johor terkenal dengan pantainya yang cantik. Katanya Desaru merupakan di antara pantai yang tercantik di Johor.
Pantai Desaru yang juga dikenali sebagai “Land of Casuarinas” terkenal dengan pantainya yang putih dan pokok casuarina yang berbaris sepanjang pantai. Ada yang memanggil pokok casuarina sebagai pokok ru, dari situlah datangnya nama Desaru iaitu gabungan perkataan desa dan ru.
Dinasour Alive Water Park
Kembali ke alam dinosaurs di Dinasour Alive Water Park Johor. Kalau anda pengguna Instagram, tempat ini pasti sangat menarik untuk anda bergambar disamping bermandi manda bersama dinasour.
Hutan Lipur Gunung Pulai
Hutan Lipur Gunung Pulai 2 yang terletak di Pekan Nenas Pontian Johor menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti berkelah dan berkhemah.
Selain itu, kita juga boleh mendaki di trail hutan yang terdapat di hutan pelajaran. Dan juga terdapat laluan yang bertar untuk pendakian yang lebih santai hingga ke puncak gunung.
Muzium Nenas
Muzium Nenas Johor merupakan sebuah muzium yang didedikasikan kepada buah tropika ini. Di dalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai nenas, artifak, penerbitan dan informasi mengenai industri nenas di Malaysia.
Johor Premium Outlets
Johor Premiur Outlet adalah jaringan outlet brand premium mewah pertama di Asia Tenggara dan menjadi salah satu tempat shopping yang popular. Dengan lebih 130 jenama yang terkemuka menawarkan barangan berkualiti yang jauh lebih murah jika dibandingkan di tempat lain. Anda wajib singgah ke sini dan membeli barangan berjenama.
Bazaar Karat
Kat Johor ni pun ada Night Market tau. Kalau anda datang Johor, sila lah jenguk kat sini. Ronda-ronda shopping dan cuci mata kat Pasar Karat aka Bazar Karat ni.
Majoriti barang yang dijual kat sini semuanya barangan terpakai dan antik. Senang cerita sekarang ni panggil bundle la. Sebab tu la agaknya dipanggil Pasar Karat sebab semua benda yang ada dah berkarat
Danga Bay
Danga Bay adalah salah satu tempat menarik di Johor menawarkan berbagai aktiviti yang penuh gaya. Terdapat banyak outletdan restoran-restoran yang menawarkan makanan-makanan yang sedap untuk dinikmati disana.
Danga Bay juga dikenali sebagai taman rekreasi terbesar di Johor Bahru dan ia turut memberikan ruang dan kemudahan untuk anda melakukan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan semua peringkat umur.
Terdapat juga aktiviti eksklusif untuk kanak-kanak disana.
Jika anda inginkan suasana makan malam yang romantik, Danga bay seharusnya menjadi destinasi utama anda. Anda dapat menikmati makan malam bersama yang tersayang serta dapat menikmati keindahan permandangan malam.
Danga Bay juga menunjukkan beberapa adat an budaya masyarakat sekitar Johor.
Legoland
Legoland merupakan sebuah destinasi dan antara tarikan utama di Johor. Sebuah taman tema berkonsepkan lego ini mampu menjadi destinasi tumpuan keluarga kerana ia mampu menarik minat kanak-kanak.
Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tertarik, orang dewasa juga akan berasa seronok sepanjang berada disini.
Imaginasi anda akan menjadi kenyatan disini. Terdapat lebih daripada 70 jenis tunggangan, gelongsor, persembahan dan tarikan yang sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur.
Setiap hari yang anda luangkan disini akan sentiasa menyeronokkan dengan berbagai pengembaraan menerusi The Beginning, land of Adventure, Lego City dan Miniland.
Kepulauan di Mersing
Kalau sebut pulau di Malaysia, yang mesti orang teringat adalah Pulau Perhentian di Terengganu ataupun Pulau Manukan di Sabah.
Dekat Johor pun banyak actually pulau yang cantik, bersih dan sesuai untuk mereka yang memerlukan Vitamin Sea.
Mersing yang terletak kira-kira 136 km dari Johor Bahru, semakin menjadi destinasi tumpuan pelancong dan pencinta alam khususnya ke beberapa buah pulau di daerah ini.
Pulau-pulau di negeri ini bukan sahaja memiliki pemandangan dan batu karang yang cantik, malah menjadi lokasi ideal bagi aktivititi memancing, menyelam skuba dan snorkeling.
Anda berminat nak cuba island hopping di Kepulauan di Mersing? Hubungi kami untuk pakej serta info tambahan, 0177331482
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!