Ada berbagai motif untuk melancong, segalanya bergantung kepada individu dan tujuan mereka. Melawat saudara-mara, berniaga, bersantai dan berehat adalah tujuan kebanyakan orang pergi ke sesuatu tempat.
Buah-buahan Istimewa Di Seluruh Malaysia
Kali ini kita akan melancong demi mencari buah-buahan tempatan yang popular di beberapa destinasi di dalam Malaysia. Terdapat beberapa buah-buahan istimewa di seluruh Malaysia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Mari kita lihat lebih lanjut.
Belimbing
Buah Belimbing atau belimbing Besi atau Belimbing manis disebut dalam bahasa India Assamese – kordoi ( কৰ্দৈ ) / rohdoi ( ৰহদৈ , – kamranga, English – carambola , starfruit,, Filipino – balimbing , saranate, Hindi – kamrakh ,dan Indonesian – belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia.
Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan menjankau tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.
Buah belimbing mengandungi beberapa vitamin yang memberikan kesan mengecilnya liang pada bahagian kulit manusia. Vitamin yang terkandung dalam buah ini adalah Vitamin C dan Vitamin A. Vitamin C dan A ini akan memberikan kesan pada kesegaran kulit dan peremajaan kulit yang sudah menua .
Belimbing merawat kencing manis , tekanan darah tinggi , gingivitis atau radang gusi .Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia.
Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur ( belimbing buluh ).Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Berbuah sepanjang tahun, belimbing mudah didapati di kebanyakan pasar seluruh negara.
Betik
Betik (Carica papaya), rasa manis yang enak dengan bau seolah limau kasturi (musky) dan tekstur isinya yang lembut seperti mentega, tidak hairanlah jika ia dipanggil sebagai “fruit of the angels” oleh Christopher Columbus.
Setelah buah ini dianggap eksotik, ia kini boleh didapati di pasaran sepanjang tahun. Walaupun terdapat puncak bermusim yang sedikit pada awal musim panas dan luruh, pokoknya menghasilkan buah sepanjang tahun.
Buah ini juga dipanggil buah papaw atau pawpaw adalah buah segar dari tumbuhan besar keluarga Caricaceae. Walaupun asalnya agak kabur, betik mungkin mewakili gabungan dua atau lebih spesies Carica yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Hari ini ia ditanam di seluruh dunia tropikal.
Betik adalah sejenis buah yang berbentuk bulat atau seperti buah pir yang boleh panjang sehingga 20 inci. Bagaimanapun, yang kebiasaannya dijumpai di pasaran purata kira-kira 7 inci dan berat kira-kira satu paun (454 gram).
Isinya kaya berwarna oran yang kaya dengan warna kekuningan atau merah jambu. Di dalam rongga buah ini terdapat biji berwarna hitam yang mana biji itu diselaputi di dalam bahan seperti gelatin.
Biji betik boleh dimakan walaupun rasanya agak pahit. Buah, serta bahagian lain pokok betik, mengandungi papain, enzim yang membantu mencerna protein. Enzim ini sangat tertumpu pada buah apabila ia tidak matang.
Papain diekstrak untuk membuat makanan tambahan enzim pencernaan dan juga digunakan sebagai bahan dalam beberapa gula-gula getah. Buah betik mudah didapati dimana-mana pasar segar kerana ia berbuah sepanjang tahun dan tidak mengikut musim.
Ciku
Pokok Ciku merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ciku banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ciku atau nama saintifiknya Manilkara zapota adalah dari genus Achras dalam famili sapotaceae. Seperti buah betik, ciku juga dipercayai berasal dari Amerika Tropika.
Pokok ciku merupakan tumbuhan tropika hijau yang boleh mencapai ketinggian di antara 10-30 meter. Pokok ciku berbuah sepanjang tahun tetapi penghasilannya adalah tidak seragam. Buah ciku pada amnya berbentuk bujur dimana diameternya di antara 5-9 cm dan beratnya di antara 75-250 gm. Faktor-faktor utama penentu gred dan jenis sesuatu buah ciku ialah bentuk, saiz, warna isi dan citarasanya. Di Malaysia, varieti ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir dan Subang.
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).
Selain untuk merawat buasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.
Langsat
Langsat (Lansium domesticum) adalah tumbuhan tropis yang banyak ditemukan di Asia. Buah ini sudah lama dikenal memiliki banyak manfaat buat kesehatan tubuh.
Langsat kaya akan kalori, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, fosfor, zat besi, dan lemak. Selain itu, kandungan polifenol dan antioksidannya sangat ampuh melindungi tubuh dari radikal bebas.
Di dalam dunia kecantikan, langsat juga berperan untuk menjaga kecantikan kulit.
Pokok langsat lazimnya akan berbuah mengikut musim iaitu sekali sahaja dalam setahun. Bergantung kepada lokasi, buah langsat lazimnya ia akan berbuah dari bulan Julai – Oktober iaitu berturutan dengan beberapa jenis buah-buahan lain.
Mangga
Buah yang asalnya dari India dan banyak ditanam di Malaysia ini sangat digemari bukan hanya oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga.
Tetapi pernahkah kita terfikir tentang kelebihan atau manfaat yang ada pada buah yang isinya enak dan berwarna oren kekuning-kuningan ini untuk kesihatan secara keseluruhan. Berikut disenaraikan beberapa manfaat kesihatan dan buah yang dikenali dengan nama saintifik Mangifera Indica:
Kesihatan mata – Selain kaya dengan vitamin C, buah mangga memiliki kandungan vitamin A yang tinggi. Satu mangkuk hirisan mangga mengandungi sekurang-kurangnya 25 peratus keperluan harian vitamin A. Penyelidikan menunjukkan bahawa mangga berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata.
Pencernaan – Mangga mempunya enzim pencernaan yang dapat membantu pemecahan protein serta membantu proses pencernaan.
Kelancaran hubungan seks – Kandungan vitamin E dalam buah mangga dikatakan dapat meningkatkan dorongan seks seseorang dengan mengatur semula hormon seks di dalam tubuh.
Meningkatkan memori – Buah mangga mempunyai kandungan jumlah asid glutamik yang cukup.
Kulit lembut dan cerah – Bagi yang prihatin terhadap kesihatan, buah mangga adalah pilihan terbaik. Mengambil mangga sebagai diet dapat membuatkan kulit anda lebih lembut dan sihat.
Buah ini mudah diperoleh di mana-mana pasar atau gerai yang menjual buah sepanjang tahun. Namun, bagi penggemar mangga Harum Manis, kebiasaannya ada pada bulan Mei sehingga penghujung bulan Jun.
Manggis
Manggis adalah sejenis buah yang isinya putih dan boleh dimakan mentah. Kulitnya lembut dan tebal berwarna ungu pekat yang berfungsi sebagai pelindung kepada isinya yang putih. Manggis dikenali sebagai buah seribu guna atau ratu segala buah.
Kajian yang dilakukan ke atas ekstrak buah manggis mendapati ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan selain mampu mematikan bakteria serta melambatkan pertumbuhan beberapa jenis sel kanser.
Sekiranya dimakan dua kali sehari selama lapan minggu, indeks tubuh akan menjadi lebih rendah sekali gus membantu menurunkan berat badan.
Vitamin C dan serat yang terkandung dalam buah manggis adalah faktor penting untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh. Serat dalam manggis bermanfaat untuk memastikan bakteria baik bagi proses pencernaan.
Antioksida yang terkandung di dalamnya juga berfungsi sebagai antibakteria yang mampu mencegah jangkitan bakteria berbahaya.
Musim manggis seiring dengan musim durian iaitu musim pertama antara bulan Februari hingga Ogos dan musim kedua Oktober hingga Disember.
Durian
Durian (Durio zibethinus Murray) dikenali sebagai ‘raja buah’ dalam kalangan orang ramai khususnya masyarakat di Asia Tenggara. Memiliki bau yang menyengat, tekstur yang lembut, rasa lemak dan berkrim yang enak serta warna kekuningan sudah pasti menarik perhatian semua orang untuk mencubanya.
Raja buah ini adalah milik keluarga Bombacaceae, atau yang lain dalam Malvaceae ataupun oleh keluarga yang lebih kecil daripada hanya tujuh genus/kumpulan Durionaceae.
Durian berasal dari Asia Tenggara. Ia didapati liar atau separa liar di Selatan Tenasserim, Burma dan sekitar kampung-kampung di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, durian liar ditanam secara meluas di Borneo dan Sumatera.
Borneo adalah pusat kepelbagaian spesies Durio. Buah berduri ini biasanya ditanam di sepanjang jalan atau di kebun komersial di Thailand, Laos, Vietnam, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina.
Kebanyakan manfaat kesihatan buah ini berasal daripada kandungan vitamin dan mineral durian yang mengagumkan. Raja buah ini mengandungi vitamin seperti vitamin-C, asid folik, thiamin, riboflavin, niacin, B6 dan vitamin A.
Mineral penting seperti kalium, besi, kalsium, magnesium, sodium, zink, fosforus juga terdapat pada durian. Ia juga mengandungi nutrien seperti phytonutrients, air, protein dan serat pemakanan bermanfaat.
Rambutan
Rambutan (Nephelium lappaceum L.) merupakan buah yang digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.
la adalah sejenis buah-buahan tropika yang bermusim dan di dapati ditanam di seluruh negara tropika khususnya di Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
Di Malaysia, pokok rambutan ditanam di kawasan sekeliling rumah dalam bentuk dusun campuran atau ditanam di dusun-dusun secara tunggal. Kawasan utama pengeluaran rambutan ialah di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah.
Buah rambutan biasanya dimakan segar atau diproses. Bagi buah yang dimakan segar, ciri-ciri buah yang penting ialah saiz buah, warna buah, rupa keseluruhan buah, ketebalan isi, kemanisan isi, dan kelekangan testa pada isi.
Sementara untuk buah yang diproses pula, ianya mestilah mempunyai biji yang kecil, kulit yang nipis, isi tebal dan rangup serta peratus isi yang tinggi.
Buah rambutan kaya dengan karbohidrat. Karbohidrat pada buah sangat dominanpada isinya yang lembut dan manis. Buah rambutan juga mengandungi banyak protein seperti daging ayam. Ia berfungsi untuk menghasilkan sel-sel dan menggantikan tisu yang mati.
Untuk pengetahuan anda, buah rambutan juga mempunyai banyak mineral penting yang serap dari dalam tanah seperti kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan niacin serta potasium. Selain itu, ia juga mengandungai vitamin A dan C.
Tidak kalah pentingnya, buah ini kaya dengan serat yang dapat melancarkan pencernaan.
Pokok rambutan dari penilaian selalunya memang mempunyai 2 musim buah yang utama iaitu bulan Jun hingga Ogos dan musim kedua pada bulan Disember hingga Januari.
Musim boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan serta pengurusan agronomi pokok
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!