Kalau anda mempunyai rancangan untuk bercuti ke Sydney bersama keluarga atau rakan, ini antara aktiviti yang anda wajib anda lakukan ketika di sana.
Mungkin anda boleh selitkan semua aktiviti ini di dalam tentatif anda. Pastikan jangan terlepas 5 aktiviti yang membuatkan bestnya bercuti di Sydney bersama tersayang.
5 Aktiviti Yang Membuatkan Bestnya Bercuti Di Sydney Bersama Yang Tersayang
1. Menaiki Ferry Cruise Keliling Sydney
Feri ini akan membawa anda bersiar-siar di sekitar Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, dan juga beberapa tempat lain. Terdapat beberapa pakej berbeza yang anda boleh pilih seperti, Leisure Cruise, Sunset Cruise dan Dinner Cruise.
Di samping itu, anda juga mengikuti pelayaran khas ketika acara Vivid Sydney Festival, anda akan melihat sendiri lampu-lampu yang begitu menakjubkan dan pelayaran feri di waktu malam. Sangat menyeronokkan!
2. Berseronok Di Luna Park
Luna Park adalah pilihan utama apabila anda bercuti dengan anak-anak dan Luna Park ini juga merupakan taman tema yang boleh anda kunjungi untuk berseronok selepas puas berjalan-jalan.
Taman tema ini menyediakan permainan yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Antara permainan yang popular di sini ialah, Tumble Bug, Joy Wheel, Wild Mouse, Carousel, Mystery Manor dan banyak lagi.
3. Menaiki Cable Car Cermin, Scenic World
Kalau anda tidak menggemari tarikan yang ada di bandar, anda bolehlah berkunjung ke The Blue Mountains ini. Selain itu, di The Blue Mountains ini juga anda berpeluang untuk melihat pemandangan Three Sisters di Echo Point Lookout, dengan menaiki kereta kabel yang lantainya kaca ke Scenic World, melihat landasan keretapi tercuram di Australia (Australia’s highest cable car) serta persembahan tarian puak Aborigine di Waradah Aboriginal Centre.
4. Meluncur Di Bondi Beach
5. Taronga Zoo
Di samping itu, anda juga boleh meneruskan percutian anda di Sydney dengan melawat ke Taronga Zoo. Di Zoo ini telah menempatkan 4000 ekor haiwan yang daripada 350 spesies. 5 haiwan ikonik Australia iaitu buaya, kangaru, koala, walabi dan platipus juga ada di sini.
Untuk pengetahuan anda, Taronga Zoo lebih mudah diakses menaiki feri dari Darling Harbour dan Circular Quay ke Wharf Ferry Taronga. Pelancong juga boleh menaiki bas atau kereta api. Mengikut keselesaan masing-masing.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!