Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia yang kaya dengan keindahan pulau, pantai, gunung dan juga tidak kalah dengan keenakan dan keaslian makanan tempatan serta kemegahan bangunan yang sering menjadi pilihan pelancong di Malaysia untuk bercuti.
5 Lokasi Menarik Pilihan Pelancong di Johor, Malaysia
Sekiranya anda ingin bercuti ke Johor, di bawah adalah antara lokasi-lokasi menarik pilihan pelbagai pelancong yang menjanjikan pengalaman percutian terbaik untuk anda bercuti ke sana kelak.
PULAU SIBU, MERSING
Pulau Sibu yang terdiri daripada Pulau Sibu besar, Pulau Sibu tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung adalah antara salah satu pulau yang mempunyai keunikan tersendiri.
Pelancong yang berminat dengan aktiviti sukan air seperti diving dan snorkeling sambil melihat keindahan terumbu karang ada di Pulau ini.
Antara lokasi lain yang terdapat di bahagian selatan pulau ini adalah sebuah kampong nelayan iaitu Kampung Duku yang boleh anda lawati dengan menikmati pantai yang bersih dan cantik.
Disini juga terdapat pelbagai resort di bahagian barat Pulau Sibu untuk anda pilih dan tidak perlu risau tentang penginapan lagi.
Pantai Stulang Laut, Johor Bahru
Pantai Stulang Laut menjadi tumpuan penduduk untuk bersiar-siar menghirup udara segar kerana lokasi pantai yang terletak di bandaraya Johor Bahru.
Lokasi ini amat disarankan untuk para pengunjung yang ingin bersantai pada waktu malam kerana lokasi ini Nampak lebih indah ketika waktu malam sambil menghayati hidangan makanan di pantai ini.
Antara hidangan yang selalu menjadi pilihan disini adalah makanan seafood yang sedap sambil menghayati pemandangan cahaya lampu yang indah, menikmati bayu laut yang dingin dan deruan ombak.
Pantai Stuang Laut ini menjanjikan pengalaman bersantai yang akan menambat hati para pengunjung yang datang ke sini.
Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi
Ladang buah-buahan tropika yang berleluasan lebih 100 ekar ini Berjaya menarik perhatian para pelancong kerana terdapat lebih dari 100 jenis buah-buahan yang segar antara buah-buahan berkualiti tinggi yang terdapat di sini ialah durian, durian belanda, jambu madu, jambu batu, limau madu dan berbagai-bagai lagi.
Ladang ini juga mempunyai zoo mini, kolam ikan koi, dan lain-lain tarikan. Di sini, pengunjung berpeluang untuk memilih sendiri buah-buahan yang disukai dibantu oleh pekerja lading.
Terdapat pelbagai pakej lawatan disediakan di sini, anda boleh memilih untuk menyertai lawatan separuh hari atau bermalam di sekitar chalet yang disediakan.
Alamat: no. 92, 82200 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi: 9 pg – 6.30 ptg
Harga Tiket: RM10
Austin Heights Water & Adventure Park
Austin Heights Water & Adventure Park amat sesuai dijadikan untuk aktiviti bersama keluarga. Lokasi ini sudah tentu menjadi pilihan untuk anak-anak yang sangat suka dengan taman tema air.Anda tidak perlu ragu lagi jika ingin datang bersama keluarga kerana ini adalah destinasi yang tepat kesukaan ramai anak-anak.
Susah untuk anak-anak untuk menolak jika diajak ke lokasi ini untuk bercuti bersama keluarga.
Selain menawarkan Water Park untuk anda sekeluarga bermandi-manda yang mempunyai pelbagai permainan air tapi mempunyai tarikan lain juga seperti aktiviti Adventure Park, Skating dan lain-lain. Sudahh datang kesini sekali, mesti nak dating lagi!
Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Harga Tiket: Water Park: Atas 120 CM RM80 | Bawah 3 Tahun RM12 | 120 CM & Kebawah RM70 | Warga Emas RM70, Adventure Park: RM80, Jump Street: 1 Jam RM25, Skating Rink: RM25, Drift: RM25 ,Combo:Dari RM88
Kulim Eco Trail Retreat
Untuk anda yang bercuti ke Johor untuk menikmati pemandangan tapi masih ingin melakukan aktiviti outdoor and boleh datang ke Kulim Eco Trail Retreat.
Disini, 20 ativiti team building yang boleh dilakukan menjanjikan kepuasan serta dapat meningkatkan stamina ke tahap yang maksimum.
Ketika anda sedang menjalankan aktiviti di sini juga secara tidak langsung dapat menghayati ketenangan aliran sungai dan keindahan kehijauan alam.
Alamat: Kulim Eco Trail Retreat, Ladang Basir Ismail, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.30 pg – 5.30 ptg) | Ahad (8.30 pg – 12.30 ptg)
Harga Tiket: Berdasarkan Pakej Yang Ditawarkan
Sekiranya anda ingin bercuti ke Johor, di atas adalah antara lokasi-lokasi menarik pilihan pelbagai pelancong yang menjanjikan pengalaman percutian terbaik untuk anda bercuti ke sana kelak.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!