Inginkan percutian yang Menarik? Rasanya tak perlu fikir panjang lagi, Bali adalah jawapan yang anda cari. Ini adalah 7 pemandangan yang sangat menakjubkan di Bali. Pulau eksotik ini menawarkan banyak tarikan menarik yang terdiri daripada pantai-pantai yang indah, kuil-kuil dengan seni bina yang begitu unik dan pemandangan yang sangat cantik dan tenang.
7 Pemandangan Yang Sangat Menakjubkan Di Bali.
Tegallalang Rice Terraces
Tegallalang Rice Terraces adalah salah satu khazanah alam yang menakjubkan dan menyenangkan dibali dengan kehijauan yang sangat cantik.
Pemandangan hijau di Tegallalang Rice Terraces akan membuatkan anda terpukau dengan kecantikan lama semula jadi ini. Anda perlu melawat ke sini sebelum anda balik ke Negara asal.
Gunung Batur
Gunung batur ini terletak di rantau Bangli di Pulau Bali, Indonesia. Sudah berapa tahun pelancong mendaki ke Gunung Batur ini untuk melihat matahari terbit di atas Gunung berapi yang berdekatan dengan Gunung Agung.
Pemandangan matahari terbit yang sangat cantik dan menakjubkan.
Kuil Uluwatu
Kuil Uluwatu ini merupakan salah satu tempat yang tinggi di Bali untuk menyaksikan matahari terbenam dengan pemandangan yang menghadap ke laut dan aka nada pertunjukan kecak harian yang diadakan di pusat seni bina Bali.
Gerbangnya yang direka secara tradisional dengan patung-patung untuk menambahkan lagi daya tarikan Kuil Uluwatu ini.
The Sidemen Valley
The Sidemen Valley terletak di Bali Timur. Ia adalah salah satu tempat yang banyak menyimpah rahsia alam semula jadi seperti batu permata tersembunyi disitu dan disini tidak terkenal kerana tidak ramai pelancong pergi ke sini.
Disini juga ada sawah padi yang cantik dan juga tanaman pertanian. Selain itu, anda juga boleh ke pasar warna warni yang cantik dengan keunikan yang tidak akan dapat di tempat lain.
Pulau Nusa
Pulau Nusa adalah sebahagian daripada Bali. Pulau Nusa sangat tenang menikmati alam semula jadi. Di pulau Nusa anda boleh snorkeling, cliff , mendaki di pulau yang sungguh menakjubkan ni.
Jika anda ingin ke sini anda perlu menaiki bot dari tanah besar Bali ia mengambil masa 30 minit. Jika anda kesini pasti anda tidak percaya dengan Pulau Nusa ini adalah salah satu bahagian di Bali kerana ia jauh dari Kuta dan Seminyak.
Air Terjun Sekumpul
Air terjun Sekumpul ini jauh didalam hutan yang sangat cantik. Air terjun ini adalah sekumpulan 7 air terjun yang dikelilingi oleh tebing-tebing pokok.
Trek ke air terjun ini agak susah sedikit tapi apabila sampai ke air terjunnya pasti penat anda akan hilang kerana kecantikan dan keindahan pelangi di air terjun tersebut.
Pura Tanah Lot
Pura Tanah Lot merupakan kuil yang paling popular di Bali dan sangat cantik apabila anda mengambil gambar di Pura Tanah Lot ini. Pura Tanah Lot bermaksud tanah adalah tanah dan Lot adalah laut.
Pemandangannya yang sangat menakjubkan diatas batu yang menghadap ke arah laut. Pura Tanah Lot adalah salah satu dari 7 kuil laut yang ada di Bali.
Jalan-Jalan ke Bali selama Pandemi Covid-19 lebih Sehat, Aman, dan Hemat dengan menggunakan Mobil Rental Setir Sendiri! Kami, CV Bali Access Car Rental – “Jasa Sewa Mobil Rental Murah di Bali ” menawarkan beragam mobil rental berkualitas di Bali, bisa lepas kunci atau dengan jasa Supir. Tersedia mobil matic dan Manual. Gratis hantar mobil ke Airport maupun Hotel di Bali. Mobil Bersih dan bebas Virus COVID-19 (Desinfectant Kabin Mobil). Harga sewa mobil murah kompetitif. Proses booking mudah lewat Aplikasi Mobile , Proses +/- 30 Min, Mobil diterima ditempat!