Norway adalah sebuah Destinasi Pelancongan yang memiliki pemandangan yang Indah & Menakjubkan. Selain itu, ia juga mempunyai banyak aktiviti Menyeronokkan yang anda Wajib sertai. Jom kita Check It Out Top 10 Aktiviti Ohsem Di Norway Yang Anda Patut Cuba !!!
TOP 10 AKTIVITI OHSEM DI NORWAY YANG ANDA PATUT CUBA !!!
1. SKI DI LYNGEN ALPS

Lyngen Alps terletak di Bulatan Arktik yang membentang sejauh 90 kilometer. Ski di seluruh Lyngen Alps adalah salah satu aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan di Norway.
Kawasan ini juga dilindungi oleh fjords, Glasier & sungai yang menjadikan ia Destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini.
2. KAYAK DI GEIRANGERFJORD

Geirangerfjord dikelilingi oleh Tebing-tebing yang menjulang tinggi & tersenarai dalam UNESCO kerana mempunyai air biru yang cantik.
Keindahan di Geirangerfjord turut dilengkapi dengan Seven Sisters Falls. Berkayak di Geirangerfjord adalah pilihan yang tepat untuk menerokai kawasan sekitarnya yang menawan.
3. MENDAKI KE TROLLTUNGA

Trolltunga amat Popular dengan Lidah Raksasanya iaitu sebuah batu besar yang berbentuk Lidah. Pemandangan yang cukup menakjubkan di Trolltunga ini pasti akan memuaskan hati anda.
Anda perlu melakukan Pendakian yang menyeronokkan untuk tiba ke Trolltunga ini. Anda semestinya akan Terpegun dengan Panorama yang mengasyikkan di Trolltunga ini.
4. ZIPLINE DI GUNUNG ULRIKEN

Gunung Ulriken adalah Gunung Tertinggi di Bergen yang menawarkan pemandangan yang amat mengagumkan & view dari atas Bandar Bergen yang cantik.
Zipline 300 meter panjang & Terpantas di Norway ini adalah aktiviti yang Harus anda cuba disini. Anda akan dibawa melintasi dari Gunung Ulriken hingga ke Gunung Fløyen.
5. RIDE YANG MENCABAR DI JALAN ATLANTIK

Terdapat sebuah Jalan Raya yang agak mencabar di Norway yang digelar “Atlantic Ocean Road”. Ia juga adalah Jalan Raya cerunam yang anda patut cuba Drive bagi mencabar diri anda.
Jalan ini menghubungkan Tanah besar ke serata pulau yang mempunyai pemandangan Viking klasik di setiap selekohnya.
6. TEROKAI NOTHERN LIGHTS DI SVALBARD, BODO & TROMSO

Norway amat Terkenal dengan Nothern Lights atau juga dikenali sebagai Aurora Borealis yang dapat membuka mata & minda kita untuk menghargai Fenomena alam yang semula jadi ini.
Anda boleh memulakan pencarian Nothern Lights di Utara Norway dari Lillehammer, Svalbard, Bodo & Tromso. Pastikan anda mulakan pencarian anda diantara bulan sembilan hingga Mac sahaja.
7. CYCLING DI RALLAVERGEN

Berbasikal adalah aktiviti paling popular di Rallarvegen atau digelar sebagai “The Navvies ‘Road” Ia adalah laluan yang sangat indah sehingga anda tidak dapat melupakannya.
Anda akan berbasikal melalui kawasan kampung yang indah di landskap fjord Norway ini. Ia adalah aktiviti yang paling tepat untuk anda yang gemar akan alam semula jadi.
8.VIA FERRATA LOEN

Mendaki Via Ferrata Loen ke puncak Gunung Hoven adalah salah satu aktiviti yang mencabar di Norway. Anda berpeluang menikmati pemandangan pergunungan yang indah bersertakan glasier & fjord yang mempersonakan.
Jangan Lepaskan peluang untuk berjalan di atas Jambatan Via Ferrata yang paling lama di Eropah di Gjølmunnebridge. Anda akan melihat pemandangan yang amat menakjubkan dari Jambatan ini.
9. SNOWMOBILE DI TROMSO

Snowmobile adalah aktiviti yang sesuai untuk merasai keseronokkan di Tromsø yang tidak terhingga. Anda berpeluang menerokai kecantikan di Tromsø sambil Berkonvoi menunggang Snowmobile.
Sekiranya anda menginginkan aktiviti yang santai di Tromsø, Anda juga boleh memancing sambil menikmati keindahan di yang mengagumkan di Tromsø ini.
10. MIDNIGHT SUN BOAT ADVENTURE

Selain daripada itu, anda juga boleh melihat Fenomena yang Unik di Norway ini iaitu Midnight Sun “Matahari Tengah Malam”. Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan Midnight Sun dengan cara yang unik. Anda boleh menaiki Boat pada waktu malam di Tromsø sambil menikmati alam semula Jadi disekelilingnya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!