Nha Trang adalah Destinasi Pelancongan yang sedang berkembang dengan pesatnya. Semestinya ia juga mempunyai Pelbagai Aktiviti Yang Superb Seronok Di Nha Trang, Vietnam yang pasti memberikan anda Pengalaman Yang Luar Biasa 🤩
AKTIVITI YANG SUPERB SERONOK DI NHA TRANG, VIETNAM
1. VINPEARL
Vinpearl adalah sebuah Taman Hiburan di Nha Trang yang terletak di seberang teluk dari Pantai Nha Trang. Taman Hiburan ini dapat dicapai dengan menaiki Cable Car 😱 yang menghubungkan Nha Trang City ke resort pulau ini.
Terdapat pelbagai Hiburan Menarik di Vinpearl yang dapat anda cuba seperti permainan dalam air, Roller Coaster & banyak lagi !!! Tidak lupa juga Akuarium Yang Terbesar di Vietnam yang dapat anda kunjungi disini.
2. PAINTBALL
Paintball adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk bermain bersama seisi keluarga & rakan-rakan yang tersayang. Anda akan dibekalkan sebuah senjata, peralatan perlindungan & peluru khas untuk Paintball .
Anda juga akan bersaing bersama pemain lain dengan menembak antara satu sama lain untuk menentukan siapa yang menjuarai permainan tersebut.
3. BERENDAM DENGAN LUMPUR
Mandi lumpur di Nha Trang adalah salah satu aktiviti yang wajib anda cuba disini. Ia terhasil daripada mata air semulajadi yang sihat & kaya dengan mineral.
Anda bukan sahaja merasai Keseronokkan semasa memandi Lumpur malah anda akan mendapatkan penyembuhan kulit yang mujarab daripada Lumpur tersebut. Berendam di Lumpur akan memberikan pengalaman Luar Biasa di Nha Trang ini.
4. SCUBA DIVING & SNORKELING
Skuba Diving & Snorkeling adalah aktiviti yang mesti dilakukan di Nha Trang. Ia amat sesuai jika anda ingin melihat keagungan & Keindahan Hidupan Laut di Nha Trang yang berwarna warni.
Salah satu Destinasi menyelam yang paling popular di Nha Trang ialah Pantai Moray & Pantai Hon Mun. Anda berpeluang melihat Spesis ikan yang Istimewa & unik seperti Lionfish & Scorpionfish.
5. BERKELAH & JUNGLE TREKKING
Nha Trang mempunyai beberapa air terjun yang indah & cantik. Antara yang paling Popular ialah Air Terjun Ba Ho & Fairy Spring. Aktiviti yang Best untuk dilakukan di Destinasi tersebut adalah menyeberangi sungai, Jungle Trekking, berkelah & banyak lagi !!!
Jika anda seorang yang suka mencabar diri, ini adalah Destinasi yang Tepat kerana anda akan melintasi Tebing-tebing yang agak Ekstrem. Anda juga patut melakukan Terjunan yang Hebat dari Tebing sungai tersebut.
6. BERBASIKAL DI NHA TRANG
Berbasikal di Nha Trang secara berkumpulan adalah satu pilihan yang bijak untuk menerokai Nha Trang yang amat mengagumkan ini. Ia juga adalah aktiviti yang menyeronokkan, sihat & murah untuk dilakukan bersama seisi keluarga & rakan-rakan.
Anda juga dapat menerokai kawasan2 Desa yang Indah & Tenang di Nha Trang ini. Selain itu, anda juga berpeluang menghirup udara segar & menikmati kecantikan Panorama di Nha Trang ini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!