Ramai yg tanya , berapa harga pakej. Ok jap saya explain. Mula-mula cadang nak pergi bercuti ke Pulau Perhentian bawak anak-anak atau ajak kawan ofis memandangkan tak pernah sampai lagi kan.
Tapi jauh la pulak, dengan travel ke sana lagi. Tup Tup Tup ada kawan ofis cerita pasal Pulau Mersing ni. Macam best jee….. Dah la dekat, kat Johor je
Percutian ke Kepulauan Mersing
Plan pun bertukar, kami pergi ke Jeti Mersing pagi Sabtu tu dan ambil day trip je. Bila check review memang semua kasi 5 stars Dan memang jimat masa plus Full House Aktiviti uols! SANGAT SANGAT PUAS HATI! Sat lagi saya share satu-satu ye.
Selalu kalau pergi Island hopping pulau-pulau lain atau macam Krabi ke, mesti start pukul 10 pagi pastu balik 2 petang kan? Kat Mersing ni dia lain sikit. Kitorang pukul 8 pagi dah naik boat n brekfes lepas tu pukul 6.30 petang baru sampai kat jeti semula lepas habis aktiviti tu.
Sebab apa? Sebab pakej island hopping yang kitorang amek ni memang rare and puas hati gilaaa. Masa balik tu rasa macam tengah menulis karangan darjah lima je. “Walaupun kami kepenatan, tetapi kami pulang dengan muka yang tersenyum gembira”
Ni pakej yang kitorang amik:
RM169 per pax include:
✅ Day Trip Round 7 Pulau
✅ Breakfast 1x
✅ Lunch 1x
✅ 7 Jenis Pulau untuk Island Hopping
✅ Snorkeling 2x
✅ Sandbank visit 2x
✅ Cliff Jumping 1x
✅ Hiking Puncak Lawa Gile
✅ Snorkelling Equipments
✅ Full Boat Transportation sepanjang hari
✅ Tiket Taman Laut
==========================================================
Review pakej Island Hopping dan Mersing itself :
– Snorkeling 2x dalam satu hari, satu waktu pagi 2nd waktu tengahari. Visit Sandbank pon 2x. memang best rasa taknak balik….
– Coral-coral dan ikan-ikan dia memang sangat-sangat cantik! Ada sorang abang ni buat free diving bawak Go Pro, tengok balik video dia dah macam pergi fun fair- warna warni ikan berenang-renang.
Tapi careful jugak sebab banyak landak-landak laut kat kawasan tu. Jangan sampai terpijak memang perit nanti.
– Tak sangka air dia dan pulau dia memang biru Emerald. Kawan saya cakap macam kat Maldives atau Koh Lipe Thailand tu. Waktu aktiviti Cliff Jumping tu memang scary, tapi dek kerana lawa sangat air tu kitorang Jump je!
1st time try and memang rasa nak try lagi. hahaha 😂😂
– Ada satu tu kita pergi tempat nama Pulau Rahsia, mula-mula kat sandbank tu diorang dok kutip2 benda tepi pasir tu ingatkan apa, rupanya ade maca tiram ke kerang cantik2 jumpa tepi tu. Lepas tu abang bot bawak pergi tempat ada easy hiking dalam 15 min sampai ke puncak.
View dia masyaallah, cantik sangat2 boleh nampak satu pulau. Tak pernah lagi saya dapat sampai dekat 200 likes. 😝😝😝 Rare gila gambar tu
– Bilangan pulau yang diorang bawak around 7-9 pulau tapi ada pulau yang kita just round2 tepi je dan ada yang kita betul-betul singgah. Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Rawa, Pulau Harimau dan macam2 lagi lah.
– Pulau last sekali tu kitorang just chill2 and solat + minum petang then balik.
Ada geng2 daripada KL tu siap sempat main volleyball pantai lagi.
– Daripada JB nak ke Jeti Mersing ni 2 jam je guyss. 😝
Kalau daripada Exit Tol Air Hitam atau daripada Bandar Muadzam Pahang pulak dalam 1 jam 40 min. Mudah nak cari, easy access, Parking dalam RM15 sehari
– Nak Cari Chalet atau Hotel murah-murah pun banyak kat sekitar Pekan Mersing ni. Harga cun dan Tempat selesa. Boleh cari online je kalau agak2 nak stay sampai esoknya atau nak datang awal. Harga around RM60 – RM120 satu bilik boleh dapat. Kami petang tu balik terus sebab esok tu ada hal nak buat presentation kat boss isnin tu tak siap lagi😂
Overall: Memang puas hati dan nak datang lagi! Katanya ada pakej untuk Pulau Pemanggil jugak tapi jauh sikit. Sangat-sangat recommend kepada semua cuma ada beberapa tips nak advise.
Saya Share sekali Tarikh Availability Pakej ni:
> Setiap sabtu, ahad & public holiday (normal package RM169)
> Special trip untuk Route Pulau Tinggi (Siap ada cave adventure) – RM159 tapi ade selected date aje
[Boleh join solo atau pun dengan group, Maximum satu bot 12 orang]
Nota kaki: Monsoon melanda sekitar hujung dan awal tahun. kebiasaannya pulau akan di beri arahan untuk ditutup oleh Jabatan Laut Malaysia pada November sehingga awal Mac. Sebarang aktiviti laut adalah dilarang kerana ombak yang tinggi dan kuat.
Assalamualaikum.
Saya Anisah..
Tn Syamel…boleh bagi contact no pakej pusing pulau di Mersing yg sgt menarik tu?
Terimakasih ya