Ini antara pemandangan air terjun yang ada di Dalat Vietnam. Pasti ramai yang tidak tahu di Dalat ada banyak air terjun yang sangat cantik untuk anda menikmati pemandangan.
Jika anda seorang yang penggemar adventure dan suka akan nature anda boleh melawat ke air terjun yang telah kami senaraikan pasti anda tidak menyesal jika anda melawati tempat-tempat ini.
Di Dalat tempat melancong yang cantik dan banyak tarikan menarik yang anda tidak tahu. Dalat setiap hari pasti akan ada pelancong yang datang.
Ia sangat sesuai jika anda ingin menikmati pemandangan yang luar biasa, anda boleh melancong ke Dalat, Vietnam ini. Di bawah ini senarai air terjun yang cantik untuk anda lawati.
Antara Air Terjun Yang Cantik Di Dalat Vietnam
1. Air Terjun Prenn
Air terjun Prenn ini berada di Jalan Prenn, Air Terjun Prenn merupakan gerbang menuju ke Da Lat. Dikelilingi dengan pohon pinus yang indah dan area popular yang dilengkapi dengan cable car, wayang, rumah pokok, showroom lukisan sutera, kedai cenderamata dan restoran yang menyajikan makanan tempatan. Pecinta binatang juga dapat menikmati pemandangan dan keliling sambil menunggang gajah atau burung unta.
2. Air Terjun Voi
Air terjun Voi lokasinya di jalan Lam Ha yang terletak kira-kira 20 Kilometer dari Dalat merupakan satu air terjun yang cantik. Menuju ke air terjun, anda akan menemui gua-gua batu, di dalamnya yang sejuk, dengan matahari yanng sangat indah. Air terjun ini merupakan air terjun yang paling cantik di Dalat.
Air terjun ini jauh di dalam hutan dan masih terjaga. Air terjun ini sangat tinggi dan besar. Pemandangan air terjun ini paling cantik dan sangat menyenangkan jika anda mahukan ketenangan.
Di air terjun tersebut anda boleh camping bersama kawan-kawan anda.
3. Air Terjun Datanla
Sesiapa sahaja yang datang ke Dalat pasti ingin melihat pemandangan air terjun yang yang akan memberi anda seribu satu kenangan di Dalat.
Jika pertama kali pergi ke air terjun ini mesti tidak akan lupa keindahannya dengan bunyi yang sangat sunyi dan menyenangkan. Jika anda mahukan ketenangan anda boleh lawat air terjun Datanla ini.
4. Air Terjun Dambri
Air terjun Dambri ini merupakan air terjun yang ad kisahnya tersendiri. Air terjun ini berkaitan dengan legenda yang menarik tentang perasaan seorang perempuan yang setia untuk diperuntukkan bagi orang yang dia cintai.
Keindahan hutan di air terjun Dambri dengan ada permainan yang besar disitu. Anda boleh membuat unggun api untuk perkemahan anda. Air terjun ini berada di tengah-tengah gunung dan hutan.
5. Air terjun Cam Ly
Air terjun Cam Ly ini terletak di pertengahan Dalat. Air terjun ini tinggi dan ia merupakan salah satu simbol di negeri Xuan Huong atau Than Tho.
Air terjun ini akan memberi ilham kepada yang ingin membuat lagu, penyair dan pembuat lagu sangat sesuai kerana di air terjun ini sangat nyaman dan tenang kerana sunyi dan akan dengar bunyi air terjun ja.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!