Jika selama ini anda peminat tegar dari negara Korea, sudah tentu apabila melancong ke korea untuk bercuti, pasti anda ingin makanan orang sana kan?
Bandar Seoul merupakan tumpuan ramai buat pelancong antarabangsa sekarang mempunyai pelbagai restoran halal, jadi tak perlu lagi risau tentang apa yang ingin di makan di sana.
Senarai Restoran dan Makanan Halal di Korea
Sebagai kota kosmopolitan di Korea Selatan, Seoul sudah tidak asing lagi dengan restoran-restoran yang menawarkan makanan halal untuk pelancong yang beragama islam.
1. Restoran Kampungku
Bagi yang teringin atau rindukan masakan Malaysia, anda perlu kunjungi Kampungku Restaurant. Kampungku Restaurant adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan asli dari Malaysia yang terletak di Myeongdong Seoul, Korea.
Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rendang, Nasi Goreng Padprik dan Tomyam. Bukan itu saja, hidangan pizza ala Korea-Western turut ada di sini seperti Bulgogi Pizza dan Deluxe Cheese.
Restoran ini dimiliki oleh dua anak tempatan, iaitu Farid Hakim dan rakannya Mohd Ashraf bersama usahawan Korea, Shim Eun Gyu.
Alamat : Jong-ro 20-gil, Namsandong 2(i)-ga, Jongno-gu, Seoul, South Korea.
Waktu Operasi : Everyday : 11 a.m – 10 p.m
Telefon : +82 10-4062-2263
2. Bombay Spices
Bombay Spices adalah restoran yang terletak di Sasang. Ia menyajikan rasa sebenar masakan India dan Pakistan. Kami mengalu-alukan tetamu kami untuk merasai menu khas kami, semua orang dialu-alukan.
Indian food di Bombay Spices, Busan. Sangat dekat dengan Gwaebeop Renecite Station. Jalan sikit je sebelah EMart. Berdekatan restoran ni ada Asia Mart yang jual bahan untuk masak yang halal.
Alamat : 27 Gwangjang-ro, Gwaebeop-dong, Sasang-gu, Busan, South Korea.
Jam Buka :
Everyday : 10 a.m – 8 p.m
Telefon : +82 10-4150-9458
3. Manis Kitchen, Itaewon
Jangan bimbang, ada satu gerai menjual masakan halal Korea berhampiran pintu utama Masjid Tengah Seoul di Usadan-ro 10gil, Yongsan-gu. Nama ini juga biasa dengan orang Indonesia, Manis Kitchen.
Banyak street food yang dijual di sini seperti tteokbokki, ttwikim, kimbap, eomuk,nasi goreng kimchi.
Alamat : 52 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea.
Jam Buka : Mon – Sun : 10.30 a.m – 10 p.m
Telefon : 02-6407-5454
4. EID Halal Korean Food, Itaewon
Jika ke Korea, jangan lupa untuk mengunjungi Itaweon. Di sini ada banyak restoran dan diantaranya menyajikan menu makanan halal. Salah satunya adalah Eid Restaurant yang ditubuhkan sejak tahun 2014.
Restoran yang didirikan oleh pasangan suami isteri Korea yang menjadi mualaf ini menyajikan menu masakan Korea yang tidak diragukan kehalalannya. Restoran ini telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation.
Alamat : 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea.
Jam Buka :
Tue – Sun : 11.30 a.m – 9 p.m
Telefon : +82 70-8899-8210
5. Yang Good BBQ
Bukan senang nak mencari makanan Korea yang halal dekat Seoul. Yelah, datang jauh-jauh mesti nak rasa makanan tempatan dan style makan orang Korea.
Jadi kali ini, nak perkenalkan satu lagi kedai makanan ala ala grill style Korea iaitu di Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant , Seoul yang terletak dalam daerah Gangnam.
Antara menu yg disediakan untuk grill seperti Lamb rack, lamb grilled skewer, lamb rib and marinated lamb. Selain itu, menu untuk masakan korea yang lain juga disediakan seperti kimchi jiggae, bibimnaengmyun and udong.
Alamat : 15 Nonhyeon-ro 95-gil, Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea.
Jam Buka :
Mon – Tue: 4:00 PM – 12:00 AM
Wed : 4:00 PM – 10:00 PM
Thu – Sat: 4:00 PM – 12:00 AM
Telefon : +82 2-567-7060
6. The Halal Guys
Bermula sebagai trak makanan di New York City, The Halal Guys menawarkan sajian makanan halal yang lazat di pinggan atau di dalam sandwic. Semua cawangan-cawangan The Guys Halal yang datang ke Korea adalah makanan yang disahkan Halal dan menggunakan dengan bahan-bahan Halal.
Alamat : 187 Itaewon-ro, 2nd FL (2,870.39 mi)
Seoul, Korea 04350
Jam Buka :
Mon – Thu : 11 a.m – 10 p.m
Fri – Sat : 11 a.m – 4 a.m
Sun : 11 a.m – 10 p.m
Telefon : +82-2-794-8308
Jadi, itu dia 6 buah restoran Muslim-friendly yang kami syorkan jika anda ingin berkunjung ke Korea Selatan. Dengan pelbagai inisiatif penduduk di sana, anda tidak perlu lagi risau untuk menerokai ibu kota Korea Selatan ini! Jika anda cadangan atau sebarang komen, jangan lupa untuk komen dibawah.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!