Kedah Darul aman, sebuah negeri di utara Malaysia yang penuh dengan sawah padi. Kedah juga merupakan negeri yang bersempadan dengan negara Thailand. Kali ini kita akan membongkar makanan yang sedap dan best di Kedah.
9 Tempat Makan Best Di Kedah
Mungkin ramai yang dah tahu tempat makan yang best di Kedah namun untuk mereka yang belum pernah ke negeri ini, boleh masukkan tempat-tempat ini kedalam senarai perjalanan anda nanti.
Nasi Lemak Royale, Alor Setar
Terletak di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, kedai ini menawarkan nasi lemak istimewa. Masakan ini asalnya dari Utara Malaysia yakni di Kedah dan ia sebenarnya bukanlah seperti nasi lemak biasa yang selalu kita makan di mana-mana ceruk serata Malaysia dan sedia maklum jika kita bangkitkan cerita mengenai nasi lemak, nasiknya sendiri perlulah cukup santan, wangi dan dilengkapi pulak dengan kacang goreng, ikan bilis goreng, telur rebus dan sambal sebagai pelengkap hidangannya dan lauk-pauknya terdiri daripada pelbagai jenis sambal dan rendang.
Berbeza dengan Nasi Lemak Royale, tekstur warna nasiknya kekuningan dan ia sangat gurih yakni berempah serta cukup lemaknya. Ia memang jauh sekali berbeza dengan nasi lemak biasa.
Disebabkan warnanya yang kekuninganlah ia digelar Royale (warna diraja) dan ia juga merupakan santapan kegemaran Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah sekarang).
Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah
Terdapat banyak gerai yang menjual lauk Gulai Ikan Termenung di Kuala Kedah. Ini adalah kerana lokasinya yang berhampiran dengan kawasan pendaratan ikan laut.
Hasil laut yang segar dan banyak telah mencetuskan resepi Gulai Ikan dan banyak restoran menjual lauk ini. Jangan lepaskan peluang untuk merasa lauk yang sedap ini!
Cafe Diem, Alor Setar
Sebuah bangunan warisan yang diubah menjadi cafe yang menjual kek, pastri, snek dan hidangan campuran barat dan timur. Sesuai untuk bersantai bersama teman dan berdating.
Azizah Corner, Jalan Derga
Peminat makanan Thai, disini lah tempat untuk anda memuaskan nafsu makan anda. Terdapat pelbagai jenis makanan Thai seperti pulut ayam, laksa siam, wai wai sup dan banyak lagi. Tak perlu ke Danok atau Hatyai untuk mencari makanan Thai.
Mee Abu, Pekan Bedong
Dikategorikan sebagai mee mamak, ia terdiri daripada mee rebus, pasembur & mee/kueu teow/bihun yang digoreng di atas api daripada arang. Bukan menggunakan dapur gas biasa dan itulah yang menaikkan aroma & rasa mee goreng Abu ni.
Roti Jala, Roti Kirai, Stadium Alor Setar
Anda mencari roti canai di Kedah? Datang sahaja ke Stadium Alor Setar, terdapat deretan gerai yang menjual sarapan pagi seperti roi jala, roti kirai dan anda boleh pilih antara 3 jenis kuah, kuah kari ayam, kuah kari daging atau kuah gulai ikan. Harganya juga berpatutan sesuai dengan kesedapan hidangan.
Kompleks Ukir Mall
Penat membeli-belah di bandar Alor Setar? Bolehlah menuju ke Kompleks Ukir Mall untuk mengisi perut anda dengan pelbagai jenis makanan disini. Harganya juga murah dan sangat sedap.
Kopi Cik Tun, Kolej Komuniti Darul Aman
Peminat kopi, anda pasti tercari-cari dimana ada menjual kopi yang padu di Kedah kan? Anda boleh ke Koleh Komuniti Darul Aman dan cari gerai Kopi Cik Tun ini. Terdapat pelbagai minum yang disediakan seperti ice blended, air buah dan kopi istomewa Cik Tun ini.
Mix Legacy Cafe, Jitra
Kafe ini adalah medan selera nombor satu di Jitra Kedah kerana menyediakan 101 jenis minuman dan lebih daripada 300 jenis menu makanan, kedengaran seperti mustahil untuk sebuah kafe tetapi itulah kelainan yang ditunjukkan Mix Legacy Café.
Berkonsepkan kontena kafe ini dibuka sejak setahun lalu kini sering menjadi tarikan orang ramai terutamanya penduduk berdekatan untuk menjamu pelbagai jenis menu makanan dan minuman yang disediakan dengan harga berpatutan.
Antara makanan yang ada di kafe adalah ‘shell out’, satay, ‘fish and chip’, Korean spicy chicken wing’, ‘chicken grill’, laksa serta jenis air yang pelbagai seperti air buah-buahan, ‘float’ dan lain-lain.
Alang-alang ke Kedah, boleh la singgah Langkawi kan? Kami ada trip 3h2m Langkawi dan perkhidmatan sewa kereta di Langkawi. Whatsapp sahaja 0177331482 untuk info lebih lanjut.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!