Bagaimanakah tips mencari tempat dan makanan yang halal apabila bercuti ke luar Negara bagi orang yang beragama islam ?
Jadi hari ini saya ingin berkongsi kepada anda beberapa tips mencari tempat dan makanan yang halal di luar Negara.
5 Cara Mengetahui Tempat Dan Makanan Yang Halal Apabila Bercuti Ke Luar Negara.
1. Membuat Research Sebelum Bercuti
Sebelum anda ingin bercuti ke sesebuah negara kita haruslah membuat Research terlebih dahulu. Ini kerana bagi memastikan tempat yang dituju adalah mengikut patuh islam seperti tempat-tempat yang elok dan restoran yang halal.
Research juga boleh dilakukan mengguna telefon dengan memuat naik beberapa aplikasi muslim pro, halal trip, Food Travel Prayer dan banyak lagi.
Laman ini semua akan membantu mencari tempat-tempat yang menarik dan makanan halal yang lebih mudah didapati bagi sesebuah negara.
2. Logo Halal
Sebelum anda memasuki sesebuah kedai makan, anda perlulah pastikan restoran tersebut mempunyai sijil halal. Disamping itu, terdapat beberapa kedai telah meletakkan sijil halal atau pelekat logo halal pada kedai mereka.
Namun anda juga perlu memastikan logo halal tersebut diluluskan atau tidak, anda boleh cari di internet berkenaan dengan status makanan mereka kerana sekarang terdapat banyak kedai yang meletakkan logo halal palsu bagi menarik pelanggan muslim untuk makan di kedai mereka.
Selain itu, untuk memudahkan lagi pencarian restoran halal, cuba selidik negara yang ditujui jika terdapat komuniti Islam tinggal disana atau tidak.
3. Pelajari bahasa lain bagi nama daging khinzir
Pelajari bahasa lain bagi nama daging khinzir ini adalah penting kerana terdapat pelbagai panggilan nama bagi daging khinzir mengikut bahasa di sesebuah Negara tersebut.
Ianya sangat membantu kerana jika anda sudah pelajarinya, maka dengan hanya melihat pada menu sahaja akan mudah bagi anda untuk ketahui jika didalam kedai mereka terdapat daging khinzir atau tidak.
4. Kedai Makan Berdekatan Masjid
Selain itu, anda juga boleh mencari restoran atau kedai makan yang berhampiran dengan Masjid kerana kebiasaannya, disekitar kawasan masjid ini terdapat beberapa restoran makanan halal.
Ada juga sesetengah Negara yang menyediakan masakan Malaysia contohnya di Thailand, London dan lain-lain.
5. Bertanya Dengan Masyarakat Muslim
Disamping itu, anda juga boleh mengambil insentif lain dengan kepada orang yang beragama islam seperti apabila solat disurau atau masjid, wanita yang bertudung ataupun penduduk sekitar tentang dimana tempat yang best untuk pergi, restoran halal dan sebagainya.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!