Betul Ke Susah Nak Cari Makanan Halal Di Sydney?
Ramai pelancong islam yang melancong ke Sydney berkata tentang makanan halal yang sukar untuk didapati di Sydney. Tapi betul ke susah nak cari makanan halal di Sydney? Jadi jangan risau disini kami senaraikan beberapa restaurant yang menyediakan makanan halal untuk orang islam mahupun orang bukan islam. Jadi mari kita lihat anatara restaurant yang menjadi pilihan kami.
Restoran El Jannah
Di restoran El Jannah menyediakan pelbagai jenis makanan yang halal untuk orang islam mahupun orang bukan islam. Menu utamanya ialah Ayam grill ia sangat sedap dan tak dapat ditandingi oleh restoran lain kerana di El Jannah bermaksud syurga makanan. Restoran ini merupakan milik keluarga yang telah menjalankan perniagaan ayam ini selama hampir 20 tahun. Pelanggan sangat menyukai sos bawang putih turun temuran mereka. Anda boleh mencuba kambing shawarma, roti pita dengan kari kambing.
Lokasi: 156 King Street Newtown NSW 2042
Waktu Operasi: 11 am – 11 pm
Website: eljannah.com.au
Himalaya
Himalaya mempunyai 5 restoran di seluruh sydney so anda tidak perlu pening-pening untuk mencari restoran ini. Restoran ini menyediakan makanan berunsurkan masakan Pakistan dan juga India. Jika anda mencuba masakan dari chef Special Beef Nihari pasti anda tidak mahu meninggalkan sebarang sisa diaats pinggan anda itu. Anda boleh mencuba kari daging pedas trasional masakan pakistan. Untuk vagetarian anda jangan risau disni juga ad makanan untuk anda iaitu sayuran atau kentang yang disumbat dengan paratha.
Lokasi: 196A Lyons Rd, Drummoyne, NSW 2047
Waktu Operasi: 5 pm – 11 pm
Website: himalayarestaurant.com.au
Restoran Darband
Restoran Darband ini sangat lazat dan juga murah kepada pelancong yang ingin save the budget. Menu yang disediakan banyak berunsurkan daging. Anda boleh mencuba nasi baghali polo yang ditabur dengan kacang dan juga kambing yang dimasak dengan kacang dan limau kering. Anda boleh mencuba juga terung bakar sangat sedap dan menyelerakan.
Lokasi: 9/45 rawson ST, auburn NSW 2144 access via, station road
Waktu Operasi: 11 am – 11 pm
Website: darband.com.au
Mamak
Jika anda ingin makan makanan melayu atau india Mamak adalah tempat yang sesuai dan di Mamak anda akanmdilayan dengan cepat dan mesra. Di situ menyediakan sate yang dihidangkan dengan sos kacang dan juga nasi goreng orang Malaysia. Di Mamak ada juga roti canaiyang sangat lembut dan anda boleh melihat pembuat roti canai membuat flip roti ke udara. Anda boleh merasa cendol untuk desert anda selepas makan makanan berat. Dan tak lupa juga di situ ad menyediakan teh tarik yang sangat sedap.
Lokasi: 15 Goulburn Street, Haymarket, Sydney
Waktu Operasi: 11.30 am – 10 pm
Armani
Jika anda ingin merasa makanan Arab yang sedap di sydney, Armani adalah tempat yang sangat sesuai. Menu yang ad di restoran ini ialah kambing dan nasi yang dimasak ala-ala masakan syria. Disitu ad stik, makanan laut, pasta dan ad juga vegetarian yang sangat sedap dimakan. Desertnya ad koktail buah-buahan dan juga teh arab untuk manisan terakhir anda sebelum anda keluar dari restoran itu.
Lokasi: 5-7, 354 Church Street Parramatta New South Wales, 2150
Waktu Operasi: 11 am – 12 am
Website: armanirestaurant.com.au
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!