Taipei, China Yang Sibuk Dengan Keseronokan Sepanjang Masa adalah Destinasi wajib kepada pelancong yang bercuti ke Taiwan, China. Taipei memiliki banyak keseronokan yang tidak disangkakan termasuk dengan sejarahnya, trend terkini, budaya & banyak lagi. Jadi tunggu apa lagi mari kita terokai Taipei, Taiwan. Lets Check It Out.
TAIPEI, CHINA YANG SIBUK DENGAN KESERONOKAN SEPANJANG MASA

Taipei merupakan bandar terbesar & tersibuk di Taiwan, China. Taipei juga adalah sebuah bandar mesra yang memiliki gabungan budaya Cina dengan pengaruh Jepun, Asia Tenggara & Amerika. Taipei, Taiwan juga terkenal dengan ‘Port’ Shopping & Destinasi makan2 yang merambangkan mata anda serta bangunan2 pencakar langitnya yang menakjubkan.
INFO2 MENGENAI TAIPEI YANG HARUS DIKETAHUI

Taipei adalah Republik China Taiwan, merupakan sebuah bandar yang pesat dengan ekonomi, pusat politik & banyak lagi.Bandar Taipei ini berada di dataran rendah Taiwan yang dikelilingi oleh pergunungan terutama di bahagian utara, timur dan tenggara. Bandar Taipei beriklim Sub-Tropis & dibahagikan kepada 12 Distrik yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
PENDUDUKNYA TEMPATAN

Taipei adalah bandar yang diduduki dengan lebih dari 2,5 juta penduduk tempatan. Industri yang utama di Taipei adalah alatan elektronik, tekstil,logam & berbagai lagi. Oleh itu, Taipei merupakan bandar yang pesat dengan pembangunannya yang gah & mengagumkan itu.
AGAMA & KEPERCAYAAN

Taipei, Taiwan memiliki kepercayaan terhadap agama yang pelbagai. Antaranya amalan Buddhisme, Taoisme, Kristian, Mormonisme, Yiguandao, Gereja Penggabungan, Katolik, Islam, Ortodoks Timur, Yahudi dan Hindu, ajaran lain seperti Yiguandao & banyak lagi . Taipei juga memiliki penganut agama kristen & Islam terbanyak di Taiwan. Antaranya Presbyterian Church in Taiwan, Bread of Life Church in Taipei & Taipei Grand Mosque.
APA YANG MENARIK DI TAIPEI ?
1. TAIPEI 101

Taipei 101 adalah bangunan Kelapan tertinggi di dunia & memiliki lift terpantas kedua di dunia dengan kelajuan 60.6 kilometer sejam. Ia dibina bagi menahan ribut taufan & gempa bumi yang kebiasaan berlaku di Taiwan. Mengapa 101 ? ini kerana 100 lantai yang ditambah satu dianggap nombor sempurna & bertuah dalam budaya Cina.
2. NATIONAL PALACE MUSEUM

National Palaca Museum terletak di Taipei & Taibao, Chiayi County, Taiwan, mempunyai koleksi hampir 700,000 keping artifak & karya seni Cina kuno, menjadikannya salah satu karya terbesar di dunia. Koleksi ini merangkumi 8,000 tahun sejarah seni Cina dari zaman Neolitik hingga moden. Kebanyakan koleksi adalah kepingan berkualiti tinggi yang dikumpulkan oleh maharaja China.
3. FULONG INTERNATIONAL SAND SCULPTURE FESTIVAL

Selain daripada itu, Taipei juga adalah satu destinasi yang julung sekali mengadakan festival membina Arca Pasir. Arca pasir menjadi seni kontemporari antarabangsa dengan peningkatan populariti di Taiwan. Setiap tahun ia menarik banyak artis dari rumah dan luar negara untuk mengambil bahagian dalam perayaan ini dengan menghasilkan ukiran pasir yang unik.
Hal ini kerana, di Fulong terdapat pantai sepanjang 3 km pasir putih lembut yang sempurna. Pantai ini telah dianggap sebagai pantai yang terbaik di Taiwan untuk membina patung pasir oleh Persatuan Dunia Sculpting Dunia.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!