Ini antara idea aktiviti menarik untuk percutian anda di Bali. Bali adalah salah satu destinasi yang paling popular di dunia kerana dengan kecantikan dan tarikan yang ada di Bali.
Jika anda datang ke Bali ini antara aktiviti untuk anda yang menyeronokkan pada percutian di sana nanti.
Idea Aktiviti Menarik Untuk Percutian Anda di Bali
1 | Ambil Gambar Tempat Viral di Pura Luhur Lempuyang
Pura Luhur Lempuyang tempat tarikan yang mengagumkan di Bali. Ia tempat untuk tangkap gambar yang kreatif dan cantik dan ini salah satu tempat instagramer selalu pergi untuk gambar yang cantik.
Ia salah satu tempat yang terkenal dengan gates of heaven yang sangat indah gunungnya yang dikelilingi dengan awan.
2 | Menaiki Campuhan Ridge Walk
Keunikkan alam semula jadi yang menyegarkan dan menyenangkan dengan kehijauan pokok, daun di sekitar Campuhan Ridge Walk. Di Campuhan Ridge Walk ada sungai, hutan yang tebal dan jalan yang dicantikkan dan ini adalah syurga bagi pencinta alam semula jadi.
Anda perlu mendaki sedikit untuk sampai ke Campuhan Ridge Walk ini dan pasti anda tidak menyesal apabila sampai ke sini.
3 | Pelangi di Air Terjun Sekumpul
Air terjun Sekumpul ini jauh didalam hutan yang sangat cantik. Air terjun ini adalah sekumpulan 7 air terjun yang dikelilingi oleh tebing-tebing pokok.
Trek ke air terjun ini agak susah sedikit tapi apabila sampai ke air terjunnya pasti penat anda akan hilang kerana kecantikan dan keindahan pelangi di air terjun tersebut.
4 | Melalui Teras Rice Tegalalang
Tegalalang Rice Terrace merupakan tempat tarikan pelancong yang sangat ramai di Bali. Pemandangan di Tegalalang Rice Terrace yang cantik dan tenang dari susun atur padi yang subur.
Ini juga adalah salah satu tempat kegemaran Instagramer. Jika anda tertanya-tanya tentang sistem pengairannya anda boleh berbual dengan petani tempatan disana.
5 | Nikmati pemandangan yang memukau di Pantai Diamond
Pantai Diamond antara pantai tercantik di Bali dan ramai pelancong ingin melawati disini. Pemandangan yang sangat menakjubkan dan tenang dengan laut birunya.
Akan terdapat tangga batu kapur untuk anda pergi ke pantai pasai putih yang asli dengan batu-batu berbentuk berlian.
6 | Melihat Kecak Dance Sunset di Uluwatu
Melihat Kecak Dance yang mengagumkan yang dengan menambah panorama atas tebing tebing Kuil Uluwatu. Ketika matahari terbenam ke Lautan Hindi di latar belakang.
Nyanyian berirama para penghibur membuat pada waktu ini semakin memikat lagi pengunjung untuk melihat persembahan itu.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!