Hello Guys, Tahu tak sebenarnya Iceland dikenali sebagai Tanah Api & Ais. Selain itu, Terdapat banyak juga Aktiviti Syok Di Iceland Yang Semestinya Mengagumkan Anda. If korang semua nak tahu. Lets Check It Out.
TOP 10 AKTIVITI SYOK DI ICELAND YANG SEMESTINYA MENGAGUMKAN ANDA
1. SNORKELING & DIVING DI SILFRA FISSURE
Snorkeling & Diving di Iceland adalah salah satu aktiviti yang Wajib anda lakukan. Anda juga boleh menikmati keindahan hidupan dalam Air yang menakjubkan.
Ia adalah satu-satunya tempat di Dunia di mana anda boleh menyelam di antara 2 plat benua iaitu plat Eurasia & Utara Amerika.
2. GOLDEN CIRCLE & SNOWMOBILE TOUR
Nikmati pemandangan yang paling popular di Iceland dengan cara yang menarik. Lawati pemandangan Golden Circle yang terkenal dengan menaiki Snowmobile iaitu Kereta Salji.
Anda juga boleh menerokai Gletser kedua terbesar di Langjokull untuk pengembaraan yang lebih mendebarkan.
3. BUGGY ORIGINAL DI REYKJAVIK
Jika anda inginkan Lawatan Berpandu yang lebih Ekstrem, Menaiki Buggy adalah yang Terbaik untuk menikmati alam Iceland.
Anda akan menempuhi pelbagai halangan seperti melalui kawasan berlumpur, bersalji, mengharungi sungai & macam2 lagi. Semestinya Buggy jauh lebih selamat daripada ATVs.
4. ICE CAVING DI VATNAJOKULL & LANGJOKULL
Gua Ais adalah fenomena semula jadi yang terbentuk dalam glasier semasa musim sejuk. Terdiri daripada 2 jenis gua yang anda boleh terokai iaitu terbentuk secara semula jadi di glasier Vatnajökull & Gua Buatan manusia di glasier Langjökull.
5. GlACIER HIKING & ICE CLIMBING DI VATNAJOKULL
Vatnajokull adalah Glasier Terbesar di Iceland & Destinasi yang Paling sesuai untuk melakukan aktiviti Mendaki & Memanjat Gunung.
Disamping itu, anda juga berpeluang menerokai keindahan yang mempersonakan di Vatnajokull. Aktiviti ini juga dapat dilakukan di Glasier Sólheimajökull.
6. KAYAKING IN REYKJAVIK & JÖKULSÁRLÓN
Glacier Lagoon Kayaking hanya dapat dilakukan pada bulan Jun-September sahaja. Mendayung di Glacier Lagoon akan memberikan anda pengalaman yang luar biasa dengan Kubah Ais yang Terapung di atas air & pemandangannya amat memukau.
7. BERENANG & MEREHATKAN DIRI DI BLUE LAGOON
Lagun Biru adalah Tarikan yang paling Hangat di Iceland kerana ia adalah Spa kolam air panas Bumi yang Berwarna Biru Pirus.
Dikatakan bahawa air panas tersebut dapat menyembuhkan kulit & Terdapat juga Spa Mewah yang dikelilingi dengan Pergunungan yang mempersonakan.
8. WHALE WATCHING DI REYKJAVIK
Anda berpeluang melihat Ikan Paus pada Jarak yang Dekat dari Reykjavik, Ibukota Iceland. Terdapat 23 Jenis Ikan Paus di Perairan Iceland yang menakjubkan termasuk Ikan Paus Minke.
Anda juga berpeluang untuk melihat Haiwan lain seperti Ikan Lumba2 & Puffin.
9. HIKING DI SKAFTAFELL PARK
Skaftafell Park memiliki keindahan seluas 4,800 kilometer persegi & beberapa landskap yang paling unik di Dunia.
Terdapat banyak laluan mendaki di Skaftafell. Dengan laluan tersebut, ia akan membawa anda ke air terjun Svartifoss & glasier Skaftafellsjökull.
10. JET BOAT TOURS DI GOLDEN CIRCLE
Anda pasti akan merasai keseronokkan yang tidak terhingga apabila menaiki High Speed Boat melawati Sungai Hvita di bawah air terjun Gullfoss.
Dengan kelajuannya, ia pasti akan mencabar adrenalin anda & menjanjikan anda keseronokkan yang sebenarnya Di Iceland.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!