Jepun ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia.
Jepun terdiri daripada 47 wilayah (prefektur), iaitu sebuah “metropolis” sebuah “litar” iaitu Hokkaidō, dua buah bandar prefektur iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa.
Di Jepun, kesemua wilayah ini secara keseluruhannya dikenali sebagai todōfuken iaitu gabungan kesemua wilayah (to-dō-fu-ken). Wilayah merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.
Bahasa apa yang digunakan ketika berada di Jepun?
Bilangan penduduk Jepun dianggarkan sekitar 127,614 juta orang. Masyarakat Jepun adalah homogen dari segi etnik, budaya dan bahasa, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit.
Jepun telah didiami sejak Zaman Paleolitik dengan penduduk purba mempunyai bahasa yang sifat atau komposisinya tidak diketahui. Jepun adalah rumah kepada lebih dari 127 juta orang yang kebanyakannya menggunakan bahasa rasmi negara
Lebih daripada 99% penduduk Jepun bertutur dalam bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda. Bahasa Jepun ialah bahasa aglutinatif yang bercirikan kata hormat yang mencerminkan unsur hierarki sosial dalam masyarakat Jepun.
Bahasa Jepun menggunakan tulisan kanji, hiragana, dan katakana. Jepun juga mempunyai sistem perumian mereka yang tersendiri yang diambil daripada tulisan Rumi yang dikenali sebagai Romanji.
Nombor-nombor Arab turut digunakan. Bahasa Ryukyu yang juga tergolong dalam keluarga bahasa Japonik ditutur oleh penduduk Okinawa, tetapi tidak banyak diwarisi dalam kalangan muda-mudinya.
Antara perkataan atau percakapan yang boleh digunakan jika melancong di Jepun
Sumimasen – Excuse me
Ohaiyo Gozaimasu – Good morning
Konnichiwa – Hello
Ogenki Desuka? – How are you?
Watashi (nama) desu – My name is (nama)
Arigatou Gozaimasu – Thank you
Sumber Artikel : Wikipedia
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!