
Bagi pengemar aktiviti lasak, Kuala Kubu Bharu ( KBB) merupakan lokasi ideal yang menawarkan pelbagai aktiviti lasak dan ekstrim antaranya “terbang” di langit dengan paragliding, menyelusuri arus sungai dengan rafting dan pelbagai lagi aktiviti yang meningkatkan adrenaline.
Keunikan Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu juga dikenal dengan singkatan KKB merupakan ibu kota daerah Daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Ia dibina setelah bandar Kuala Kubu mengalami masalah banjir yang teruk dan musnah sepenuhnya dalam bencana banjir pada tahun 1883 . Kuala Kubu Bharu terletak di kaki bukit Pegunungan Titiwangsa yang dirancang oleh perancang bandar kerajaan pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu Britain (FMS), Charles Crompton Reade pada tahun 1925.
KKB mempunyai sejarah yang menarik dan tarikan yang tersendiri. Jom kita berkongsi 5 aktiviti lasak yang anda boleh lakukan di sini :-
Tandem Paragliding

Sumber : Google
Anda ingin melihat seluruh daerah Kuala Kubu Bharu ( KKB) dari atas ? Ayuh mencuba aktiviti paragliding yang menyeronokkan. Aktiviti paragliding ini memberi peluang yang terbaik kepada mereka yang ingin melihat pemandangan indah semula jadi dari atas langit.
Dengan aktiviti tandem paragliding, anda akan berlepas dari tempat yang tinggi iaitu dari atas puncak bukit kemudian instruktor yang bersama anda akan mengambil alih untuk menerbangkan payung terjun anda. Maka, tak perlu risau, pakar paraglider akan memastikan keselamatan dari atas langit sehingga mendarat. Anda boleh fokus menikmati permandangan KKB dari atas langit ibarat burung terbang bebas.
Baca juga : Manfaat Paragliding Kepada Kesihatan Fizikal dan Mental
Rafting

Sumber : Google
KKB sangat popular dengan aktiviti rafting kerana aktiviti sukan ini boleh dilakukan bersama rakan, pasangan atau keluarga. Dengan jarak sepanjang 7 km, anda akan merasai pengalaman berkayak di sungai dengan deras. Disini kecerunannya dari gred 1 sehingga ke gred 5.
Anda tidak tahu berenang, boleh ke lakukan aktiviti water rafting ? Aktiviti sukan air yang mencabar ni tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak tahu berenang kerana pihak penganjur akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar yang akan berakit bersama -sama. Maka , jangan khuatir untuk mencuba aktiviti water rafting ini, pastinya ia akan menjanjikan satu kepuasan baru buat anda!
Rope Swing

Aktiviti ekstrem Rope Swing kini telah menjadi trend dalam kalangan peminat aktviti ekstrem. Jika di luar negara, seperti New Zealand, aktiviti ekstrem ini juga di kenali dengan Nevis Swing .
Bungee Jumping Vs Rope Swing
Seakan aktiviti bungee jump, Rope Swing ini, tali yang terikat pada badan penerjun akan disangkut ke kabel yang terletak yang agak berjauhan dengan platform terjun.
Bezanya Bungee Jump dan Rope Swing ini adalah bungee jump ini dan anda akan terjun ke bawah sementara Rope Swing juga anda akan berhayun seakan ayunan bandul.
Dikendalikan oleh pihak Rentas Adventure, aktiviti ini telah dikenali oleh Majlis Daerah dan mendapat pengesahan oleh pihak berkuasa. Jadi bagi mereka yang mempunyai keberanian dan adrenalin tinggi, cabar diri anda di Rope Swing Kuala Kubu Bharu.
Zipline

Sumber : Google
Takut nak mencuba aktiviti Rope Swing, bolehlah cuba aktiviti sukan ekstrem zipline ini. Zipline di Kuala Kubu Bharu ini anda akan berpeluang meluncur laju dari ketinggian 60 meter sejauh 200 meter. Mungkin anda boleh memanaskan diri anda dulu dengan mencuba zipline sebelum anda mencuba aktiviti Rope Swing.
Hiking

Sumber : Google
Buat anda yang gemarkan aktiviti mendaki, apa kata dan cuba mendaki Bukit Kutu yang berketinggian 1090 meter yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini.
Pendakian mengambil masa sehingga 4 jam untuk sampai ke puncak ini bermula dengan perjalanan melalui perkampungan orang Asli yang tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.
Anda akan menemui dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum tiba di puncak.
Dahulunya dikenali sebagai ” Treacher Hill ” , Bukit Kutu ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah semasa zaman pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill itu pun diambil sempena nama Sir William Hood Treacher pada tahun 1893.
Menarik kan aktiviti lasak di Kuala Kubu Baru ni? Jom cabar diri sendiri dan lakukan perkara baru yang mungkin menjadi hobi selepas anda melakukan buat pertama kali! Paling rekemen untuk anda cuba semesti Paragliding.
Untuk lakukan aktiviti ini, boleh dapat maklumat lanjut di sini.
– Paragliding Pakej di KKB
Kurang berminat atau sukar untuk lakukan aktiviti outdoor?
Jom cuba 5 Indoor Games yang menarik untuk aktiviti riadah
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!