Mersing yang terletak kira-kira 136 km dari Johor Bahru, kini merupakan lubuk tumpuan para pelancong dan pencinta alam khususnya ke beberapa buah pulau di daerah ini.
5 Pulau Cantik Di Mersing, Johor
Pulau-pulau di negeri ini bukan sahaja memiliki pemandangan dan batu karang yang cantik, malahan mempunyai tarikan lain seperti membuat aktiviti fotografi, memancing, menyelam skuba, dan snorkeling dan lain-lain .

www.sgmytaxi.com/pulau-dayang/
1) Pulau Dayang
Pulau Dayang teletak bersebelahan dengan Pulau Aur. Ia juga antara lokasi terbaik untuk melihat hidupan marin selain menikmati keindahan air laut yang jernih, bersih dan membiru dan pasir yang putih dan halus seperti berada di Maldives.
Dan tidak perlu risau tentang tempat penginapan kerana di sini terdapat beberapa hotel dan resort. Bagi peminat penyelam skuba, pulau ini menjadi tempat laluan dan pembiakan ikan yu, paus dan juga pari.

https://www.libur.com.my/pulau-besar-pulau-harimau-pulau-hidden-gem-di-mersing-johor/
2) Pulau Besar
Mersing menjadikan tumpuan pelancong dalam negara mahupun dari luar negara kerana pemandangan laut dan resort-resort yang cantik yang tidak perlu di risaukan.
Inilah pulau yang memiliki syurga dunianya dengan pantai dan pelbagai spesies hidupan marin yang cantik, batuan karang yang mempesonakan, pasir memutih, resort yang selesa, apa lagi yang anda mahukan untuk menikmati percutian yang menyeronokkan.
Pulau Besar ini dikenali dengan nama Pulau Babi Besar. Hal ini kerana dipercayai terdapat banyak babi hutan di sini, namun kini hidupan tersebut telah menghilang.

https://www.sgmytaxi.com/pulau-tengah/
3) Pulau Tengah
Pulau Tengah juga merupakan pulau privasi yang tidak asing bagi kaki melancong. Pulau indah ini terletak 15 km dari jeti Mersing.
Dahulunya, pulau ini terkenal kerana pernah menjadi tempat berlindung orang pelarian Vietnam pada sekitar tahun 70-an dan telah ditutup pada tahun 80-an.
Pulau ini juga terdapat beberapa Resort mewah dan cantik harga per malam bermula RM1,500 Ke atas dan kolam renang menghadap ke laut.

http://1step1footprint.com/pulau-pemanggil-3d2n-trip/
4) Pulau Pemanggil
Jarak pulau ini kira-kira 45 km dari Mersing dan perjalananya mengambil masa yang agak lama. Seperti pulau cantik yang lain, pulau ini juga mempunyai air dan pantai yang mempesonakan.
Buat kaki pancing pula, jangan lepaskan peluang untuk memancing kerana di sini merupakan lubuk pelbagai spesis ikan yang mukin jarang ditemui di pulau-pulau yang lain.
Pastikan juga jika ingin menginap di pulau ini, buatlah tempahan awal kerana hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini.
5) Pulau Harimau
– Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat.
Untuk ke pulau boleh naik bot dari jeti mersing dan melihat beberapa gua yang cantik dan kolam legun yang warna biru .
* untuk ke semua pulau di atas serendah RM169 SAHAJA boleh di dapati di link di bawah*
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!