Koh Lipe adalah sebuah pantai yang berasal dari Thailand. Seperti mana kita tahu Thailand mempunyai 100 lebih pantai, kesemua pantai mempunyai keunikannya yang tersendiri tapi tidak ramai yang tahu Thailand juga mempunyai pantai yang seakan-akan Pantai Maldives iaitu Pantai di Koh Lipe.
Selain itu pantai Koh Lipe ini juga dikenali sebagai Pantai Anjing kerana disana terdapat banyak anjing, tapi anda jangan risau anjing disitu adalah anjing yang tidak liar dan mempunyai penjaga. Perjalanannya juga tidak lama iaitu mengambil masa selama 75 minit menaiki feri dari Langkawi yang akan menjanjikan satu pemandangan yang cukup indah dan menyenangkan.
5 SEBAB ANDA AKAN JATUH CINTA DENGAN PANTAI BIRU KOH LIPE
1. Pantai Pasir Putih Yang Lembut
Pasirnya yang lembut dan berwarna ala-ala putih kecoklatan akan membuatkan kaki anda terasa sejuk sentiasa selepas anda menjejaki pasir di pantai Koh Lipe ini. Kebiasaan pelancong akan teruja apabila sebaik sahaja mereka turun dari bot ke Koh Lipe tapak kaki mereka akan terjelus kedalam pasir kerana tekstur pasirnya yang sangat halus dan lembut.
2. Air Laut Yang Jernih Dan Biru
Selain dikenali sebagai nama Pantai Koh Lipe pantai ini juga terkenal dengan nama pantai seakan-akan pantai di Maldives kerana pantainya yang berwarna biru ke turquoise dan airnya yang jernih. Pergilah ke bahagian mana pun di sekitar pantai Koh Lipe ini airnya yang jernih, bersih dan kurang masin berbanding laut-laut yang lain. Kebannyakkan pelancong tidak hiraukan akan cuacanya yang panas kerana bagi mereka biar panas asalkan pemandangannya cantik.
3. Koh Lipe Walking Street
Selain itu, di Koh Lipe anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan Thailand iaitu di Walking Street. Ia kini berkembang pesat dalam rangkaian seluruh lorong berturap dan laluan pejalan kaki. Di samping itu, anda jangan risau untuk mencari makanan halal kerana disitu terdapat banyak restoran halal.
Walking Street, dibuka seawal 8 pagi tetapi meriah bermula 6 petang ke atas, anda boleh mendapatkan segalanya makanan, hiburan dan cenderahati. Paling penting jangan lupakan urutan, sama ada yang biasa atau yang mewah.
4. Pantai Dikelilingi Alam Semulajadi
Pantai Koh Lipe ini juga berdekatan dengan beberapa pulau kecil yang lain seperti Koh Kra , Koh Usen, Koh Bu Tang dan sebagainya yang tidak jauh beza cantiknya. Seterusnya Koh Lipe juga dikelilingi dengan gunung-ganang dan flora-fauna yang menyenangkan.
5. Pemandangan Sunset Yang Memuaskan
Semasa di Koh Lipe anda juga berpeluang untuk menyaksikan matahari terbit dan juga terbenam. Sekiranya anda ingin melihat matahari terbit anda boleh menaiki bot ke Sunrise Beach. Manakala bagi matahari terbenam pula anda harus menaiki bot ke Sunset Beach.
Namun begitu anda bergerak ke tempat bot lebih awal kerana berkemungkinana bot akan bergerak lebih awal dari masa yang ditetapkan kerana takut sekiranya terlepas untuk melihat matahari terbenam dan terbit. Saya jamin anda akan berpeluang melihat pemandangan yang menyenangkan dan pengalaman anda tidak akan lupakan.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!