Memancing adalah salah satu hobi kebiasaan bagi seorang lelaki. Dimana ada ikan, pasti akan ada pemancing. Tasik Kenyir merupakan salah satu tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Ia juga merupakan rumah kepada pelbagai jenis hidupan flora dan fauna.
5 Tips Memancing di Tasik Kenyir
Dalam arikel ini, kita kan singkap tips penting untuk memancing di Tasik Kenyir. Mungkin ada yang beranggapan joran dan umpan cacing sahaja sudah mencukupi, namun untuk mereka yang serius, setiap aspek memainkan peranan yang besar ketika memancing.
Persediaan Memancing
Seseorang pemancing pasti mempunyai set joran dan alatan memancing yang cukup. Maka tak hairan lah kalau nampak geng pemancing tegar ni membawa begitu banyak barang bersama mereka.
Untuk mereka yang baru berjinak dalam sukan memancing, ada beberapa alatan penting yang wajib ada. Joran yang sesuai, perambut, mata kail, tali tangsi atau benang, batu pemberat, pelampung adalah perkara yang wajib.
Tak perlu untuk mesin memancing yang berat sekira nya anda sekadar baru berjinak dengan hobi ini. Tetapi jika anda pemancing tegar, pasti kan anda membawa mesin yang paling power kerana gigitan sang ikan disini amatlah kuat dan penuh kejutan.
Persediaan Diri
Mental dan fizikal adalah penting bagi setiap individu. Memancing boleh merehatkan fikiran dari kehidupan seharian kita. Namun, bagi mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang rendah, aktiviti ini mampu melatih diri dari amarah dan panas baran.
Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Menjaga pemakanan serta melakukan senaman secara berkala. Ini dapat membantu anda ketika memancing terutama jika nada minat teknik casting yang menggunakan banyak tenaga.
Pemilihan Tarikh atau Masa yang Sesuai
Ada segelintir orang tidak kisah keadaan cuaca atau air. Tapi bagaimanapun, untuk pemancing tegar, mereka pastinya cerewet dalam hal ini.
Pemilihan hari dan tarikh yang sesuai sangatlah membantu dalam menentukan nasib semasa memancing. Kumpau itu biasa bro, istilah yang tidak asing bagi para pemancing.
Musim hujan biasa nya menyebabkan air menjadi keruh dan ikan yang ada juga berlainan dari biasa. Ada pemancing yang tidak suka cuaca hujan dan ada yang lebih senang dengan cuaca cerah.
Terpulang kepada setiap individu kerana soal cuaca bukanlah sesuatu yang boleh diramal dengan senang dan bergantung kepada nasib masing-masing.
Waktu cuti juga memainkan peranan kerana lebih ramai orang yang berada disesuatu tempat, semakin kurang peluang untyk mendapatkan ikan.
Adalah lebih baik untuk merancang trip memancing pada waktu yang bukan cuti sekolah atau cuti umum.
Pemilihan Umpan
Umpan adalah sesuatu yang agak subjektif. Ini adalah kerana ikan di setiap tempat seperti kolam, sungai, lombong dan tasik mempunyai diet yang berbeza.
Untuk mereka yang menggunakan teknik casting, Tasik kenyir menawarkan ikan Toman yang besar dan kuat sebagai cabaran anda.
Tips penting adalah menyediakan beberapa umpan yang berkilat dan yang mampu menimbulkan perhatian sang Toman yang seringkali menyorok di sebalik dahan didalam air.
Untuk pemancing santai, ikan hidup, isi ikan, dedak, roti, cengkerik, sawit peram, umpan tapa boleh digunakan untuk menarik perhatian ikan seperti lampam, belida, baung, arapaima, keli afrika dan sebagainya.
Tips Lain
Kebiasaannya mereka yang memilih untuk memancing di Tasik Kenyir akan memilih rumah bot atau boat house. Ini adalah kerana rumah bot ini akan pergi ke tempat-tempat memancing di dalam tasik Kenyir.
Untuk mereka yang datang menaiki kereta atau motor, ada parking berbayar disediakan sekitar RM5 sehingga rm15. Penginapan juga banyak di Tasik Kenyir seperti hotel budget, resort dan rumah bot.
Untuk kelengkapan memancing, anda disarankan untuk membeli di kedai kebiasaan anda kerana kebanyakan barang memancing tidak dijual di kawasan Tasik Kenyir. Sediakan payung sebelum hujan bro kalau taknak bayar harga cekik darah.
Bagi mereka yang memilih untuk menginap di rumah bot atau boat house, ada pakej yang termasuk tukang masak dan makanan. Kalau anda tukang masak yang hebat, bawalah bekalan mentah untuk dimasak sepanjang trip memancing di sana.
Kesimpulan
Tasik Kenyir juga menawarkan pelbagai aktiviti lain selain memancing seperti lawatan ke Sanctuary Kelah, Air Terjun Lasir, Hiking mencari Raflesia dan lain-lain.
Kalau asyik kumpau je, apa kata cuba tenangkan diri dengan aktiviti lain?
Bagi yang nak pakej rumah bot atau boat house, kami menyediakan pakej sewa boat dan pakej 3h2m siap aktiviti.
Sewa boat
2 hari 1 malam
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!