Pulau Besar yang terletak di timur daerah Mersing dah pulau ini dikelilingi beberapa pulau kecil yang menjadikan tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk negara.
Nama lain untuk Pulau Besar ini adalah Pulau Babi Besar. Ini adalah kerana pada satu masa, pulau ini terdapat banyak babi berkeliaran tetapi kini sudah tiada kerana banyak resort sudah didirikan di pulau ini.
6 Aktiviti Menarik di Pulau Besar, Mersing
Pulau ini juga menjadi tumpuan untuk semua ahli keluarga pada hujung minggu bersama anak-anak untuk menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan pelbagai ativiti dan tempat menarik yang boleh dilawati di sini.
Mari kita lihat 6 aktiviti menarik di Pulau Besar, Mersing.

Berkayak
Anda boleh menyewa kayak di resort berdekatan. dengan harga serendah RM50 sahaja untuk 1 jam berkayak sambil menikmati pemandangan laut yang cantik dan air yang biru jernih .

Snorkeling
Setiap pulau pasti berbeza untuk pengalaman snorkeling sama seperti kepulauan di Mersing. Pulau Besar salah satu check point yang cantik untuk snorkeling.
Ini kerana pelbagai ikan berwarna warni yang mungkin kita tidak pernah lihat.
Aktiviti snorkeling ini juga menjadi tumpuan ramai setiap kali hujung minggu ini kerana pakej yang di tawarkan sangat murah dan berbaloi.

Jelajah Pulau di Mersing
Pelbagai agensi pelancongan dan Resort yang menawarkan pakej melompat pulau atau island hopping yang murah. Jelajah kepulauan di Mersing ini satu pengalaman yang lain kerana terdapat pelbagai pulau terpencil dan tidak di ramai yang tahu.
Setiap pulau di Mersing membawa satu perasaan yang lain yang pastinya dapat menghilangkan kepenatan dan segala stress melihat pemandangan bukit-bukit dan batu-batu di persisir pantai yang cantik.
sabukang bay resort
Bola Tampar Pantai
Bola tampar pantai sudah tidak asing lagi bagi setiap penggemar pantai. Ini adalah kerana tidak asing dari mata kita melihat bola tampar pantai ini menjadi satu aktiviti wajib yang dimasukkan dalam check list.
Aktiviti ini sangat menjadi tumpuan dari kalangan kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Nikmati Pemandangan Pantai di Mersing
Oleh kerana Pulau Besar belum ramai yang kenali seperti Pulau Tioman dan Pulau Rawa, sudah pasti menjadi satu pemandagan yang cantik lagi-lagi sewaktu mata hari terbit di awal pagi.
Pantai ini juga sangat di sarankan kepada semua orang bandar untuk melepaskan penat dan kesesakan bandar.

Scuba Diving
Untuk mereka yang mempunyai lesen scuba dan meminati ativiti scuba yang membolehkan anda menyelam di bawah dasar laut melihat kehidupan eksotik yang mempersona.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!