Ini antara 6 pemandangan yang sangat cantik di Singapura. Singapura tidak boleh diragui lagi antara negara yang sangat cantik dengan pemandangan yang indah.
Jika anda ke Singapura anda jangan ketingalan melawat tempat-tempat yang disenaraikan ini. Anda pasti tidak akan merasa rugi mengunjunginya kerana tempat-tempat ini sangat cantik dan tenang apabila melihat keindahannya.
6 Pemandangan Yang Sangat Cantik Di Singapura
Marina Bay Sands
Di Marina Bay Sand adalah tempat yang menarik untuk melihat seluruh Bandar Singapura. Marina Bay Sand ini adalah shopping center, Artscience Museum, dan juga hotel mewah di singapura.
Di Marina Bay Sand ada restoran yang anda boleh order makanan ringan sambil mengambil gambar sebagai kenang-kenangan .
Marina Bay Sand antara yang termewah dan mengagumkan semua pelancong yang melancong kesana. .
Gardens by the Bay
Gardens by the Bay antara tempat yang ramai pelancong tidak mahu terlepas peluang untuk mengunjunginya kerana kecantikan yang ada gardens tersebut.
Gardens by the Bay sangat sesuai jika anda ingin menikmati kehijauannya yang sangat tenang dan cantik. Anda tidak akan terlepas dari Supertree Grove dimana infrastruktur yang direka untuk fungsi alam sekitar yang mampan.
Kemudian anda tidak boleh terlepas pergi ke Cloud Forest Dome untuk melihat air terjun indoor tertinggi di dunia.
Taman Botanic
Singapura antara Negara yang menerima pencalonan Warisan Dunia UNESCO pertama untuk taman botani. Taman botanic ini bersih dan selesa seperti taman botani lain tetapi taman botanic di singapura ini sangat memelihara warisan dinegaranya.
Di Taman Botanic ini anda boleh berjalan menikmati keindahan pokok-pokok yang dipelihara sebagai tanda daripada usaha untuk melindungi spesis pokok tua dibandar tersebut.
Pantai Sentosa
Ramai yang tidak tahu di Singapura juga ada pantai yang cantik. Pulau Sentosa adalah tempatnya. Di Pulau Sentosa ini terdapat banyak tarikan yang menarik seperti Akuarium Dunia Bawah Laut dimana anda boleh berenang dengan ikan lumba-lumba jika anda bertuah.
Dipantai ini anda boleh bermain bola tampar, kayak ataupun bermain ski. Tak ramai yang tahu Pantai ini kerana pantai ini tidak dikenali oleh pelancong luar.
Merlion Park
Merlion Singapura ini ada cerita tersendiri yang diceritakan oleh orang iaitu mempunnyai kepala singa dan badannya berekor ikan. Patung Merlion ini dipindahkan pada sekitar 2002 dimana dapat melihat Marina Bay untuk menarik perhatian pelancong untuk melancong ke singapura.
Patung itu beratnya 70 tan dan ketinggiannya 8.6 meter. Air pancut keluar dari mulut patung singa tersebut. Terdapat 5 patung Merlion rasmi diseluruh Bandar.
Merlion park adalah tempat yang sangat sesuai untuk mengambil gambar sama ada anda mengambil diri sendiri dihadapan patung tersebut atau mengambil gambar pemandangan disana.
Pulau Ubin (Pulau Granite)
Pulau Ubin atau dikenali sebagai Pulau Granite ini tidak ramai pelancong ke sini kerana tidak terkenal. Tetapi disini adalah tempat yang sesuai jika anda mahu lari dari Bandar yang sibuk kerana tempatnya yang sangat tenang dan cantik.
Pelancong boleh menikmati hutan yang terjaga ini dan melihat hidupan liar dipulau tersebut. Pulau ini sangat banyak dengan terumbu karang dan hidupan laut yang sangat cantik dan pelbagai. Jika mahu ke pulau ini anda perlu menaiki bot dari Terminal Feri Changi Point.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!