Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang terletak di Pahang yang menjadikan ia tumpuan ramai pelancong dalam dan luar negara sehingga kini.
Ini kerana pemandangan laut yang cantik, resort yang mewah dan harga yang murah ini tidak heranlah Pulau Tioman menjadi tumpuan ramai. Terokai tempat-tempat menarik wajib pergi di Pulau Tioman.
6 Tempat Wajib Pergi Di Pulau Tioman
Di Pulau Tioman ini juga terkenal dengan aktiviti laut seperti snorkeling, diving dan banyak lagi sukan air boleh dilakukan di Pulau Tioman.
Untuk ke Pulau Tioman anda boleh naik feri dari Tanjung Gemok atau di jeti Mersing. Perjalanan sekitar 45 minit hingga 1 jam .
Pulau Tulai
Jarak perjalanan antara Pulau Tioman ke Pulau Tulai memakan masa 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Tulai ini, anda akan dapat menikmati bayu laut yang sangat menyegarkan sambil mencuci mata melihat pemandangan air laut yang kebiruan.
Jika anda datang ke Pulau Tulai ini anda diwajibkan menikmati keindahan hidupan laut dan coral di dasar laut dan pulau ini jaraknya 45minit dari Pulau Tioman.
Pulau Batu Malang
Pulau ini juga terkenal salah satu kawasan untuk snokelling. Yang menarik di pulau ini adalah kedudukan batu-batu di tengah laut air yang surut .
Ikan-ikan di pulau ini juga sangat berbeza dengan pulau-pulau lainnya dan coral yang sangat cantik di bawah laut.
Monkey Bay
Monkey Bay adalah pantai yang indah yang terletak di belakang Kampung Salang di pantai barat Pulau Tioman.
Anda boleh ke tempat menarik di Pulau Tioman ini dengan menaiki bot laju ataupun meredah hutan.
Teluk yang luas ini mempunyai pantai yang indah dengan kolam air laut biru yang tenang dan persekitaran hutan hujan yang subur.
Ia adalah salah satu tempat snorkeling yang paling popular serta anda boleh mengelilingi pulau dengan menggunakan bot laju sambil melihat kawasan kampung.
Para pengunjung yang mendaki dari Salang ke sini memakan masa 1 jam perjalanan.
Juara Turtle Project
Juara Turtle Project atau nama singkatannya JTP merupakan badan bukan kerajaan yang terletak di Kampung Juara Pulau Tioman.
JTP merupakan satu inisiatif sukarelawan yang menumpukan pemuliharaan semula penyu laut dan alam sekitar dengan cara mendidik penduduk tempatan khususnya generasi muda dan pelancong yang berkunjung di kawasan pantai Kampung Juara.
Ini adalah kerjasama antara warga luar negara dan rakyat tempatan. Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 2006.
Anda boleh melihat banyak penyu di tempat menarik di Pulau Tioman ini. Bukan sahaja dapat belajar tentang penyu, tetapi anda pasti gembira dan terhibur di sini.
Air terjun Asah
jarang-jarang kita lihat dalam pulau ada air terjun. Tetapi itulah yang menarik di Pulau Tioman ini.
Lokasinya terletak di bahagian selatan Pulau Tioman yang berada di sekitar Kampong Mukut.
Perjalanan ke kampong itu mengambil masa 30-40minit, dan air terjun Asah berpunca dari mata air diatas gunung.
Tioman Dive Centre
Tioman Dive Centre merupakan satu pusat menyelam yang di tawarkan kepada penyelam yang ingin belajar ataupun melakukan aktiviti menyelam di dasar laut.
Pusat yang terletak di tempat menarik di Pulau Tioman ini menawarkan lesen yang berdaftar kepada pelanggan yang ingin berdaftar.
Beberapa latihan dan kursus di berikan kepada mereka yang gemarkan aktiviti menyelam secara bebas.
Aktiviti menyelam skuba boleh disertai oleh semua individu berusia 10 tahun ke atas yang sihat dari segi mental dan fizikal. Ia boleh dilakukan di dalam kolam atau laut terbuka.
Anda berminat nak bercuti di Pulau Tioman? Refer pakej Tioman 3hari 2malam kami atau terus hubungi kami 017-7331482(Wan)
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!