Terdapat banyak Aktiviti Gempak Bersama Insan Tersayang Di Bandung, Indonesia yang dapat anda kunjungi & sertai.
Selain daripada Syurga Shopping, Bandung juga terkenal dengan tarikan unik yang lainnya seperti Theme Park & Permandangan yang cukup mempersonakan. Jika tidak percaya, Sila lihat list di bawah, anda pasti terpesona.
TOP 5 AKTIVITI GEMPAK BERSAMA INSAN TERSAYANG DI BANDUNG, INDONESIA
1. DAGO DREAM PARK

Dago Dream Park menjadi salah satu destinasi utama kepada sesiapa sahaja yang bercuti ke Bandung. Berkonsepkan perpaduan Jawa, Sunda & Bali yang memberikan suasana yang mempunyai keunikan tersendiri.
Selain itu, Dargo Dream Park juga mempunyai tarikan utamanya iaitu lokasi mengambil gambar & selfie yang unik iaitu Karpet Terbang Aladdin, Skybike, Rumah anti graviti & banyak lagi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang patut anda try di sini bersama ahli keluarga & rakan2.
Antaranya adalah ATV, flying fox, Outbound, Family Gathering, Ride Adventure, Pirates Ship, The Selfie Maze, Pine Forest Trekking, archery, Painball & banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk kunjungi & berseronok di Dargo Dream Park.
2. TRANS STUDIO BANDUNG

Trans Studio Bandung merupakan sebuah Taman Tema Permainan Indoor yang terbesar di Dunia & pesaing kepada Genting Highlands, Malaysia.
Trans Studio juga mempunyai shopping mallnya sendiri iaitu Trans Studio Mall & dua buah hotel iaitu Trans Studio Hotel.
Trans Studio Bandung ini dibina di atas tanah dengan saiz 4.2 hektar & kos pelaburannya mencecah sehingga 2 trilion Rupiah.

Taman tema permainan ini juga memiliki Roller Coaster yang Terlaju di Asia Tenggara iaitu selaju 12 Km/J.
Permainan yang ditawarkan terbahagi kepada 3 zon berbeza iaitu Zon Studio Central (Walk Of Fame), Zon The Lost City (Safari Track) dan Zon Magic Corner (Magical Adventure) yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Trans Studio adalah destinasi pelancongan keluarga yang wajib dikunjungi di Bandung, Indonesia.
3. BANDUNG TREE TOP ADVENTURE PARK

Khas kepada korang yang gemar akan aktiviti lasak, Tree Top Adventure adalah pilihan destinasi yang paling sesuai.
Terletak di kawasan Cikole, Bandung Barat, di sini anda berpeluang mengatasi ketakutan terhadap ketinggian, memberanikan diri & memberikan suasana yang nyaman serta tenang kerana lokasi Tree Top Adventure adalah di dalam hutan.

Bandung Tree Top Adventure ini merupakan destinasi yang hangat dikunjungi oleh pelancong daripada serata dunia.
Tree Top Adventure menawarkan pelbagai aktiviti ekstrem yang dapat anda sertai seperti Zip Lining, flying fox serta pelbagai peringkat halangan & cabaran yang dapat memberikan anda pengalaman yang luar biasa.
Setiap halangan mempunyai cabaran yang berbeza mengikut usia seseorang. Halangan tersebut diagihkan mengikut 6 jenis warna iaitu (Kuning, Hijau, Biru, Merah, Oren, Merah, Hitam) yang mempunyai tahap kesukarannya yang berbeza.
4. SANGHYANG HEULEUT

Sanghyang Heuleut merupakan danau kecil dengan air berwarna biru kehijauan yang dikelilingi dengan batu-batu besar.
Sesetengah orang percaya bahawa danau ini pernah menjadi tempat mandi bagi bidadari yang turun dari kayangan.
Sanghyang Heuleut merupakan danau purba yang merupakan hasil letusan dari Gunung Api Purba yang bernama Gunung Sunda.
Danau ini memiliki air jernih kehijauan yang kelihatan indah dengan tebing batu berukuran besar di sekelilingnya. Danau ini amat sesuai kepada Traveler yang gemar akan aktiviti yang lasak.
Selain itu, diingatkan juga kepada pengunjung yang ingin singgah ke Danau ini supaya belajar untuk berenang atau membawa life jacket kerana Danau ini memiliki kedalaman sekitar tiga meter.
Lokasi ini memang syok kalau anda semua ingin menikmati keindahan alam semula jadi, menerokai gua & mengambil gambar cantik2.
5. THE LODGE MARIBAYA

The Lodge Maribaya terletak di Desa Cibodas Maribaya , tidak jauh dari Lembang, Kabupaten Bandung Barat.
The Lodge Maribaya menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang dapat dinikmati oleh para pecinta aktiviti outdoor.
Destinasi ini menawarkan pelbagai aktiviti keseronokan yang menarik & sesuai untuk dihadiri dengan ahli keluarga & rakan2.

Antaranya ialah Camping, trekking mengelilingi kawasan hutan pinus, acara gathering & team building atau destinasi yang sesuai untuk beristirehat.
The Lodge Maribaya juga menyediakan pelbagai spot untuk menangkap gambar yang unik & indah serta memiliki pemandangan yang terkenal dengan keindahannya. Antaranya ialah Hot Air Balloon, Zip Bike, Gantole, Ayunan Sky Wing, Bamboo Sky & Camping The Lodge Maribaya.
Haaaa menarik kan Aktiviti Gempak Bersama Insan Tersayang Di Bandung, Indonesia di atas, So korang semua jangan lepaskan peluang untuk serbu ke destinasi2 berikut untuk meluangkan masa bersama2 dengan insan2 yang tercinta. Hiburkan & hargailah mereka dengan aktiviti2 yang menarik di atas.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!