Hai Korang 😁 Medan adalah salah satu kota besar di Indonesia yang kaya dengan Destinasi Pelancongan Yang Terbaik untuk meluangkan masa bersama Insan Tersayang.
Ia mungkin kurang popular tetapi tidak bermakna Medan Tak ada aktiviti2 yang Menyeronokkan. Haaa kalau nak Tahu Lebih Lanjut, Jom Check It Out Top 7 Aktiviti Menyeronokkan Yang Tidak Diduga Di Medan, Indonesia 😱
TOP 7 AKTIVITI MENYERONOKKAN YANG TIDAK DIDUGA DI MEDAN, INDONESIA
1. BERENDAM DI SIPOHOLON HOT SPRINGS

Sipoholon Spring adalah sebuah kolam air panas semula jadi yang menjanjikan anda keindahan yang Luar Biasa di Medan ini. Ia juga menawarkan air Bersulfur yang tenang & sihat serta dikelilingi dengan Bukit Batu kapur yang cantik.
Batu itu berwarn Oren, Hijau, Kuning & coklat yang menjadikan ia salah satu Tarikan Pelancong di Sipoholon Spring. Jadi jangan lepaskan peluang untuk Mandi air panas disini & mengambil gambar untuk kenang-kenangan.
2. MANDI MANDA DI SIBOLANGIT WATERFALL

Sibolangit Waterfall atau dikenali sebagai “Two Colour Waterfall” kerana Air Terjunnya yang berwarna Putih manakala Kolamnya berwarna Biru Zamrud. Ia adalah sesuatu yang unik sehingga dapat menarik minat para pelancong.
Anda juga tidak boleh melepaskan peluang untuk bermandi manda & berkelah disini sambil menikmati panorama yang Indah & menakjubkan serta dikelilingi dengan Tebing Batu yang cantik Kehijauan.
3. MENDAKI GUNUNG SIBAYAK

Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai Gunung Berapi aktif yang tertinggi di Dunia & Gunung Sibayak adalah salah satu daripadanya. Ia terletak di utara Berastagi & berada puncak setinggi 6,870 kaki.
Terdapat Laluan Trekking untuk para pengunjung tiba ke Puncak Gunung Sibayak. Pastikan anda tidak terlepas untuk melihat pemandangan Matahari Terbenam serta Tasik kawah volkanik yang indah & mempersonakan.
4. WATER RAFTING DI BINGE RIVER

Water Rafting adalah salah satu aktiviti yang Wajib untuk anda Cuba di Medan ini. Water Rafting di Sungai Binge adalah pilihan yang Tepat kerana ia menjanjikan anda View yang amat Menakjubkan.
Ia adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama rakan2 & keluarga yang tersayang. Aktiviti ini akan membawa anda mengharungi pelbagai halangan di Batu2 Besar yang mendebarkan & menghiburkan.
5. MEMANDIKAN GAJAH DI TANGKAHAN

Tangkahan adalah sebuah Destinasi yang indah di mana anda dapat mengembara di hutan & merasai pengalaman memandikan gajah di sungai. Anda berpeluang untuk berjinak-jinak bersama gajah & mempelajari serba sedikit fakta mengenai Gajah.
Tangkahan juga menawarkan keseronokkan yang lain dari air terjun, Gua & Sungai yang semula jadi. Oleh itu, Tangkahan menjadi Detinasi yang hangat dikalangan para pelancong dari dalam & luar negara.
6. JUNGLE TREKKING BERSAMA ORANG UTAN DI BUKIT LAWANG

Bukit Lawang dikenali sebagai salah satu Habitat Perlindungan Utama untuk Orang Utan. Selain itu, Bukit Lawang juga adalah salah satu Destinasi Jungle Trekking yang amat Popular untuk menghirup udara yang segar.
Anda berpeluang untuk melihat gelagat Orang Utan yang Comel sambil menghargai keindahan alam di Bukit Lawang. Anda diingatkan untuk tidak memberi makanan manusia kepada Orang Utan kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan Orang Utan jatuh sakit.
7. SIBOLAGIT HILL PARK

Sibolangit Hill Park adalah Taman Hiburan Terbesar di Medan, Indonesia. Konsepnya tidak berbeza dengan Dufan’s atau Trans Studio. Anda boleh berhibur dengan menaiki Roller Coaster, Roda Feri, Teater 4D & macam2 lagi.
Ia adalah Destinasi Hiburan yang amat sesuai untuk Seisi Keluarga & rakan2 untuk meluangkan masa bersama2. Diingatkan bahawa Sibolangit Hill Park hanya beroperasi pada Hujung Minggu & Cuti Umum sahaja.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!