Bercuti di Yogyakarta memang best sebab banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Pemandangan di sekitar Yogyakarta juga begitu indah sehingga mampu memukau hati anda.
Yogyakarta atau dikenali sebagai Jogjakarta ataupun Jogja ini merupakan sebuah bandar di Pulau Jawa dan masyarakatnya majoriti beragama Islam. Anda seorang yang berani? Jadi ini aktiviti ekstrem untuk anda di Jogja.
Anda Rasa Anda Seorang Yang Berani? Jadi Ini Aktiviti Ekstrem Di Jogja Yang Anda Boleh Lakukan.
Pantai Timang Kereta Gantung
Pantai Timang ini adalah sebuah pulau kecil. Untuk pergi ke pantai Timang anda perlu menyeberang laut untuk sampai kesana menggunakan kereta gantung.
Rugi jika tidak mencubanya kerana ini adalah salah satu aktiviti yang adventure dan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kebiasaannya nelayan selalu ke sana untuk menangkap udang yang menggunakan jala ataupun jaring dan ini adalah tempat yang sesuai untuk pemancing.
Jika anda mahu naik kereta gantung ini ke seberang anda perlukan keberanian yang tinggi kerana air laut disana sangat deras tetapi tidak rugi jika kesana kerana tempatnya sangat tenang disebabkan tidak ramai pelancong yang datang.
Orang tempat juga tidak ramai yang kunjungi ke tempat ini. Timang canting jika anda ingin menangkap gambar.
Merapi Lava Tour
Gunung Merapi adalah gunung berapi yang masih aktif dan ramai tidak mahu terlepas untuk melihat sendiri gunung merapi lebih dekat.
Merapi lava tour anda perlu menaiki jeep untuk kesana kerana jalannya yang berbatu dan ini adalah salah satu perkara yang paling seronok untuk anda lakukan di jogja.
Ini adalah salah satu cara untuk menarik minat pelancong untuk kunjung ke sana dan dapat meneroka keajaiban gunung berapa yang sebenar dan ekstrem.
Anda akan dapat pengalaman yang seronok kerana menaiki jeep ke gunung dengan jalan yang cerun dan banyak batu daripada letusan terakhir gunung tersebut.
Taman Negara Kalibiru
Taman Negara Kalibiru yang terletak di Pergunungan Menoreh adalah lambang destinasi pengembaraan eko di Yogyakarta.
Taman ini paling terkenal dengan pemandangan yang cantik bersama platform kayu yang dibuat atas pokok untuk menangkap gambar yang menarik dan cantik.
Kat sini, udara sangat segar, sejuk dan tenang, memang sesuai untuk relax dan dekatkan diri dengan alam jauh dari hiruk pikuk kota Jogjakarta.
Tak payah banyak cerita, view kat sini memang terbaik dengan kehijauan pokok2 dan bukit! Dan ini adalah satu tempat yang ramai ingin kunjungi untuk tangkap gambar yang unik dan cantik.
Sandboarding Gumuk Pasir Parangkusumo
Gumuk Pasir Parangkusumo ini adalah bukit pasir seperti padang pasir sahara kerana pergerakan angin. Di sini sangat sesuai untuk sandboarding dan ia sangat susah dilakukan.
Ada yang cakap snow dengan sand ia sama rasanya jika bermain tiada perbezaan. Sandboarding sama sahaja seperti snowboarding perbezaannya cuma sandboarding atas tanah dan snowboarding atas salji jadi tidak hairan la jika mereka kata sama.
Jika anda ingin bermain anda akan berlari ke atas bukit dan turun ke bawah. Itu terdengar sangat menyeronokkan!!
Gua Jomblang
Gua Jomblang adalah salah satu aktiviti penting juga di Yogyakarta. Gua ini berebntu disebabkan oleh air hujan dan sungai bawah tanah yang menghancurkan batu kristal.
Gua Jomblang ni unik kerana akan ada cahaya dari luar menghiasi gua tersebut dan itulah tarikannya. Nak masuk gua ni kena pakai safety equipments untuk turun ke bawah sedalam 80 meter ala-ala abseiling.
Kalau kena dengan masa (dari 10 pagi hingga 2 petang), korang boleh tengok sun rise yang memukau sedang memancar dan bersinar ke dalam gua melalui bukaan kecil dari atas. Memang tak ada kat tempat lain dan ia sangat unik!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!