Apa aktiviti gempak yang boleh anda nikmati di Manila? Mesti korang tertanya-tanya kan? Ok, dari sudut mata kasar, Kota Metropolitan Manila ini tidak jauh bezanya dengan Kuala Lumpur.
Manila ialah sebuah bandar raya global terunggul yang meletakkan kekuatannya pada bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, pelancongan, media, dan pengangkutan.
Dengan kestabilan negara ini dapat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia.
Antara Aktiviti Gempak Yang Boleh Anda Nikmati Di Manila
1. Aktiviti Pantai Di Pulau Boracay


Pulau Boracay merupakan tempat yang selalu menjadi perhatian pelancong di dalam negara mahupun luar negara. Apa yang gempaknya tentang Pulau Boracay ini adalah keindahan pantai, pasir putih serta air laut jernih.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh anda buat disini iaitu perkhemahan, banana boat, skuba, snorkeling, bola tampar pantai dan banyak lagi.
Anda jangan risau bagaimana hendak melakukan aktiviti ini kerana terdapat banyak tempat yang menyediakan aktiviti-aktiviti ini semua di keliling Pantai Boracay ini.
Anda juga boleh melawati ke Pulau Mactan, Taubbataha Reef dan Pulau Luli
2. Bershopping Di Mall Of Asia

Kalau bercuti ke Manila kalau tidak menjejakkan kaki ke Mall Of Asia ini, memang tak lengkaplah percutian anda. Ia adalah syurga membeli-belah dan merupakan kompleks membeli-belah keempat terbesar di Filipina.
Macam-macam ada di Mall Of Asia ini. Sekali pergi tak cukup sebab shopping kompleks ini memang besar tak ingat. Kedai pun pelbagai. Puas hati apabila bershopping disini.
Selain itu, terdapat juga pusat membeli belah yang lain di Manila ini seperti, Divisoria, Robinsons Place Mall dan Balikbayan Handicraft Center.
3. Beriang Ria Di DreamPlay

DreamPlay, Manila ini adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka yang membawa anak-anak bercuti ke Manila. Di sini anda dapat melihat bermacam-macam karakter kegemaran dari filem animasi seperti Kung Fu Panda, Shrek, How To Train Your Dragon dan Madagascar.
Hampir kesemua watak kartun terbitan Dreamworks ada disini. Kena luangkan masa sekurang-kurangnya satu hari di sini. Pastinya anak-anak anda tidak akan lupakan pengalaman ini.
4. Melawati Khazanah Manila Di Banaue Rice Terraces

Khazanah kebudayaan negara di Filipina digelar sebagai “Eighth Wonder of the World” oleh rakyatnya. Ia adalah sebuah bukit yang dijadikan kawasan tanaman padi bertingkat dan ini menjadikan lokasi ohsem untuk melihat keunikan dan keindahan alam.
Selain itu, anda dapat melihat sendiri aktiviti kaum disitu yang digelar Kaum Ifugao dan jika berpeluang, anda dapat berjumpa dengan Mumbaki iaitu doktor tradisional kaum itu.
Istilah lainnya adalah dukun atau bomoh dan ada kesempatan, anda dapat melihat sendiri upacara roh untuk mengubat.
5. Melihat Keindahan Manila Di Gunung Batulao

Aktiviti yang dapat membuatkan anda beristirahat dari keramaian dan hiruk pikuk jalanan ramai di Manila anda juga boleh hiking di Gunung Batulao hanya mengambil masa selama beberapa jam dan anda akan dapat melihat sisi Filipina yang lebih tenang dan cantik.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!