Balkan adalah sebuah negara yang Popular dengan Tasiknya yang cantik, Gunungnya yang indah, Bangunan Yang Nostalgia & Banyak lagi. Oleh itu, ia dikenali sebagai Balkan Yang Penuh Dengan Panorama Yang Mengagumkan. Nak tahu lebih lanjut ? Lets Check It Out.
TOP 12 BALKAN YANG PENUH DENGAN PONARAMA YANG MENGAGUMKAN
1. LAKE BLED, SLOVENIA
Bled terletak 55 km barat laut dari ibu kota Ljubljana, Slovenia. Ia adalah sebuah pulau yang kecil yang cantik & ditengahnya terdapat sebuah Gereja juga Istana yang wujud pada abad ke-17.
Bled adalah sebuah Destinasi yang sesuai untuk merasai Kabus Pagi yang nyaman & segar. Ia merupakan pemandangan yang paling Terkenal di Solvenia.
2. PLITVICE LAKES, CROATIA
Tasik Plitvice adalah sebuah Destinasi yang sentiasa menjadi tarikan pelancong kerana Air Terjunnya meliputi hampir 115 batu persegi kawasan hutan termasuk 16 tasik yang berakhir di The Great Waterfall.
Anda juga pasti mengagumi keindahan di Tasik Plitvice dengan lebih daripada 50 spesies bunga & tumbuhan hijau yang turut melengkapi kecantikan di Taman Negara Eropah ini.
3. VRELO BUNE DI BLAGAJ, BOSNIA & HERZEGOVINA
Vrelo Bune adalah Mata Air tercantik di Eropah. Mata air ini keluar dari gua membekalkan air yang sangat jernih & sejuk kepada sungai Bune.
Anda Wajib untuk singgah ke sini & menikmati pemandangan cantik ini sambil menghirup secawan kopi panas bersama dengan kudap-kudapan.
4. MOSTAR, BOSNIA
Monstar adalah sebuah bandar indah yang terkenal dengan Sungai Neretva. Terdapat juga sebuah Jambatan Lama dari senibina Islam bermula pada zaman Khalifah Sulaiman The Magnificent lagi.
Jambatan lama tersebut adalah port popular untuk menikmati panorama di Monstar ini. Bandar tercantik ini juga sangat menenangkan dengan keunikan perumahan Turki yang lama & Indah.
5. TRANSYLVANIA, ROMANIA
Transylvania ini dikatakan sebagai sebuah kota fiksyen yang dikatakan ada Vampire & Serigala. Jika anda suka akan cerita fiksyen, Transylvania adalah Destinasi yang sesuai.
Terdapat juga sebuah Istana yang Bersejarah & Tumbuhan Hijau yang pastinya akan memukau anda dengan Kecantikannya. Anda pasti tidak akan menyesalinya.
6. DUGI OTOK, CROATIA
Dugi Otok atau dikenali sebagai Long Beach adalah sebuah pulau yang mempersonakan di Croatia. Terdapat puluhan pantai yang sangat cantik, jernih setanding Maldives di Pualu ini.
Dugi Otok adalah sebuah Pulau yang kurang popluar dikalangan Pelancong kerana ramai tidak tahu akan keistimewaannya & keunikannya.
7. METEORA, GREECE
Meteora terletak di Greece adalah salah satu tempat menarik di Balkan. Meteora yang tinggi ini berada di puncak batu yang tersergam indah.
Di atasnya, terdapat sebuah bangunan yang amat cantik boleh anda singgah. Ramai pelancong pasti akan ke sini untuk menyaksikan pemandangan yang amat indah.
8. TASIK OHRID, MACEDONIA
Tasik Ohrid adalah salah satu tasik yang paling dalam & Tertua di Eropah yang dikenali sebagai Lichnidos & Pearl Of Balkan. Ohrid mempunyai banyak sejarah yang penuh dengan tradisi.
Tasik itu mempunyai keistimewaannya iaitu Airnya seperti kristal & jernih memberikan suasana yang sangat menarik di Ohrid.
9. SVETI STEFAN, MONTENEGRO
Sveti Stefan terletak berhampiran di Budva yang merangkumi sebuah pulau seluas tiga ekar dengan Resort yang mewah yang mempunyai spa & Restoran yang menarik.
Sekiranya anda ingin mengalami keindahan di Balkan ini dengan bunyi ombak & angin laut yang menyenangkan. Sveti Stefan adalah Destinasi yang paling Ohsem untuk itu.
10. SARANDE, ALBANIA
Sarande adalah salah satu Destinasi paling popular di Albania. Ia terkenal dengan aura yang tenang, elegan & romantis yang menjadikannya ia port untuk berbulan madu.
Sarande terletak di teluk yang indah di Laut Ionian, dikelilingi oleh perairan biru yang murni, pantai pasir putih & persiaran yang indah.
11. PAVLOVA STRANA, MONTENEGRO
Pavlova Strana adalah salah satu landskap yang paling dikenali di Taman Nasional ini dengan sungainya yang berliku-liku turut menggamitkan keindahan Gunung Ganang di Montenegro.
Menaiki Bot atau berkayak adalah aktiviti yang paling sesuai untuk anda Menikmati pemandangan di Pavlova Strana ini.
12. BERAT, ALBANIA
Berat, Albania juga dikenali sebagai “Bandar Seribu Tingkap” kerana terdapat Deretan rumah yang menghadap Laut kelihatan sangat unik & menarik. Ia juga sebuah Bandar di Sungai Osum yang terkenal dengan pelbagai tempat yang bersejarah.
Haaa sebenarnya banyakkan Destinasi2 yang menjanjikan Anda Pemandangan yang Luar Biasa di Balkan ini. Tunggu apa lagi, Jom Bercuti ke Balkan !
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!