Filipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang indah. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Pulau Cebu.
Alegria terletak di selatan Cebu dengan keluasan kira kira 89.5 km persegi dan mempunyai Sembilan daerah pentadbiran kecil dipanggil Barangay . Menarik mengenai destinasi ini ialah kisah keindahan pemandangan ngarainya (canyoneering) terutama sekali air terjun yang sering dikongsi dalam media social.
- NGARAI – CANYONEERING DI KAWASAN FALL

- SUNRISE DI OSMENA PEAK
Hanya sedikit kekuatan fizikal diperlukan dan dapat lihat pemandangan yang memang cantik dari puncak Osmena yang merupakan puncak tertinggi di Cebu. Laluannya juga tidaklah begitu mencabar dengan hanya 15-20 minit pendakian.

- LAWATAN DESA DENGAN MOTOSIKAL
Dalam perjalanan ini, anda akan melihat kawasan luar bandar dengan motosikal di Cebu. Aktiviti harian penduduk kampung, rumah mereka, cara hidup mereka, ekonomi, pendidikan, kemudahan dan ia agak menyeronokkan dan sangat mengujakan . Lalui pengalaman ini sendiri di Cebu dengan menaiki motosikal adalah sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.
- AIR TERJUN TUMALOG

- BERENANG BERSAMA WHALE SHARK DI OSLOB

Oslob adalah lokasi tumpuan ramai pengunjung untuk melihat Whale Shark selain itu boleh juga lakukan aktikiti snorkeling , berenang dan juga island hoping ke Pulau Sumilon

- PULAU SUMILON /SUMILON SANDBAR
Pulau Sumilon ialah pulau pasir kecil yang terletak hanya dalam jarak perjalanan bot yang singkat dari Oslob. Tidak dinafikan bahawa Pulau Sumilon adalah tempat yang epik untuk menghabiskan hari bersantai, meneroka dan berenang di beberapa air paling jernih di Cebu. Pulau Sumilon juga mempunyai pasir yang sangat halus dan cantik.
- Kawasan Falls

Guys Kawasan Fall ni sangat sangat cantik, dengan air terjun yang jernih. Kalau pergi sana dan duduk di chalet, paling best dapat duduk bilik yang menghadap kawasan falls ni, tenang weyyhh. !!
- BERENANG BERSAMA BERJUTA IKAN SARDIN/SARDINE RUN AT MOALBOAL
Pernah dengar tentang sardin yang terkenal tetapi tidak tahu apa itu semua? Pendek kata, ini adalah peluang untuk berenang melalui kumpulan sardin yang besar hanya 20 meter dari pantai.
Terdapat lebih 1 juta ikan sardin di Moalboal, jadi snorkeling dan berenang bersama ikan sardin di Moalboal merupakan pengalaman yang luar biasa.

Berminat dengan trip Cebu ? Hubungi kami melalui whatsapp/call 0177331482 sekarang !
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!