Intramuros merupakan tugu peninggalan Sepanyol paling nostalgia di Filipina. Usianya lebih muda sedikit dari kota A-Famosa di Melaka, namun fungsi dan ciri binaannya agak sama.
Intramuros ini berdiri di tebing paling tinggi di muara Sungai Pasig, sungai yang jadi nadi pembangunan Manila sejak awalnya dari sebuah kampung hingga sekarang merupakan sebuah metropolis seperti yang kita lihat pada hari ini.
Hari ini saya akan bercerita serba sedikit tentang Intramuros tempat bersejarah di Manila, Filipina
Intramuros Tempat Bersejarah Di Manila, Filipina
Intramuros
Intramuros adalah kota yang dikelilingi tembok. Kawasan seluas 64 hektar ini berada di tepi muara Sungai Pasig, menghadap Laut China Selatan.
Dibangun sejak 1589 atas perintah Raja Spanyol Philip II dengan tembok batu. Sebenarnya kawasan ini adalah benteng pertahanan lengkap dengan kubu prajurit dan askar-askarnya.
Dengan tembok setebal 2,4 meter dan tinggi 6,7 meter. Intramuros memang sesuai dijadikan tempat berlindung bagi pemerintahan Sepanyol dari pemberontakan pribumi dan serangan laut.
Sekarang orang ramai boleh melawati dan berjalan di sepanjang 4 kilometer di atas tembok dengan pemandangan lapangan golf, Museum Nasional, Gedung Balaikota, atau Teluk Manila.
Intramuros pada zamannya adalah pusat segala pemerintahan, askar, perdagangan dan juga keagamaan. Selain istana gabenor dan berek tentera, kawasan ini memiliki 10 gereja dan sekolah.
Walaupun hanya orang Sepanyol dan campuran Sepanyol yang boleh tinggal disini, namun warga pribumi dan China boleh masuk untuk berdagang, beribadah, atau bersekolah.
Selain rumah teres, enam sekolah menengah dan perguruan tinggi masih beroperasi. Walau begitu, aura masa lalu tidak hilang. Di depan Gereja Besar Manila dan di kawasan lapang, masih berdiri arca Raja Charles IV.
Fort Santiago
Tak jauh dari Intramuros, ada sebuah lagi bangunan tua peninggalan sang ‘juru-penyelamat’ negara ini yang dipanggil Fort Santiago.
Ia sebetulnya adalah penjara yang dibangunkan di atas tapak Istana Raja Sulayman III, iaitu sultan terakhir kesultanan Islam Manila sebelum dijatuhkan oleh Sepanyol.
Fort Santiago ini dibina pada tahun 1593, adalah sebuah benteng yang dibina oleh navigator Sepanyol dan gabenor Miguel López de Legazpi untuk kota Manila baru di Filipina. Kubu pertahanan ini terletak di Intramuros, yang lebih dikenali sebagai kota berdinding Manila.
Kubu ini adalah salah satu tempat bersejarah yang paling penting di Manila. Beberapa nyawa telah hilang di penjara ketika Empayar Sepanyol dan Perang Dunia II. José Rizal, salah seorang wira negara Filipina, telah dipenjarakan di sini sebelum pelaksanaannya pada tahun 1896.
Muzium Rizal Shrine telah mempamerkan memorabilia pahlawan dalam koleksi mereka dan ciri-ciri kubu, tempat tertanam dan jejak terakhirnya dari selnya ke lokasi pelaksanaan hukuman sebenar.
San Agustin Church
Selain Manila Cathedral, gereja Katolik Roma lainnya di sekitar Intramuros iaitu San Agustin Church. Merupakan salah satu gereja di Filipina yang menjadi World Heritage (bangunan peninggalan warisan dunia).
Khusus untuk gereja San Agustin, bangunan ini terpilih menjadi World Heritage kerana ia merupakan salah satu dari 4 bangunan gereja di Filipina yang dibangun pada masa pendudukan Sepanyol dengan senibina arkitek Baroq (Baroque Churches of the Philippines).
Jom ke Manila! Melawat ke tempat2 bersejarah dan belajar lebih mendalam tentang masa silam Manila!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!