Kepulauan Derawan yang terletak di Kalimantan Timur (Kaltim) Pulau Bornea, Indonesia ini merupakan syurga tersembunyi di dunia (Hidden Paradise on earth) yang mana kewujudannya kurang diketahui masyarakat umum dan dunia. Kepulauan Derawan ini juga boleh dikatakan setanding dengan Pulau Maldives yang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan keputusan Presiden Indonesia (Jokowi) dengan usul perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta Pulau Jawa ke Kalimantan Timur (Kaltim) Pulau Borneo. Kalimantan Timur ini yang dahulunya tidak dikenali, kini namanya dikenali dipersada dunia.
Kepulauan Derawan Syurga Tersembunyi Di Hujung Timur Pulau Kalimantan

Terletak di daerah Berau, kepulauan ini mempunyai 31 buah pulau di sekelilingnya. Kepulauan ini mempunyai empat pulau utama yang menjadi tarikan pelancong iaitu Pulau Derawan, Pulau Maratua, Pulau Sangalaki, dan Pulau Kakaban yang setiap pulau-pulau ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Keaslian kepulauan ini masih lagi terpelihara daripada arus modenisasi yang mana sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda dan lari dari kesibukkan di bandar.
Aktiviti Snorkeling Bersama Obor-Obor Di Kakaban Island

Jika korang ke Kepulauan Derawan, memang wajib korang singgah ke PUlau Kakaban. Selalu kita yang kita tahu obor–obor adalah berbisa. Nak tak merasai berenang dan menyelam bersama obor–obor yang tak berbisa? Bukan seekor dua, tetapi beribu obor–obor ya dan aktiviti ini anda boleh rasai bila ke Pulau Kakaban.
Kenapa korang kena cuba? Jeng jeng jeng! Okay first sebab benda ni memang “rare experience” la dan dalam dunia ni cuma ada tiga tempat je yang korang boleh rasa pengalaman seperti ini iaitu di Pulau Kakaban di Kalimantan Timur Indonesia, Pulau Togean di Sulawesi Indonesia dan Pulau Batu di Micronesia. Tapi untuk pengetahuan korang, hanya Pulau Kakaban sahaja yang ada banyak jenis obor–obor.

Untuk pengetahuan korang, Kakaban ni dalam dialek tempatan bermaksud `memeluk’, ini kerana bentuk pulau ini yang seakan–akan memeluk tasik tersebut dari laut (memisahkan tasik dari laut) dan tasik yang asalnya air masin telah bercampur dengan air hujan dan air dari dalam tanah telah menyebabkan hidupan di dalamnya berevolusi untuk kelangsungan hidup.
Adalah tidak digalakkan korang memakai sunblock atau sunscreen ketika nak masuk berenang dan menyelam di dalam tasik ini kerana dikhawatiri bahan kimia tersebut dapat mencemarkan air (obor–obor tu jugak) serta ekosistem tasik tersebut, jurupandu pelancong mungkin tidak akan menasihati korang tapi ini adalah untuk kelangsungan habitat ekosistem tasik tersebut.
Pemandangan Cantik Di Pulau Maratua

Korang tengok ni Pulau Maratua, macam kat Maldives kan? Rasa macam tak nak balik bila datang sini, Walaweh, Pulau Marutua ini juga merupakan salah satu pulau di gugusan kepulauan Derawan yang terkenal dengan pasirnya yang begitu putih dan halus ditambah lagi dengan air laut yang berwarna turquoise membuatkan hati yang gundah gulana pun menjadi tenang ya.
Pemandangan yang cantik dan memukau ini juga menjadi kegilaan buat para pencinta fotogrofi untuk dimasukkan ke dalam koleksi mereka, bak kata anak muda sekarang, instagramable gittew.
Pulau Maratua ini mempunyai penduduk lebih kurang 3000 orang dan penduduknya adalah dari suku Bajau atau dikenali juga dengan seamen yang mendiami empat buah kampung di sekitar pulau ini.
Berenang Bersama Penyu Di Pulau Sangalaki

Selain itu, korang patut buat aktiviti snorkelling dan menyelam di Pulau Sangalaki. Pulau ini juga merupakan rumah utama bagi spesis penyu hijau untuk bertelur di Kawasan Asia Tenggara ini. Di perairan pulau ini juga korang jumpa kumpulan ikan Pari Manta yang gerakkannya melentuk–liuk indah di dalam laut.
Banyak Pari Manta ke perairan ini adalah kerana sumber makanannya iaitu plankton yang begitu banyak. Jadi, snorkelling dan scuba diving adalah akitiviti yang wajib korang lakukan ketika berkunjung ke sini.
Bagaimana Nak Ke Kepulauan Derawan, Indonesia?
Okay, nak bagi tahu korang awal–awal, untuk sampai ke sini korang perlu go through laluan udara, darat, dan laut/sungai (kalau korang pergi Danau Cermin), complete kan? Hehehe
Actually, ada banyak option untuk korang sampai sini bergantung pada perancangan korang atau nak senang ambil pakej dari mana–mana agensi pelancongan untuk memudahkan korang sebab diorang yang atur semua, korang tinggal follow je. Kalau korang suka adventure, boleh jugak korang datang sendiri (make sure buat plan awal – awal).
Dari Malaysia mestilah korang kena naik flight, unless korang dari Sabah (tu pun depends on geografi korang kat mana ye, usually dari Tawau).
- KL – Jakarta – Tarakan – Derawan
- KL – Tawau – Tarakan – Derawan
- KL – Balikpapan – Derawan
Dari Balik Papan/Tarakan nk ke Derawan tu involve jalan darat sebelum jalan laut ke Derawan.
Perjalanan ke Kepulauan Derawan ni memang mencabar dan penat, tapi semua tu hilang (pay off) bila dapat menikmati pemandangan yang cantik. Memang puas hati!
Nota kaki & tips
- Perjalanan yang agak panjang, jadi pastikan korang stay hydrated
- Pastikan korang buat perancangan awal, kira pro & cons
- Untuk pengangkutan ni, korang ada banyak pilihan, jadi ikot selera masing–masing
- Trip ni memang jauh, tapi trust me the view/scene memang terbaik, segala susah payah korang memang terbalas
- Tukar duit awal–awal di bandar sebab di pulau agak sukar tukar duit. Aktifkan kad bank korang sebelum berlepas. Cash pun pastikan cukup di tangan
- Sunblock/sunscreen jangan lupa since banyak terlibat dengan aktiviti
- Life jacket is a mustye kawan–kawan, safety first dimana jua anda berada even korang pandai or tak pandai berenang sebab malang tidak berbau taw (hehehe).
- Korang boleh bawa drybag atau casing yang water proof since aktiviti banyak melibatkan aktiviti air
- Suggest pakai beg pack je bukan luggage (tak sesuai uollss).
- Lastly, selamat menikmati syurga dunia yang tersembunyi dan Peace yo!!!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!